dbp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Jun 2025 15:04:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dbp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBP fokus perkukuh Bahasa Melayu dan pelihara bahasa sukuan – Fadhlina https://sabahmedia.com/2025/06/28/dbp-fokus-perkukuh-bahasa-melayu-dan-pelihara-bahasa-sukuan-fadhlina/ https://sabahmedia.com/2025/06/28/dbp-fokus-perkukuh-bahasa-melayu-dan-pelihara-bahasa-sukuan-fadhlina/#respond Sat, 28 Jun 2025 15:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76326
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus komited dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu serta memelihara bahasa-bahasa sukuan, khususnya di Sabah, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Tambahnya, antara tumpuan utama DBP ketika ini adalah pengenalan Kerangka Standard Bahasa Melayu yang akan menjadi rujukan nasional bagi memperkukuh penggunaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang.

“Kerangka ini dilihat sebagai iltizam penting kerajaan untuk memastikan bahasa Melayu bukan hanya kekal sebagai bahasa kebangsaan, tetapi juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan teras jati diri rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini, yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmy Yahya, yang mewakili Ketua Menteri Sabah; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Al-Hambra Tun Juhar; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Amin Hashim; Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr. Anwar Ridhwan; dan Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, serta para sasterawan negara.

Fadhlina memaklumkan bahawa DBP juga sedang memperhalusi pindaan terhadap akta sedia ada bagi memberikan kuasa yang lebih luas kepada agensi itu, termasuk dalam aspek penguatkuasaan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan di semua peringkat.

Beliau turut mengumumkan pengembalian semula Anugerah Public Bank untuk Bahasa, yang telah lama terhenti, sebagai dorongan kepada inisiatif peningkatan mutu penggunaan bahasa dan pengiktirafan pihak swasta dalam agenda kebahasaan negara.

Fadhlina juga menerangkan bahawa kelangsungan bahasa sukuan di Sabah turut diberikan perhatian serius, khususnya apabila generasi muda kini semakin kurang menguasai bahasa etnik masing-masing. Antara bahasa sukuan yang disebut termasuk Kadazan, Bajau, Iranun, Rungus, Lotud, Kimaragang, Lundayeh, Serudung, Tombonuo dan lain-lain, yang menurut beliau, bergantung kepada generasi muda sebagai pewaris terakhir.

“Sebagai langkah pelestarian, DBP telah melaksanakan pelbagai projek termasuk penyelidikan kosa kata dan sastera rakyat, kajian adat, pembangunan perkamusan dan glosari, serta pangkalan data digital bahasa-bahasa sukuan.

“Inisiatif ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, melalui peruntukan di bawah Inisiatif Belanjawan 2025, selaras dengan ucapan Perdana Menteri yang menyentuh usaha memelihara bahasa minoriti dan karya kreatif dalam negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/28/dbp-fokus-perkukuh-bahasa-melayu-dan-pelihara-bahasa-sukuan-fadhlina/feed/ 0 76326
20 program meriahkan Karnival MANA https://sabahmedia.com/2025/06/24/20-program-meriahkan-karnival-mana/ https://sabahmedia.com/2025/06/24/20-program-meriahkan-karnival-mana/#respond Tue, 24 Jun 2025 00:56:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76073
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 20 program akan berlangsung sempena Karnival Madani Nan Abadi (MANA) yang akan bermula di Tuaran.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari berkata tema sambutan tahun ini ‘Semangat Obor Nan Abadi’ sinonim dengan perjuangan memartabatkan bahasa dan kesusasteraan yang sentiasa menyala dan berkobar. 

“Sambutan yang julung kali diadakan di Sabah ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih DBP kepada Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa membantu dalam memartabatkan program-program bahasa kebangsaan dan kesusasteraan Melayu.

“Program-program yang akan diadakan juga bakal melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah selain pelajar IPTA” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Hazami memaklumkan, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Musa hadir ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Sabtu ini.

Tambahnya, bersempena Kepengerusian Sidang ASEAN, pihaknya juga menjemput para penyair dari negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/24/20-program-meriahkan-karnival-mana/feed/ 0 76073
Golongan Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pidato https://sabahmedia.com/2021/09/02/golongan-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pidato/ https://sabahmedia.com/2021/09/02/golongan-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pidato/#respond Thu, 02 Sep 2021 07:24:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5700
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU :   Kemahiran berpidato perlu dikuasai golongan muda yang menjadi prospek pemimpin masa depan.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah, Aminah Awang Basar berkata kemahiran tersebut diterap dan dipraktikkan di peringkat sekolah seawal usia 10 tahun.  

Justeru, pihaknya bersama Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas buat julung kali mengadakan pertandingan pidato kebangsaan peringkat negeri dengan norma baharu. 

“Walaupun pandemik tidak membenarkan pertandingan pidato dijalankan bersemuka, tetapi hari ini kita dapat melaksanakannya secara dalam talian.

“Pertandingan ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Kita berharap pertandingan ini dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang mahir berpidato yang menjadi prospek pemimpin akan datang,” jelas beliau di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Dari segi kriteria ujarnya, DBP menekankan aspek penggunaan bahasa kebangsaan semasa berpidato di samping   garapan isi yang bertemakan kemenangan dan perjuangan menentang Covid-19.

Menurut Setiausaha Tuga-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim mendedahkan pertandingan secara dalam talian itu berjaya menarik 200 penyertaan dengan bilangan 153 yang layak dinilai.

Pada majlis tersebut, Sapdin menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6), Norkhalishah Md Zain dari SK Pekan Papar dan Kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 6), Nur Natasha Jefri dari SMK Gunsanad Keningau.

Turut menerima hadiah, pelajar SMK Tandek 2 Kota Marudu, Siti Nur Syakirah Ariffin yang meraih kemenangan berganda apabila dinobat sebagai penerima Anugerah Pemidato Terbaik dan Johan Kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5) di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/02/golongan-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pidato/feed/ 0 5700