delta varian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Aug 2021 08:29:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png delta varian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan Pantas ESSCOM Berjaya Bantu Sekat Penularan Varian Delta https://sabahmedia.com/2021/08/10/tindakan-pantas-esscom-berjaya-bantu-sekat-penularan-varian-delta/ https://sabahmedia.com/2021/08/10/tindakan-pantas-esscom-berjaya-bantu-sekat-penularan-varian-delta/#respond Tue, 10 Aug 2021 08:29:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4407
Read Time:1 Minute, 9 Second

TAWAU (10 OGOS) – Tindakan pantas ESSCOM menguatkuasakan operasi bersepadu di jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, dekat sini, di kala wilayah negara jiran berdepan dengan ancaman Covid-19 jenis ‘Varian Delta’, berjaya membuahkan hasil.


Operasi berkenaan yang dilancarkan 9 Julai lepas itu ternyata telah membantu mengetatkan lagi kawalan dan penguatkuasaan khususnya kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan ke negara ini melalui wilayah pantai timur Sabah.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata setakat ini seramai 17 PATI telah diarahkan untuk berpatah balik ke negara jiran kerana cuba memasuki negeri ini melalui CIQ lama, Tawau.

“Selain itu, kita juga menangkap dua orang atas kesalahan memlilki MyKad palsu dan pasport tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan penguatkuasaan bersepadu di CIQ lama Tawau hari ini.

Menurut Ahmad Fuad berkata sepanjang tempoh pengoperasian, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas seramai 8,653 orang dan 1,013 kapal yang keluar masuk melalui CIQ tersebut.Katanya, pewujudan CIQ lama Tawau itu, antara lain, bertujuan menyekat dan memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 khususnya penemuan baharu ‘Varian Delta’ yang sangat membimbangkan.

Beliau berkata ia juga bermatlamat menyekat kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan.Turut hadir dalam tinjauan berkenaan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Tuan Arnold Joibi, Timbalan Komander ESSCOM Brig. Jen Adnan Abu Hasan, Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM SAC M.Chandra dan OCPD TAWAU ACP Peter Umbuas.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/10/tindakan-pantas-esscom-berjaya-bantu-sekat-penularan-varian-delta/feed/ 0 4407
85 Kes Positif Dilaporkan Di Parlimen, 6 Kes Berkemungkinan Dari Varian Delta https://sabahmedia.com/2021/08/07/85-kes-positif-dilaporkan-di-parlimen-6-kes-berkemungkinan-dari-varian-delta/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/85-kes-positif-dilaporkan-di-parlimen-6-kes-berkemungkinan-dari-varian-delta/#respond Sat, 07 Aug 2021 03:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4197
Read Time:1 Minute, 39 Second

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur.

Menurut KKM Sehingga kini, secara keseluruhannya terdapat 85 kes positif COVID-19 yang disahkan dengan ujian RT-PCR di mana 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat.

Tambahnya 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat dimana Sembilan kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga kes kontak rapat dan Lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Setakat ini, enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) dan masih menunggu keputusan akhir.

Untuk makluman, daripada lapan kes yang baharu yang dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021, lima kes mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT PCR di antara 18.00 sehingga 27.68, dan tiga (3) kes dengan CT value di antara 35.14 sehingga 37.59;

empat kes mempunyai gejala ringan manakala yang lain tidak bergejala;• tujuh kes positif telah mendapat vaksin COVID-19 (sekurang-kurangnya mendapat satu dos), da satu kes adalah kanak-kanak berusia tujuh tahun (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin.

Hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen.

KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif COVID-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi.

Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala, jalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan rawatan segera kata kenyataan itu lagi

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/85-kes-positif-dilaporkan-di-parlimen-6-kes-berkemungkinan-dari-varian-delta/feed/ 0 4197