DENDA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Apr 2026 08:58:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DENDA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki didenda RM48,000 miliki haiwan dilindungi https://sabahmedia.com/2026/04/16/lelaki-didenda-rm48000-miliki-haiwan-dilindungi/ https://sabahmedia.com/2026/04/16/lelaki-didenda-rm48000-miliki-haiwan-dilindungi/#respond Thu, 16 Apr 2026 08:58:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94999
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki didenda RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memiliki beberapa haiwan daripada spesies dilindungi tanpa kebenaran sah.

Tertuduh, Hendry Rayner Endim, 38, yang bekerja sebagai pegawai ladang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati memiliki tiga bangkai ular sawa pendek (blood python), seekor ular sawa batik (reticulated python), seekor bangkai musang pulut (malay civet) serta dua bangkai musang pandan (common palm civet), yang merupakan spesies dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 2.10 petang pada 24 Mei 2025 di Jalan Utama Paitan–Kanibongan tanpa sebarang kebenaran sah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(2) enakmen berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM30,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM48,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar, Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/16/lelaki-didenda-rm48000-miliki-haiwan-dilindungi/feed/ 0 94999
Rakam wanita buang air dalam tandas lapangan terbang, lelaki dipenjara dan denda https://sabahmedia.com/2025/09/13/rakam-wanita-buang-air-dalam-tandas-lapangan-terbang-lelaki-dipenjara-dan-denda/ https://sabahmedia.com/2025/09/13/rakam-wanita-buang-air-dalam-tandas-lapangan-terbang-lelaki-dipenjara-dan-denda/#respond Fri, 12 Sep 2025 18:56:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81092
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan dikenakan denda RM2,500 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mengaibkan kehormatan seorang wanita.

Mohd Sapri Abdul Rahim, 29, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan cara merakam wanita berusia 32 tahun tersebut sedang membuang air tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit pada 17 Ogos, jam 6.05 pagi di tandas wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kota Kinabalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pemenjaraan boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes apabila mangsa selesai membuang air di tandas aras dua LTAB, dia ternampak telefon bimbit diarahkan kepadanya daripada bahagian bawah sebelah tandas yang digunakannya.

Mangsa menjerit dan pergi ke arah tandas tersebut. Mangsa telah mengetuk pintu tandas berulang kali sebelum seorang lelaki tidak dikenali keluar.

Mangsa bertanya mengapa dia merakam, namun lelaki tersebut menafikan dan terus melarikan diri.

Mangsa membuat laporan polis kerana bimbang videonya disebarkan.

Tertuduh berjaya ditangkap oleh anggota Balai Polis LTAB KKIA. Hasil siasatan mendapati rakaman mangsa sedang membuang air dijumpai di dalam telefon bimbit tertuduh dan disahkan sendiri oleh mangsa bahawa individu dalam rakaman itu adalah dirinya .

Perbuatan tertuduh telah meninggalkan kesan trauma dan malu terhadap mangsa.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai dua orang anak.

Tertuduh berkata dia menyesali perbuatannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh pula memohon hukuman berat kerana terdapat bukti kukuh bahawa tertuduh melakukan kesalahan itu.

Katanya, tindakan tertuduh telah mengaibkan kehormatan mangsa, selain menekankan kepentingan awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/13/rakam-wanita-buang-air-dalam-tandas-lapangan-terbang-lelaki-dipenjara-dan-denda/feed/ 0 81092
Risau dimarahi, lelaki buat laporan palsu kereta hilang, didenda RM2,000 https://sabahmedia.com/2025/08/11/risau-dimarahi-lelaki-buat-laporan-palsu-kereta-hilang-didenda-rm2000/ https://sabahmedia.com/2025/08/11/risau-dimarahi-lelaki-buat-laporan-palsu-kereta-hilang-didenda-rm2000/#respond Mon, 11 Aug 2025 11:22:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79045
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kereta gara-gara takut dimarahi, dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau tujuh bulan penjara.

Hariff Nazwan Jasofa, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Hariff mengaku memberi keterangan kepada seorang anggota polis bahawa sebuah kenderaan jenis Axia warna putih dalam simpanannya telah hilang, dengan niat menyebabkan penjawat awam itu mempercayai keterangan tersebut.

Kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai lalu, jam lebih kurang 12.45 tengah hari, di Kaunter Aduan Awam Balai Polis Kota Kinabalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, anggota polis berkenaan membuat laporan pada 3 Ogos 2025 berkenaan hasil siasatan terhadap aduan tertuduh yang disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Siasatan mendapati tertuduh telah memberikan keterangan tidak benar ketika membuat laporan polis tersebut.

Hasil siasatan lanjut mendapati kenderaan Axia tersebut telah dirampas oleh pihak polis pada 19 Jun lalu, jam lebih kurang 12.10 pagi, di Lorong Ganang Villa 4, Kepayan, bersabit kes yang disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan bukannya hilang dicuri seperti dilaporkan oleh tertuduh.

Semasa siasatan, tertuduh mengaku membuat laporan palsu kerana risau dimarahi oleh pemilik kenderaan sebenar, iaitu makciknya.

Suspek bimbang jika makciknya mengetahui bahawa kenderaan itu telah digunakan oleh suspek bersama rakan-rakannya untuk melakukan kegiatan pecah rumah, sehingga kemudiannya dirampas oleh pihak polis.

Oleh sebab itu, suspek membuat laporan polis palsu agar pemilik sebenar beranggapan keretanya telah hilang dicuri ketika dipinjamkan kepadanya.

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/11/risau-dimarahi-lelaki-buat-laporan-palsu-kereta-hilang-didenda-rm2000/feed/ 0 79045
Lelaki dipenjara 1 hari, denda RM25 ugut isteri https://sabahmedia.com/2025/07/23/lelaki-dipenjara-1-hari-denda-rm25-ugut-isteri/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/lelaki-dipenjara-1-hari-denda-rm25-ugut-isteri/#respond Wed, 23 Jul 2025 12:34:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77808
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM25 atau penjara sehari lagi jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah mengugut isterinya berhubung keselamatan anak mereka.

Alwisus Igo Tadorus, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Dia mengaku mendatangkan kegusaran terhadap isterinya yang berusia 32 tahun pada 17 Julai lalu jam 9 malam di kuaters pekerja, Taman Keramat.

Ketika menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh agar menyelesaikan masalah rumah tangga dengan matang dan tidak melibatkan anak-anak.

“Selesaikan masalah dengan isteri secara baik. Kamu sudah dewasa, bertindaklah cara dewasa dan matang. Kesian dengan anak-anak,” katanya.

Semasa rayuan, tertuduh dilihat menangis sambil menutup wajah dan mengesat air mata. Dengan suara sebak, dia memohon agar dikenakan hukuman ringan kerana mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan tidak mahu persekolahan mereka terganggu.

Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh meminta hukuman setimpal sambil menegaskan ayat yang dikatakan oleh tertuduh kepada isterinya agak membimbangkan.

Terdahulu mahkamah mendengar bahawa, berlaku pertengkaran antara tertuduh dan isterinya selepas wanita itu mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit. Tertuduh, bagaimanapun tidak mengaku mempunyai hubungan sulit.

Semasa pertengkaran, tertuduh mengugut dengan berkata:” kalau saya bercerai dengan kau dan saya tidak dapat hak penjagaan anak-anak, itu anak mati di tangan saya itu supaya kita dua-dua tiada anak”.

Isteri tertuduh kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pasangan itu telah berkahwin hampir 13 tahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/lelaki-dipenjara-1-hari-denda-rm25-ugut-isteri/feed/ 0 77808
Lelaki miliki minyak petrol tanpa lesen dihukum denda RM20,000 https://sabahmedia.com/2024/08/21/lelaki-miliki-minyak-petrol-tanpa-lesen-dihukum-denda-rm20000-atau-penjara-6-bulan-jika-gagal-bayar/ https://sabahmedia.com/2024/08/21/lelaki-miliki-minyak-petrol-tanpa-lesen-dihukum-denda-rm20000-atau-penjara-6-bulan-jika-gagal-bayar/#respond Wed, 21 Aug 2024 10:40:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59458
Read Time:1 Minute, 31 Second

SEMPORNA: Seorang individu lelaki berusia 26 tahun dikenakan hukuman denda sebanyak RM 20,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak petrol tanpa lesen dan cuba diseludup ke negara jiran.

Tertuduh Abdullah Asadan mengaku bersalah atas kesalahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Ahmad Faizadh Yahaya.

Hakim Faizadh selanjutnya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 20,000 dan jika gagal bayar maka hukuman penjara enam bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Menurut fakta kes, semasa tangkapan, didapati tertuduh Abdullah Asadan memiliki barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 2,080 liter di dalam 70 jerikin di dalam bot kayu berwarna kelabu taris merah yang disyaki cuba membawa barang kawalan tersebut menuju ke negara jiran iaitu ke Sitangkai, Filipina.

Tertuduh didapati tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran berhubung minyak petrol yang dimiliki.

Tangkapan kes tersebut dilakukan di kawasan Perairan Singgah Mata, Pulau Bum Bum, Semporna oleh sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Bum Bum, Semporna dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Pendakwaan bagi kes ini telah dijalankan Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Semporna, Dr Jong Jee Leong.

Sementara itu, Dr Jong berkata, KPDN Cawangan Semporna tidak akan berkompromi dengan aktiviti melibatkan barang kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di daerah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/21/lelaki-miliki-minyak-petrol-tanpa-lesen-dihukum-denda-rm20000-atau-penjara-6-bulan-jika-gagal-bayar/feed/ 0 59458
Pindaan Akta 342 ditangguh ke sidang Parlimen akan datang https://sabahmedia.com/2021/12/20/pindaan-akta-342-ditangguh-ke-sidang-parlimen-akan-datang/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/pindaan-akta-342-ditangguh-ke-sidang-parlimen-akan-datang/#respond Mon, 20 Dec 2021 05:36:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10108
Read Time:2 Minute, 38 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang sepatutnya dibincang dan diputuskan hari ini, ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang.

Menteri Kesihatan (KKM) Khairy Jamaluddin berkata perkara itu diputuskan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain mengambil kira masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

“Menurut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 62, saya mencadangkan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dalam aturan urusan mesyuarat pada hari ini ditangguh bacaan kali kedua dan ketiga ke mesyuarat akan datang,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya berakhir Khamis lepas ditambah sehari pada hari ini bagi membolehkan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 itu dibincang dan diputuskan.

Khairy berkata terdahulu, KKM mengadakan sesi libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen 8 pagi tadi, selaras dengan semangat Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) serta usaha transformasi Parlimen.

Katanya beliau telah membentangkan perincian pindaan Akta 342 termasuk peraturan dan garis panduan yang diperlukan dalam pindaan berkenaan.

“Kita juga telah mendengar pandangan daripada kumpulan pakar yang memberi cadangan dan nasihat kepada jawatankuasa pilihan khas dan saya telah dimaklumkan oleh pengerusi jawatankuasa pilihan khas ini Dr Kelvin Yii Lee Wuen(PH- Bandar Kuching) bahawa jawatankuasa membuat keputusan sebulat suara supaya saya tangguhkan pindaan ini.

“Ini bukan disebabkan tidak disokong secara dasarnya, perkara-perkara substentif yang sebahagian besar telah pun dipersetujui cuma ada beberapa perkara yang masih perlu (perbincangan) sesi akan datang supaya dapat dipersetujui bersama,” katanya.

Khairy berkata sekiranya pindaan berkenaan diluluskan tanpa konsensus parti-parti politik, pelaksanaan pindaan itu akan berdepan masalah pematuhan rakyat kerana isu berbeza pandangan.

Mengikut rang undang-undang itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini, manakala kompaun sehingga maksimum RM1 juta bagi pertubuhan perbadanan. 

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama 15 minit susulan sesi libat urus mengenai pindaan Akta 342 yang belum berakhir.

Sementara itu,  Anwar (PH-Port Dickson) menyambut baik penangguhan pindaan akta itu bagi membolehkannya diteliti semula supaya tindakan memerangi COVID-19 dan penyakit-penyakit berjangkit lain dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Beliau berkata berdasarkan semangat MoU, sesi libat urus perlu diteruskan bagi meneliti peruntukan rang undang-undang itu termasuk mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Pada dasarnya kita bersetuju harus ada peraturan… yang kita tak setuju adalah bebanan kepada rakyat, hukuman yang tinggi dan budi bicara terlalu luas bagi penguat kuasa dan hukuman yang tidak merujuk kepada proses hukum mahkamah dan penyelarasan dengan majlis-majlis perbandaran,” katanya.

Anwar berkata beberapa hal substantif berhubung cadangan pindaan itu telah diambil kira termasuk menurunkan atau membatalkan cadangan kenaikan kompaun kepada rakyat daripada RM10,000 untuk kekal RM1,000 pada masa ini.

Sementara itu, Dr Kelvin mengesyorkan supaya garis panduan penguatkuasaan perlu disebarkan kepada orang awam sebelum rang undang-undang berkenaan dibentangkan sekali lagi di Parlimen.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/pindaan-akta-342-ditangguh-ke-sidang-parlimen-akan-datang/feed/ 0 10108