denggi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jun 2026 22:10:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png denggi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PKK laksana gotong-royong mega, langkah banteras ancaman denggi https://sabahmedia.com/2026/07/01/pkk-laksana-gotong-royong-mega-langkah-banteras-ancaman-denggi/ https://sabahmedia.com/2026/07/01/pkk-laksana-gotong-royong-mega-langkah-banteras-ancaman-denggi/#respond Tue, 30 Jun 2026 22:10:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99158
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) melaksanakan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes sebagai langkah proaktif membanteras ancaman demam denggi serta memastikan persekitaran kampus berada dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif menjelang bermulanya sesi pembelajaran semester baharu.

Program yang diadakan itu merupakan antara inisiatif pencegahan denggi yang dilaksanakan selama sebulan bermula 14 Jun hingga 13 Julai, selaras dengan seruan dan amanat Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kempen pencegahan denggi peringkat kebangsaan.

Pengarah PKK, Md Nor Abdul Halim, berkata langkah berkenaan penting memandangkan persekitaran yang tidak bersih serta kewujudan kawasan takungan air menjadi antara faktor utama penularan nyamuk Aedes yang boleh membawa kepada jangkitan demam denggi.

Beliau berkata, program berskala mega itu bukan sekadar aktiviti pembersihan, malah mencerminkan komitmen berterusan PKK dalam mewujudkan ekosistem kampus yang bersih, sihat, selamat dan kondusif kepada seluruh warga kampus.

“Program berskala mega ini bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi ia merupakan satu bukti nyata dan komitmen padu PKK untuk mewujudkan sebuah ekosistem kampus yang bersih, sihat, selamat dan kondusif secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program yang juga Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK, Kasmawati Senawing, berkata operasi gotong-royong dilaksanakan secara bersasar dengan membahagikan kawasan kepada dua zon utama bagi memastikan pelaksanaan lebih sistematik dan berkesan.

Menurutnya, Zon Kuarters melibatkan 10 blok kediaman, manakala Zon Kolej Kediaman (Kamsis) merangkumi 15 blok penempatan pelajar dengan setiap blok diselia oleh Ketua Blok dan Felo yang dilantik.

Beliau berkata, fokus utama operasi adalah menghapuskan lokasi berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes menerusi kerja-kerja membersihkan kawasan, mengutip sampah serta memeriksa kawasan berisiko tinggi.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan semua peserta supaya mengutamakan aspek keselamatan sepanjang program berlangsung bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Program itu turut mendapat sokongan padu daripada sembilan agensi, kelab dalaman dan rakan korporat, sekali gus memperlihatkan semangat kerjasama dalam usaha membanteras denggi di kawasan kampus.

Antara yang terlibat ialah Unit Khidmat Pengurusan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PKK, PUSPANITA PKK, Kelab Rekreasi dan Kebajikan Staf (KERIS), Gerai PKK, Securi-Pro Protection, Pembinaan Bumi Hijau dan PKH Bakat Niaga.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/01/pkk-laksana-gotong-royong-mega-langkah-banteras-ancaman-denggi/feed/ 0 99158
Sabah catat 2,866 kes penularan denggi https://sabahmedia.com/2026/06/15/sabah-catat-2866-kes-penularan-denggi/ https://sabahmedia.com/2026/06/15/sabah-catat-2866-kes-penularan-denggi/#respond Mon, 15 Jun 2026 03:18:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98235
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 2,866 kes penularan denggi telah dilaporkan berlaku di negeri ini dengan peningkatam sebanyak 50.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kota Kinabalu mencatatkan penularan jangkitan aktif tertinggi iaitu sebanyak 1,033 kes, di ikuti Tawau (578 kes), Sandakan (500 kes), disusuli daerah Penampang dan Putatan.

“Namun, di sebalik lonjakan kes ini, saya ingin memuji komitmen jitu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan fasiliti kesihatan di sini yang berjaya mengawal pengurusan pesakit sehingga merekodkan sifar kematian pada tahun ini.

“Begitu juga di lokaliti tumpuan kita hari ini; Pekan Manggatal dan Kampung Cenderamata 2, Likas, masing-masing merekodkan sifar kematian akibat denggi sepanjang lima tahun berturut-turut iaitu bermula 2022 sehingga 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan hari denggi Asean, hari malaria sedunia dan gotong-royong mega peringkat kebangsaan bersempena jelajah ANMS 2026 di sini pada Ahad.

Dr Dzulkefly berkata, situasi itu menuntut pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole- of-society’ yang melibatkan semua pihak dalam mencegah denggi. 

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memperkukuh strategi kawalan Denggi melalui inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD), dengan menerapkan pendekatan ‘Behavioural Insights’ tahun ini bagi menggalakkan perubahan tingkah laku masyarakat ke arah amalan pencegahan yang lebih mampan.

Terdahulu, Dr Dzulkefly berkata, jumlah kes denggi di Malaysia setakat 13 Jun lalu adalah sebanyak 33,367 kes, meningkat 20.70 peratus berbanding 2025.

Beliau berkata, Malaysia berada di kedudukan ketiga, di belakang Indonesia sebanyak 39,672 kes dan Vietnam (35,986 kes).

“Namun ini bukanlah alasan untuk kita berasa selesa. Hakikatnya, ‘incidence rate’ kita adalah yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN!,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/15/sabah-catat-2866-kes-penularan-denggi/feed/ 0 98235
Kes denggi meningkat 100 peratus di Labuan https://sabahmedia.com/2022/05/10/kes-denggi-meningkat-100-peratus-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2022/05/10/kes-denggi-meningkat-100-peratus-di-labuan/#respond Tue, 10 May 2022 02:09:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=15224
Read Time:53 Second

LABUAN: Sepuluh kes denggi dilaporkan di Labuan setakat ini tahun ini, peningkatan 100 peratus berbanding sepanjang tahun lepas yang hanya mencatatkan lima kes, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata Kampung Layang-Layangan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi susulan kebanyakan kes berlaku di situ.

“Situasi membimbangkan jika tidak dikawal memandangkan musim hujan sekarang dengan longkang tersumbat menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan mencetuskan wabak,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau menggesa masyarakat setempat supaya memastikan persekitaran mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Mengenai kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang merupakan jangkitan biasa dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata ia masih terkawal walaupun beberapa kes dilaporkan baru-baru ini.

Mengenai COVID-19, beliau berkata hanya satu kes dilaporkan di pulau bebas cukai itu pada Jumaat, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 21,309 kes.

Tiada kluster baharu dikesan.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 yang pulih adalah 21,065.

Dr Ismuni berkata saringan COVID-19 masih dijalankan terhadap pelawat dari Brunei di terminal feri Labuan dan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Labuan. – BERNAMA.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/05/10/kes-denggi-meningkat-100-peratus-di-labuan/feed/ 0 15224