depoh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Nov 2025 02:34:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png depoh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPKA sedia hadapi gelombang kedua bencana, pastikan bantuan segera https://sabahmedia.com/2025/11/08/jpka-sedia-hadapi-gelombang-kedua-bencana-pastikan-bantuan-segera/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/jpka-sedia-hadapi-gelombang-kedua-bencana-pastikan-bantuan-segera/#respond Sat, 08 Nov 2025 02:34:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85250
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah berada dalam tahap siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya gelombang kedua bencana di negeri ini.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata tinjauan di Depoh Bekalan Bencana Kota Kinabalu mendapati tahap persediaan di lapangan berada pada tahap terbaik bagi memastikan segala bantuan dan keperluan asas dapat digerakkan segera sekiranya berlaku bencana.

Murad ketika ditemui media.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan meninjau depoh bekalan bencana di Kota Kinabalu bagi melihat persediaan kita dalam menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana di Sabah.

“Antara barangan yang telah disediakan termasuk keperluan asas seperti makanan, peralatan elektrik, selimut, bateri, komputer riba serta kit bencana lengkap yang mengandungi keperluan kebersihan diri dan kelengkapan asas lain.

“Jika dahulu kita edarkan barangan satu demi satu, kini kita telah wujudkan kit bencana yang lengkap. Dalam satu kit, ada makanan segera, keperluan asas dan juga bahan untuk anak-anak seperti buku mewarna dan pensel warna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Depoh Simpanan Keperluan  Bencana (DKSB) Negeri Sabah, di sini.

Murad ( tengah) dan Jais (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pusat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kudat.

Dalam masa sama, beliau menyeru semua NGO dan syarikat korporat agar menyalurkan bantuan melalui JKM atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memastikan koordinasi bantuan lebih tersusun dan mengelak pertindihan.  

“Sebab kadang-kadang apa yang berlaku ialah apabila benda itu tidak diselaraskan dengan baik, kemungkinan kadang-kadang berlaku lambakan barang-barang yang tidak diperlukan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kesiapsiagaan bencana di Sabah bukan bersifat sementara sebaliknya melibatkan koordinasi berterusan antara agensi pusat, negeri dan daerah termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia  (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta NGO.

“Kita bersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Bencana tidak mengenal masa sama ada musim pilihan raya atau tidak, persiapan mesti sentiasa berjalan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan di bawah kerajaan Madani, hampir RM3.2 bilion diperuntukkan setiap tahun bagi menampung pelbagai bantuan kebajikan di seluruh negara.  

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri, Timbalan Pengarah Persekutuan JKPA Sabah, Roshayati Omar, serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/jpka-sedia-hadapi-gelombang-kedua-bencana-pastikan-bantuan-segera/feed/ 0 85250
7 Diburu, 7 Lagi Berjaya Diberkas Di Kimanis https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/#respond Wed, 10 Nov 2021 05:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8309
Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR – Seramai tujuh tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kimanis berjaya diberkas semula manakala tujuh lagi sedang diburu polis selepas melarikan diri pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, semua tahanan warga Filipina berusia 22 hingga 43 tahun terbabit melarikan diri melalui bumbung tandas bangunan depoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setakat jam 10.45 pagi ini, seramai tujuh orang tahanan berjaya ditahan semula kira-kira dua kilometer dari depoh berkenaan.

“Baki tujuh orang masih bebas dan kami percaya mereka masih berada di sekitar Papar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini

Menurut Batholomew, berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kesemua tahanan berjaya melarikan diri dari depoh berkenaan selepas mereka mengumpil atap zink tandas di bangunan terbabit.

“Tahanan berkenaan tinggal di blok tengah dan mereka umpil atap zink tandas lalu memanjat bumbung setinggi hampir dua meter. Kemudian mereka memotong pagar dengan alat pemotong dan melarikan diri. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka berjaya ditahan semula seawal kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya.

Tambah Batholomew, usaha mengesan semua suspek masih dilakukan dengan melakukan sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu Kinarut, Papar dan Bongawan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/7-diburu-7-lagi-berjaya-diberkas-di-kimanis/feed/ 0 8309