derma darah hospital beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 May 2024 02:29:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png derma darah hospital beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 135 beg darah berjaya dikumpul pada Hari Polis di IPD Beaufort https://sabahmedia.com/2024/05/03/135-beg-darah-berjaya-dikumpul-pada-hari-polis-di-ipd-beaufort/ https://sabahmedia.com/2024/05/03/135-beg-darah-berjaya-dikumpul-pada-hari-polis-di-ipd-beaufort/#respond Fri, 03 May 2024 02:29:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53857
Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Sebanyak 135 beg darah berjaya dikumpul pada kempen derma darah sempena sambutan Hari Polis ke-217 yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di sini.

Program itu menjadi simbolik kepada sambutan kali ini dan ianya mendapat sambutan amat memberansangkan apabila melepasi jumlah kutipan beg darah berbanding sambutan tahun-tahun sebelumnya.

Pada program itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah hadir menyantuni para penderma darah yang hadir yang terdiri dari kalangan anggota IPD Beaufort.

Ini termasuklah anggota RELA Beaufort, Bomba dan Penyelamat Beaufort, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Beaufort), Jabatan Kereta Api Negeri Sabah, Mahkamah Syariah (Beaufort) serta beberapa agensi awam dan swasta sekitar daerah itu.

Ismail turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan penganjur yang bekerjasama serta bertungkus lumus menjayakan program derma darah itu antaranya Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Persatuan Skuad Ar-Rayyan Sabah, Tabung Darah Hospital Kuala Penyu dan Hospital Beaufort.

Pada program yang sama, Pengerusi Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Phang Yok Suan turut menyatakan komitmen persatuan untuk membantu menggalakkan usaha menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ini adalah melalui penglibatan persatuan tersebut dalam menganjurkan program-program derma darah di Daerah Beaufort.

Menurutnya, dari Januari hingga awal Mei, persatuan itu telah mencatatkan kutipan sebanyak 486 beg darah melalui lima siri program derma darah yang telah diadakan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Phang Yok Suan, Pengerusi Skuad Ar-Rayyan Sabah, Laiman Abdullah, Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Beaufort merangkap Pegawai Perubatan mengetuai pasukan perolehan darah program tersebut Dr.Wan Mohd.Syazwan Wan Mohd Sabri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/03/135-beg-darah-berjaya-dikumpul-pada-hari-polis-di-ipd-beaufort/feed/ 0 53857
50 beg darah berjaya dikutip menerusi kerjasama dua NGO https://sabahmedia.com/2023/08/13/50-beg-darah-berjaya-dikutip-menerusi-kerjasama-dua-ngo/ https://sabahmedia.com/2023/08/13/50-beg-darah-berjaya-dikutip-menerusi-kerjasama-dua-ngo/#respond Sun, 13 Aug 2023 09:47:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40007
Read Time:1 Minute, 18 Second

Beaufort : Sebanyak 50 beg darah berjaya dikutip pada Kempen Derma Darah Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batandok di sini semalam.

Program yang diadakan di perkarangan Masjid Al Aman Kampung Batandok itu dianjurkan bersama KRT Kampung Batandok dan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Beaufort. 

Pengerusi KRT Kampung Batandok Rosmawi Kimlin berkata, program derma darah merupakan program yang sering diadakan dan ia merupakan program kali ketiga dilaksanakan sejak 2020. 

“Selain dari aktiviti lain yang diadakan oleh KRT Batandok, program derma darah selalunya mendapat respon yang baik dari kalangan masyarakat setempat, ditambah pula dengan kerjasama dengan badan bukan kerajaan.

Pengerusi KRT Kampung Batandok Rosmawi Kimlin

“Kali ini kita menganjurkan kempen bersama Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort yang menaja ole-ole untuk para penderma darah, tentu sekali menarik minat para penderma darah,” katanya.

Pada program kali ini, Hospital Beaufort turut membuka kaunter saringan paras gula dalam darah dan program Klinik Berhenti Merokok oleh Unit Promosi Kesihatan Hospital Beaufort.  

“Semoga usaha ini mampu membantu menambah bekalan darah Hospital Beaufort bagi bulan ini terutama bagi membantu pesakit-pesakit Thalassemia yang sedang menerima rawatan di hospital,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Biro Kebajikan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort, Chiam Thard Iuanny berkata, ini merupakan kolaborasi kali kedua badan bukan kerajaan tersebut bersama KRT Kampung Batandok yang mana sebelum ini kutipan adalah sebanyak 38 beg darah pada bulan September 2020. 

Turut hadir Pegawai Perubatan merangkap Ketua Pasukan Perolehan Darah Tabung Darah Hospital, Dr Norilmi Juzuli dan para permimpin komuniti setempat. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/08/13/50-beg-darah-berjaya-dikutip-menerusi-kerjasama-dua-ngo/feed/ 0 40007 66 beg darah berjaya dikutip, bantu Tabung Darah Hospital Beaufort https://sabahmedia.com/2023/07/31/66-beg-darah-berjaya-dikutip-bantu-tabung-darah-hospital-beaufort/ https://sabahmedia.com/2023/07/31/66-beg-darah-berjaya-dikutip-bantu-tabung-darah-hospital-beaufort/#respond Mon, 31 Jul 2023 12:48:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39302
Read Time:54 Second

Beaufort : Sebanyak 66 beg darah berjaya dikutip menerusi penganjuran kempen derma darah yang dianjurkan pasar raya Servay Jaya 1Beaufort di sini dengan kerjasama Hospital Beaufort.

Hospital Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen yang diadakan selama dua hari berakhir semalam itu merupakan salah satu dasar keprihatinan dan tanggungjawab pasar raya berkenaan kepada masyarakat setempat.

“Kempen selama dua hari ini telah berjaya mengutip sejumlah 66 beg darah bagi membantu pesakit yang memerlukan yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Beaufort.

“Selain itu, kempen yang diadakan di perkarangan pasar raya itu juga turut mendapat penglibatan penderma-penderma darah dari kalangan kakitangan dan juga orang ramai yang singgah membeli belah di pasar raya berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini.

Untuk rekod, Servay Jaya 1 Beaufort, sebelum ini telah mengadakan beberapa siri  program derma darah semenjak tahun 2019 dengan kutipan awal pernah dicatatkan iaitu sebanyak 16 beg darah dan jumlah it uterus meningkat pada penganjuran berikutnya.

Ketika pandemik pada tahun 2020, Servay Jaya 1Beaufort melakukan satu lagi inisiatif untuk membantu bekalan darah dengan mengadakan program yang telah mencatatkan kutipan sebanyak 58 beg darah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/31/66-beg-darah-berjaya-dikutip-bantu-tabung-darah-hospital-beaufort/feed/ 0 39302