derma darah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Jul 2026 03:55:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png derma darah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 299 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah HWKKS https://sabahmedia.com/2026/07/29/299-pain-darah-berjaya-dikumpul-dalam-kempen-derma-darah-hwkks/ https://sabahmedia.com/2026/07/29/299-pain-darah-berjaya-dikumpul-dalam-kempen-derma-darah-hwkks/#respond Wed, 29 Jul 2026 03:54:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100739
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 299 pain darah berjaya dikumpulkan sepanjang Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) 2026 yang berlangsung selama dua hari di sini baru-baru ini.

Kempen itu menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat dan penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perubatan II HWKKS, Dr. Fauziah Hanim Hashim, yang mewakili Pengarah HWKKS, Dr. Yogendra Panchalingam.

Dalam ucapan beliau, Dr. Yogendra berkata, setiap sumbangan darah amat bermakna dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Menurutnya, HWKKS memerlukan kira-kira 1,000 unit darah setiap bulan, namun ketika ini hanya mampu mengumpulkan sekitar 500 hingga 600 unit sebulan.

Katanya, sebahagian besar bekalan darah digunakan untuk merawat pesakit thalassemia dan kanser selain kes-kes kecemasan termasuk pendarahan melibatkan ibu mengandung.

Sementara itu, Pengerusi penganjur yang juga Ketua Unit Perubatan Transfusi HWKKS, Dr. Jamaludin Mail berkata, kejayaan mengumpulkan hampir 300 pain darah membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendermaan darah secara sukarela semakin meningkat.

Beliau berkata, penganjuran program di luar kawasan hospital merupakan pendekatan bagi memudahkan orang ramai menyertai kempen derma darah, sekali gus menggalakkan lebih ramai penderma baharu tampil menyumbang.

Menurutnya, sambutan Hari Penderma Darah peringkat HWKKS yang diadakan di 1Borneo Hypermall merupakan satu-satunya program seumpamanya di Sabah yang dianjurkan di luar hospital.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan 1Borneo Hypermall, rakan strategik serta penaja korporat yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program berkenaan.

Kempen bertemakan “Setitis Darah, Demi Kemanusiaan. Derma Darah, Selamatkan Nyawa” itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada 32 penderma darah konsisten dan tujuh organisasi penganjur kempen derma darah sebagai penghargaan atas komitmen mereka menyokong usaha menyelamatkan nyawa melalui amalan pendermaan darah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/29/299-pain-darah-berjaya-dikumpul-dalam-kempen-derma-darah-hwkks/feed/ 0 100739
Hospital Tawau anjur kempen derma darah esok https://sabahmedia.com/2026/07/10/hospital-tawau-anjur-kempen-derma-darah-esok/ https://sabahmedia.com/2026/07/10/hospital-tawau-anjur-kempen-derma-darah-esok/#respond Fri, 10 Jul 2026 05:34:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99626
Read Time:1 Minute, 23 Second

TAWAU : Orang ramai khususnya warga Tawau dipelawa untuk hadir dan menyertai Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Tawau yang akan berlangsung pada 11 Julai bertempat di Dewan Holy Grace Methodist, Jalan Timur.

Program yang dijadual bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu dianjurkan Tabung Darah Hospital Tawau bagi menggalakkan budaya menderma darah dalam kalangan masyarakat, sekali gus membantu menambah bekalan darah untuk kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Hospital Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada golongan memerlukan, malah turut menyediakan pelbagai pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

Antara tarikan yang disediakan termasuk hadiah eksklusif untuk setiap penderma, cabutan bertuah, kuiz, kaunter pameran serta kaunter jualan yang menawarkan pelbagai produk dan barangan menarik.

Kempen itu dianjurkan sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat Hospital Tawau sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah secara berkala, selain menghargai peranan penderma darah yang menjadi penyumbang utama dalam menyelamatkan nyawa.

Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah digalakkan membuat pendaftaran awal dengan mencetak dan mengisi borang pendaftaran penderma bagi melancarkan urusan saringan pada hari program.

Selain itu, penganjur turut memohon kerjasama orang ramai untuk mengisi tinjauan kehadiran menerusi pautan yang disediakan bagi membantu persediaan pihak penganjur sepanjang kempen berkenaan.

Kempen itu membawa mesej kemanusiaan bahawa setiap sumbangan darah mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan, selaras dengan seruan “Setitis Darah, Demi Kemanusiaan” dan “Derma Darah, Selamatkan Nyawa.”

Sehubungan itu, warga Tawau dan kawasan sekitarnya disaran meluangkan masa hadir beramai-ramai bagi menjayakan kempen berkenaan serta bersama-sama menyokong usaha Hospital Tawau memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan kecemasan dan rawatan pesakit.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/10/hospital-tawau-anjur-kempen-derma-darah-esok/feed/ 0 99626
Kesedaran derma darah perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat https://sabahmedia.com/2026/03/16/kesedaran-derma-darah-perlu-terus-dipupuk-dalam-kalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2026/03/16/kesedaran-derma-darah-perlu-terus-dipupuk-dalam-kalangan-masyarakat/#respond Mon, 16 Mar 2026 00:05:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93367
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA BELUD: Kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menderma darah perlu terus dipupuk sebagai satu amalan murni yang mampu menyelamatkan nyawa.

Presiden Persatuan Tobilung Sabah (TOBISA), Muji Ampau, berkata semangat kemasyarakatan dan amalan kebajikan seperti menderma darah harus sentiasa diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Kadazandusun Cultural Association (KDCA) turut memuji para penderma darah yang tampil secara sukarela bagi menjayakan program berkenaan.

“Usaha seperti ini amat baik kerana bukan sahaja membantu pihak hospital menambah bekalan darah, malah memupuk nilai keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Derma Darah anjuran bersama Majlis Belia KDCA (KYC) Kota Belud, Biro Kesihatan KDCA Kota Belud, TOBISA dan United Sabah Tobilung Organisation (USTO) di sini.

Muji turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

“Terima kasih tidak terhingga kepada para petugas kesihatan daripada Hospital Kota Belud yang telah bekerja keras walaupun di luar waktu kerja mereka, lebih-lebih lagi ketika musim puasa. Semoga segala khidmat bakti yang diberikan terus diberkati,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Penyelaras KDCA Daerah Kota Belud yang juga AJK KDCA Pusat, Melon Yaming, serta Presiden USTO, James Bagah.

Sementara itu, James berkata beliau berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada penganjur program yang membawa manfaat besar kepada masyarakat.

Menurutnya, kerjasama antara pertubuhan yang terlibat akan terus diperkukuhkan bagi menganjurkan lebih banyak program kemasyarakatan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan bahawa program seumpama ini akan diteruskan di Kadamaian Square dalam masa terdekat, dan orang ramai diseru untuk tampil menderma darah sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

Pada masa sama, KDCA Kota Belud yang diwakili oleh Melon Yaming, turut memberi sokongan kepada penganjuran program tersebut dengan menyumbangkan hadiah bagi Kejohanan Santai Dart yang diadakan bersempena program derma darah itu.

Program berkenaan dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Majlis Belia KDCA Kota Belud, Herman Milah, dan Pengerusi Biro Kesihatan KDCA Kota Belud, Dr. Joshua Beting.

Melalui penganjuran program tersebut, pihak penganjur berjaya mengumpulkan 11 pain darah bagi membantu menambah bekalan tabung darah di Hospital Kota Belud.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/16/kesedaran-derma-darah-perlu-terus-dipupuk-dalam-kalangan-masyarakat/feed/ 0 93367
Pusat pendermaan darah baharu Hospital Beaufort mula beroperasi 15 Disember https://sabahmedia.com/2025/12/08/pusat-pendermaan-darah-baharu-hospital-beaufort-mula-beroperasi-15-disember/ https://sabahmedia.com/2025/12/08/pusat-pendermaan-darah-baharu-hospital-beaufort-mula-beroperasi-15-disember/#respond Mon, 08 Dec 2025 01:45:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87932
Read Time:1 Minute, 32 Second

BEAUFORT: Pusat Pendermaan Darah yang baharu di Hospital Beaufort akan mula beroperasi 15 Disember ini, sekali gus memberi kemudahan lebih mudah dan selesa kepada orang awam yang ingin menderma darah.

Pengarah Hospital Beaufort, Dr. Sutharsan A/L Kannan, berkata pusat baharu itu terletak di lokasi paling hadapan hospital dan merupakan laluan utama masyarakat, menjadikannya lebih mudah diakses berbanding lokasi terdahulu.

“Kami mengambil kesempatan daripada program hari ini untuk meraikan pra-pelancaran Pusat Pendermaan Darah Hospital Beaufort yang baharu.

“Lokasinya dipilih bagi memastikan orang ramai lebih mudah hadir untuk menderma,” katanya ketika berucap pada Program Sepetang Bersama Pejuang Thalasemia Beaufort, di sini pada Ahad.

Menurutnya, pembukaan pusat baharu itu juga merupakan usaha meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti derma darah, terutamanya golongan muda yang sangat diperlukan bagi menampung keperluan pesakit Thalassemia di daerah ini.

Beliau menegaskan bahawa membantu pesakit Thalassemia adalah tanggungjawab bersama kerana mereka merupakan “keluarga dan saudara” dalam komuniti Beaufort.

“Masyarakat bukan sahaja penting sebagai penderma darah, tetapi juga dalam mempromosikan program derma darah dan mengajak lebih ramai penyertaan baharu,” jelasnya.

Dr. Sutharsan turut mendedahkan bahawa sebanyak 2,550 beg darah telah berjaya dikutip dari Januari hingga November tahun ini.

Katanya, berdasarkan anggaran bahawa satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa, statistik itu bermakna 7,650 pesakit mendapat manfaat daripada sumbangan penderma darah sepanjang tahun ini.

Program tersebut turut diadakan bagi meraikan 23 pejuang Thalassemia Daerah Beaufort serta menyampaikan penghargaan kepada penganjur paling aktif dalam program derma darah, termasuk Y&Y Group, Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort dan Skuad Ar-Rayyan Sabah.

Turut hadir pada program berkenaan ialah wakil Y&Y Group, Nor Azian Mazwan Abdul Rahman; wakil Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort, Tan Sze Meng; Pengerusi Skuad Ar-Rayyan Sabah, Laiman Abdullah; penyumbang perseorangan Wong Oi Fa dan Lee Kim Yoong; serta Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi Hospital Beaufort, Dr. Norilmi Juzuli. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/08/pusat-pendermaan-darah-baharu-hospital-beaufort-mula-beroperasi-15-disember/feed/ 0 87932
30 beg darah berjaya dikutip di BBP Papar https://sabahmedia.com/2025/08/26/30-beg-darah-berjaya-dikutip-di-bbp-papar/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/30-beg-darah-berjaya-dikutip-di-bbp-papar/#respond Tue, 26 Aug 2025 00:57:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80051
Read Time:1 Minute, 11 Second

Papar: Sebanyak 30 beg darah berjaya dikutip menerusi program derma darah yang dianjurkan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cabang Papar dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar di sini baru-baru ini.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Papar, Rujinah Ajok berkata, program yang julung kali berlangsung di BBP Papar itu diadakan sempena dengan semangat Bulan Kebangsaan.

Katanya, ia sekaligus menggalakkan masyarakat sekeliling untuk turut sama menyumbang kepada negara melalui pendermaan darah.

“Saya melihat ini adalah kaedah terbaik mendidik minda rakyat agar menerapkan khidmat kesukarelawan dan aktiviti secara kelompok yang menghasilkan dampak positif kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital” katanya.

PBSM Papar yang terlibat aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan malah turut membantu ketika bencana, telah melaksanakan tiga program derma darah sejak Januari lalu malah akan datang program serupa akan diadakan pada bulan September di Kawasan DUN Limbahau, Papar.

Rujinah berkata, penderma darah kali ini bukan sahaja dari kalangan anggota BBP Papar, malah turut melibatkan orang awam sekitar daerah Papar.

“Malah untuk sokongan dan kelancaran program, PBSM turut melibatkan penyertaan petugas dari kalangan penghidap Thalasemia untuk bertugas di kaunter pendaftaran penderma darah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas, penaja, para penderma darah dan Hospital Beaufort yang telah membantu menjayakan program kali ini,” katanya.

Pada program tersebut Ketua BBP Papar, Rozlan Osman turut sama menderma darah bersama petugas-petugas beliau dan berharap program serupa akan diadakan di masa akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/30-beg-darah-berjaya-dikutip-di-bbp-papar/feed/ 0 80051
51 beg darah berjaya dikutip menerusi program CSR https://sabahmedia.com/2025/08/10/51-beg-darah-berjaya-dikutip-menerusi-program-csr/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/51-beg-darah-berjaya-dikutip-menerusi-program-csr/#respond Sun, 10 Aug 2025 07:26:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78949
Read Time:52 Second

Beaufort: Sejumlah 51 beg darah berjaya dikutip dalam satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOK Corner Beaufort yang diadakan di sini pada Sabtu.

Pengerusi program, Alicia Chin  berkata, beg darah yang berjaya dikutip itu merupakan kesinambungan kepada program sama yang telah dilaksanakan pada tahun lalu.

“Melihat kepada keberkesanan program sebelum ini, ianya mampu mendekatkan organisasi dengan masyarakat setempat sambil menyumbang kembali kepada masyarakat dengan cara mengadakan program derma darah.

“Bukan sahaja menyediakan buah tangan untuk penderma darah sebagai tanda menghargai sumbangan mereka, malah turut membantu pihak hospital dan pesakit amat memberi kesan positif kepada kami” katanya.

Alicia berkata, idea mengadakan program derma darah adalah sebagai inisiatif CRS selepas melihat contoh-contoh dari syarikat-syarikat korporat ternama yang mengadakan program serupa.

Katanya, program itu akan diteruskan lagi di masa akan datang dan menjangkakan pelbagai lagi penambahbaikan dan idea kreatif yang akan menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Kami sangat menghargai penderma-penderma darah yang hadir dan. mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi yang telah membantu menjayakan program kali ini” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/51-beg-darah-berjaya-dikutip-menerusi-program-csr/feed/ 0 78949
Sabah perlu lebih ramai penderma darah, cabaran muka bumi antara yang dihadapi https://sabahmedia.com/2025/06/18/sabah-perlu-lebih-ramai-penderma-darah-cabaran-muka-bumi-antara-yang-dihadapi/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/sabah-perlu-lebih-ramai-penderma-darah-cabaran-muka-bumi-antara-yang-dihadapi/#respond Wed, 18 Jun 2025 00:33:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75748
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : Taburan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman selain bentuk muka bumi yang unik di negeri ini menjadi antara cabaran yang dihadapi Perkhidmatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah bagi mengadakan kempen derma darah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman berkata, selain itu mitos-mitos dan kepercayaan yang menyelubungi pendermaan darah seperti takut jarum dan sebagainya turut dilaporkan sebagai cabaran bagi melaksanakan kempen berkenaan.

Di samping itu katanya, segolongan besar masyarakat mempunyai paras hemoglobin yang rendah menjadikan golongan ini tidak layak untuk menderma darah disebabkan oleh anemia kekurangan zat besi dan pembawa gen talasemia.

“Setakat kini, peratusan penderma darah di negeri ini masih lagi berada di bawah paras yang optima. Pada tahun 2023, Sabah telah mencatatkan sejumlah 75, 644 pendermaan darah manakala pada tahun 2024 sebanyak 77, 996 pendermaan darah yang berjaya.

“Peningkatan ini masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pesakit yang saban hari meningkat, peningkatan kes-kes kanser dan penyakit kronik serta peningkatan populasi golongan masyarakat yang berusia.

“Berikutan dengan perkembangan perubatan di Negeri Sabah, keperluan penggunaan darah turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutran Hari Penderma Darah Sedunia peringkat negeri Sabah di sini baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Paduka Puteri Tunku Mariamz Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Dr Maria berkata, keperluan darah yang tinggi di Sabah turut dipengaruhi permintaan darah yang tinggi di kalangan pesakit talasemia yang memerlukan transfusi darah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Katanya, jumlah pesakit talasemia di Sabah adalah jumlah tertinggi di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 1,995 kes di mana seramai 1, 380 orang pesakit atau 69 peratus merupakan Transfusion-Dependant Thalassaemia (TDT).

Menurutnya, bilangan notifikasi kes baharu talasemia di Sabah pula mencatatkan seramai 73 kes pada tahun 2024 dan 20 kes dicatatkan sehingga Mei tahun 2025.

“Dengan perawatan pesakit talasemia yang lebih baik, lebih ramai pesakit mencapai usia yang lebih panjang. Oleh itu, keperluan darah golongan ini juga turut meningkat saban tahun,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak agar tampil menderma darah di semua tabung darah dan menjayakan setiap kempen derma darah yang dianjurkan di lokaliti masing-masing agar kutipan darah mencukupi bagi pembekalan kepada pesakit-pesakit di negeri ini. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/sabah-perlu-lebih-ramai-penderma-darah-cabaran-muka-bumi-antara-yang-dihadapi/feed/ 0 75748
Banjir tidak halang penduduk derma darah https://sabahmedia.com/2025/05/06/banjir-tidak-halang-penduduk-derma-darah/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/banjir-tidak-halang-penduduk-derma-darah/#respond Tue, 06 May 2025 07:48:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73278
Read Time:1 Minute, 14 Second

Beaufort: Hujan lebat dan banjir yang melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu tidak menjadi halangan buat penduduk sekitar untuk menderma darah sempena Program Kesedaran Kesihatan Wanita.

Program yang diadakan di Tadika Kung Ming, di sini Sabtu lalu itu berjaya mengutip 66 beg darah.

Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Persatuan Wanita Cina Beaufort, Gracia Ng Giok Chin berkata, menyifatkan sambutan masyarakat sebagai luar biasa, dengan ramai penderma dan pengunjung sanggup meredah air banjir demi menjayakan program tersebut.

“Saya amat terharu dengan kegigihan para penderma darah dan orang ramai yang sanggup meredah banjir untuk sampai ke lokasi, begitu juga usaha para petugas dan agensi yang membantu menjayakan program ini,” katanya.

Katanya, program yang diadakan buat pertama kali itu bertujuan bagi meningkatkan lagi kesedaran wanita terhadap tahap kesihatan diri melalui pemeriksaan percuma dan pameran pelbagai kaunter informasi kesihatan. 

“Menyedari minat tinggi masyarakat terhadap aktiviti derma darah, pihak penganjur turut mengadakan sesi derma darah bagi membantu menambah stok darah hospital.

“Walaupun pada asalnya program dirancang di gelanggang bola keranjang, keadaan banjir memaksa sebahagian aktiviti dipindahkan ke kantin SJK (C) Kung Ming, namun program tetap diteruskan dengan semangat yang tinggi,” katanya.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama WSG Group, Hospital Beaufort, Hospital Papar, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort, serta sokongan dari pihak swasta seperti Sunlight Farmasi, Indocafe, Cuckoo dan lain-lain.

Antara yang mencuri tumpuan ialah kehadiran Chin Hock Tshung, penderma darah paling aktif di Beaufort, yang melakukan derma darah ke-95 beliau pada program kali ini. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/banjir-tidak-halang-penduduk-derma-darah/feed/ 0 73278
57 beg darah berjaya dikutip pada Program Derma Darah Ambang Ramadan https://sabahmedia.com/2025/02/27/57-beg-darah-berjaya-dikutip-pada-program-derma-darah-ambang-ramadan/ https://sabahmedia.com/2025/02/27/57-beg-darah-berjaya-dikutip-pada-program-derma-darah-ambang-ramadan/#respond Thu, 27 Feb 2025 06:18:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69478
Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Sebanyak 57 beg darah berjaya dikutip pada program Program Derma Darah Ambang Ramadan 2025 anjuran bersama Brotherhood Bikers United dan Y&Y Group yang diadakan di Blok Sokongan Klinikal Hospital Beaufort di sini baru-baru ini.

Presiden Brotherhood Bikers United (BBU), Md Fazuleh KK Salleh berkata, program seumpama itu dapat menerapkan lagi tanggungjawab sosial ahli menerusi aktiviti kelab dan persatuan.

Katanya, program itu juga mampu mendidik dan memahami keperluan menyumbang kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, pihaknya memilih untuk mengadakan program derma darah itu adalah sebagai kaedah terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat berikutan keperluan darah dari masa ke semasa amat diperlukan.

“Saya melihat dengan cara ini, fungsi sama ada kelab atau persatuan akan menjadi efektif, berimpak dan dekat dengan masyarakat sekitar” katanya.

Fazuleh berkata, selain menggalakkan setiap ahli untuk menderma secara konsisten, beliau turut melihat pendermaan darah sebagai cara untuk memeriksa tahap kesihatan ahli-ahli agar sentiasa dalam keadaan terbaik sekaligus menerapkan semangat untuk menderma darah secara berkala dan berterusan.

Kelab motorsikal berkuasa tinggi Brotherhood Bikers United yang ditubuhkan sejak 2013 dengan keahlian 154 orang itu telah terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan di Beaufort.

Mengenai perancangan tahun ini, Fazuleh berkata, kelab itu dijangka akan melibatkan diri pada Kem Perubatan yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun tahun ini.

“Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Y&Y Group kerana sudi bekerjasama dengan kelab dan berterima kasih kepada Hospital Beaufort yang turut sama menjayakan program kali ini dan berharap agar kerjasama berterusan dengan program-program yang lebih menyentuh hati dan minda masyarakat” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/27/57-beg-darah-berjaya-dikutip-pada-program-derma-darah-ambang-ramadan/feed/ 0 69478
Peranan persatuan penting galakkan pendermaan darah https://sabahmedia.com/2024/12/18/peranan-persatuan-penting-galakkan-pendermaan-darah/ https://sabahmedia.com/2024/12/18/peranan-persatuan-penting-galakkan-pendermaan-darah/#respond Wed, 18 Dec 2024 09:41:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65646
Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort : Peranan persatuan dalam menggalakkan aktiviti pendermaan darah amatlah penting sekaligus menerapkan amalan menderma darah sebagai salah satu tanggungjawab sosial dalam kalangan masyakarat.

Pengarah Hospital Beaufort, Dr Sutharsan a/l Kannan berkata, hal ini kerana penglibatan persatuan yang bergiat aktif menganjurkan program-program derma darah menjadikan masyakarat lebih peka dan cakna dengan keperluan untuk menderma darah serta manfaatnya.

“Ini dibuktikan dengan peranan Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort yang telah berjaya mengutip sejumlah 1,308 beg darah dalam 16 siri program derma darah sepanjang 2024 dengan turut melibatkan beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan secara kolaborasi pintar.

“Pihak hospital amat berbesar hati dengan sumbangan dan peranan yang dilaksanakan persatuan-persatuan bagi menggalakkan pendermaan darah dan juga jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, sekolah-sekolah yang sentiasa menjemput hospital mengadakan aktiviti menderma darah di dalam acara-acara yang mereka anjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Adiwira Darah 2024 yang diadakan di Dewan Arena Belia dan Sukan Beaufort, di sini kelmarin.

Program tersebut turut dihadiri Skuad Ar-Rayyan Sabah, Persatuan Suara Belia Beaufort, San Min Quarry Sdn Bhd dan Kilang Mee Aniq.

Sutharsan berkata, sebanyak 3,924 nyawa berjaya diselamatkan sepanjang tahun ini oleh Persatuan dan rakan-rakan strategik yang membantu dalam aktiviti pendermaan darah.

Katanya, darah-darah yang dikutip bukan sahaja membantu bekalan darah di daerah Beaufort, malah turut membantu bekalan darah hospital-hospital terdekat seperti Kuala Penyu, Papar, Sipitang, Ranau, Keningau dan beberapa lagi daerah lain di negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/18/peranan-persatuan-penting-galakkan-pendermaan-darah/feed/ 0 65646