Desa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Sep 2025 05:44:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Desa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kumpulan DESA hulur sumbangan ringankan beban mangsa banjir https://sabahmedia.com/2025/09/16/kumpulan-desa-hulur-sumbangan-ringankan-beban-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/09/16/kumpulan-desa-hulur-sumbangan-ringankan-beban-mangsa-banjir/#respond Tue, 16 Sep 2025 05:44:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81379
Read Time:56 Second

Oleh J. Evachel John

PENAMPANG: Lebih 290 mangsa banjir daripada 75 keluarga di daerah ini menerima bantuan segera daripada Kumpulan DESA (DESA Group) sebagai tanda solidariti ketika berdepan musibah banjir, semalam.

Sumbangan berupa 300 bakul makanan, beras dan bekalan air mineral diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk diagihkan kepada keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pegawai Eksekutif DESA, Emiliana Chin, berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat bagi meringankan beban penduduk yang terkesan.

“Sebagai sebuah syarikat yang dekat di hati rakyat Sabah, kami amat bersimpati dengan kesukaran dihadapi mangsa banjir. Sumbangan ini adalah komitmen kami bagi memastikan mereka sentiasa mempunyai bekalan makanan mencukupi sepanjang berada di PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha itu juga melambangkan solidariti warga kerja DESA yang sentiasa bersama rakyat, khususnya ketika berdepan musibah.

Emiliana berkata, bagi pihak pengurusan, terutama Pengerusi Kumpulan DESA, Tan Sri Liew Yun Fah, tanggungjawab korporat bukan hanya soal perniagaan semata-mata, tetapi menyelami penderitaan rakyat.

“DESA akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/16/kumpulan-desa-hulur-sumbangan-ringankan-beban-mangsa-banjir/feed/ 0 81379
Pengusaha Pelancongan Desa Mahu Sabah New Deal Dilanjutkan https://sabahmedia.com/2021/11/27/pengusaha-pelancongan-desa-mahu-sabah-new-deal-dilanjutkan/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/pengusaha-pelancongan-desa-mahu-sabah-new-deal-dilanjutkan/#respond Sat, 27 Nov 2021 05:40:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8966
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pemain pelancongan luar bandar mahu peruntukan khas Sabah New Deal (SND) bagi sektor pelancongan dilanjutkan tahun depan kerana masih ramai yang memerlukan sokongan kewangan untuk membantu menaiktarafkan kemudahan mereka.

Mereka menyatakan harapan itu kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, ketika lawatan beliau ke daerah Kota Marudu dan Pitas untuk meninjau status penambahbaikan fasiliti di bawah SND.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata bantuan kewangan khas itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 500 pengusaha pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Beliau yakin Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan kepada pelancongan, terutamanya sektor pelancongan luar bandar, dalam pembentangan bajet negeri 2022 akan datang.

“Saya harap apabila Ketua Menteri membentangkan bajet negeri pada 3 Disember ini, akan ada peruntukan seumpama ini dan jumlah ditambah lagi.

“Masih terdapat ramai pengusaha yang memerlukan bantuan kewangan untuk membina kemudahan asas dan bagi pihak pengusaha pelancongan luar bandar, kita berharap Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan akan memberikan peruntukan lebih besar dari RM10 juta,” katanya.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai pengusaha pelancongan desa kehilangan sumber pendapatan mereka untuk mengekalkan kemudahan yang sedia ada di kawasan pelancongan masing-masing.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Sabah New Deal untuk membantu pemain pelancongan yang terjejas, dengan setiap penerima diberi RM20,000.

Pengagihan geran itu diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Walaupun ramai yang telah mendapat manfaat daripada geran khas itu, ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang digunakan untuk kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan kemudahan asas.

Antara lokasi yang dilawati oleh Joniston ialah Marudu Bay Homestay, Pusat Pelancongan D’Lutong Ria Pantai Ria, Sarangheayo-Sarayo Camping Ground, dan Walai Ondoton Pitas Homestay.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/pengusaha-pelancongan-desa-mahu-sabah-new-deal-dilanjutkan/feed/ 0 8966
Industri lembu tenusu Sabah berkembang di bawah Desa https://sabahmedia.com/2021/07/29/industri-lembu-tenusu-sabah-berkembang-di-bawah-desa/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/industri-lembu-tenusu-sabah-berkembang-di-bawah-desa/#respond Thu, 29 Jul 2021 05:36:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3752
Read Time:1 Minute, 5 Second

KENINGAU: Industri lembu tenusu Sabah dijangka akan terus berkembang pesat menerusi Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC), di bawah Desa Keningau Livestock Industries Sdn Bhd (DKLI) yang baharu ditubuhkan.

DKLI ditubuhkan apabila Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh negeri, mengambil alih KILC daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada 1 Julai.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau mengharapkan ambil alih projek oleh Desa, industri lembu tenusu negeri akan terus berkembang.

“Ini akan melengkapkan projek ternakan tenusu Desa yang sedia ada di Kundasang, yang kini berjalan lancar,” katanya selepas melawat KILC di Sook, di sini pada Selasa.

Desa kini akan memainkan peranan utama untuk pengembangan industri tenusu dan lembu di Sabah.

Jumlah awal pelaburan modal yang diperlukan untuk pembangunan projek itu dianggarkan berjumlah RM118 juta dan dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa pertama projek di bawah SEDIA berjumlah RM57.3 juta telah siap pada 19 Ogos 2013 melalui pembiayaan Persekutuan.

Menerusi usaha baharu ini, DKLI akan melakukan kerja pengembangan dengan kos RM87.83 juta untuk meningkatkan keupayaannya menampung 2,000 ekor lembu tenusu dan daging lembu.

Dengan memiliki kemampuan untuk menempatkan sebanyak 2,000 lembu tenusu, LDKIL menyasarkan pengeluaran susu tahunan sebanyak 8.5 juta liter dan 1,000 ekor lembu yang bersamaan dengan 500 tan metrik daging lembu setahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/industri-lembu-tenusu-sabah-berkembang-di-bawah-desa/feed/ 0 3752
SEDIA serahkan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) kepada Desa Cattle Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2021/06/28/sedia-serahkan-pusat-ternakan-bersepadu-keningau-kilc-kepada-desa-cattle-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/sedia-serahkan-pusat-ternakan-bersepadu-keningau-kilc-kepada-desa-cattle-sdn-bhd/#respond Mon, 28 Jun 2021 08:49:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2131
Read Time:3 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Desa Cattle Sdn Bhd akan mengambil alih Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), mulai 1 Julai ini.

Desa Cattle juga akan menjadi pelabur utama untuk pengembangan tahap dua KILC dalam menerajui pembangunan industri tenusu dan lembu di Sabah.

“Kerajaan Negeri menaruh penuh kepercayaan kepada Desa Cattle sebagai syarikat utama untuk memimpin pengembangan KILC sepenuhnya sekali gus mewakili negeri ini dalam menerajui industri ruminan di Sabah,” kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian antara Desa Cattle diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Emiliana Chin dan SEDIA diwakili oleh Presiden/CEO Datuk Hashim Paijan di Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Menurut Hajiji dalam kenyataan medianya, KILC adalah program pembangunan strategik jangka panjang yang dirancang untuk menghasilkan lembu tenusu berkualiti tinggi berdasarkan sistem tiga peringkat, iaitu ladang Nukleus, Berganda dan Komersial yang bertujuan
menyokong pembangunan industri tenusu dan daging lembu Sabah secara lestari.

Sebagai ladang Nukleus pertama di Malaysia, KILC dirancang untuk mengatasi kekurangan bekalan baka lembu tenusu dan lembu tempatan yang berkualiti tinggi, yang telah menghalang perkembangan industri itu di Sabah dan Malaysia keseluruhannya.

Pendekatan ini memastikan ladang Nukleus terus meningkatkan prestasi baka melalui peningkatan genetik menerusi teknologi pembiakan yang moden.

Kemudiannya, baka berkualiti yang telah ditambah baik ini akan dilipatgandakan
di ladang Berganda dan diedarkan kepada penternak tempatan di peringkat ladang Komersial, memastikan pengeluaran susu yang tinggi hingga meningkatkan pendapatan dan keuntungan penternak.

Pada masa yang sama, KILC juga bertindak sebagai pemangkin untuk menarik pelaburan swasta dalam mendirikan penggalak lembu tenusu dan ladang penternak untuk meningkatkan populasi penternak serta industri hiliran nilai tambah yang berkaitan.

Di bawah SEDIA, KILC sedang menjalani program peningkatan dan pada masa yang sama kajian pelan induk tambahan juga telah dilakukan untuk meningkatkan kelangsungan jangka panjangnya dan untuk menangani sepenuhnya jurang dan cabaran yang sedang dihadapi oleh industri lembu tenusu di Sabah.

Program peningkatan juga akan memastikan kerjasama dan hasil yang positif bersama pelabur pada masa hadapan, dalam pengembangan industri ruminan di Sabah.

KILC memiliki kemampuan untuk menempatkan 2,000 lembu tenusu dengan menyasarkan pengeluaran susu tahunan adalah sebanyak 10 juta liter dan 810 ekor ‘feeder cattle’ yang bersamaan dengan 1,500 tan metrik daging lembu setahun.

Jumlah pelaburan modal yang diperlukan untuk pembangunan dianggarkan berjumlah RM118 juta dan dibahagikan kepada dua fasa.

“Kerajaan Persekutuan telah menyediakan dana RM57.3 juta untuk pembangunan Fasa Satu iaitu membina infrastruktur dengan kapasiti 500 ekor, yang telah siap pada 19 Ogos 2013 melalui SEDIA.

“Untuk Fasa Dua ia membabitkan pengembangan dan pembangunan infrastruktur
untuk menampung 2,000 ekor lembu, yang memerlukan RM60.7 juta, yang akan dibiayai sepenuhnya melalui pelaburan sektor swasta,” katanya.

Sejak beroperasi pada 2013, KILC telah melipatgandakan pengeluaran susu
tahunan daripada 0.5 juta liter pada 2014 menjadi 2.5 juta liter pada tahun 2020.

Purata hasil bagi seekor lembu juga telah meningkat daripada 6.5 liter / sehari pada tahun 2014 menjadi 17.3 liter /sehari pada tahun 2019, sementara hasil purata nasional bagi Sabah kekal sekitar 12 liter / sehari.

Selain menyelesaikan infrastruktur asas, semua keperluan teknikal dan pentadbiran yang diperlukan untuk operasi ladang telah ditetapkan untuk menstabilkan operasi KILC.

Dalam pada itu, kira-kira 40 kakitangan tempatan serta tiga pakar antarabangsa juga terlibat untuk latihan dan kawal sedia, pemindahan pengetahuan dan latihan kemahiran pekerja tempatan untuk mencapai standard antarabangsa dan praktik penternakan dan pembiakan haiwan bertaraf dunia.

Manakala, kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah diadakan dan
setakat ini,10 graduan UMS telah menamatkan latihan industri selama lapan bulan, tiga daripada graduan itu kini bekerja sepenuhnya di KILC.

Sasaran jangka panjang KILC adalah untuk mengeluarkan lembu tenusu pembiakan yang berkualiti tinggi dengan produktiviti melebihi 7,000 liter setahun atau lebih 23 liter sehari dan mencapai misinya sebagai pusat pembiakan utama di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/sedia-serahkan-pusat-ternakan-bersepadu-keningau-kilc-kepada-desa-cattle-sdn-bhd/feed/ 0 2131