destini smj – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Dec 2024 06:25:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png destini smj – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan sedia ruang untuk mahasiswa, pelajar suarakan pandangan dan aspirasi https://sabahmedia.com/2024/12/22/kerajaan-sedia-ruang-untuk-mahasiswa-pelajar-suarakan-pandangan-dan-aspirasi/ https://sabahmedia.com/2024/12/22/kerajaan-sedia-ruang-untuk-mahasiswa-pelajar-suarakan-pandangan-dan-aspirasi/#respond Sun, 22 Dec 2024 06:25:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65829
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu :  Beberapa program telah dilaksanakan Kerajaan negeri bagi memberi ruang kepada golongan mahasiswa dan pelajar di Sabah untuk menyuarakan pandangan dan aspirasi sekali gus mengangkat suara anak muda.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah Azrul Ibrahim berkata, ia termasuklah program Destini Sabah Maju Jaya (SMJ) Anak Muda Sabah dan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) – Angkat Aspirasi Mahasiswa.

Katanya, program yang dilaksanakan itu adalah bagi mendekati golongan mahasiswa dan pelajar di negeri ini.

“Alhamdulillah sejak tahun lalu, Destini SMJ Anak Muda Sabah telah menjelajah ke hampir semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Sabah termasuk di Labuan, Sarawak dan beberapa IPT di Semenanjung.

“Semua telah kami singgah dan berdiskusi, berdialog dan bercambah idea bagi mengangkat aspirasi golongan mahasiswa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini.

Antara IPT yang dilawati termasuklah Universiti Malaysia Sabah (UMS); UMS Kampus Antarabangsa Labuan; UMS Sandakan; UiTM Sabah Kampus Kota Kinabalu dan Tawau, IPG Kampus Gaya, Keningau, Tuaran dan Tawau, IKM, ILP, beberapa IPTS sekitar Kota Kinabalu, Kolej Komuniti dan Politeknik, UNIMAS serta KML.

Azrul berkata, pelaksanaan MPPS yang masuk edisi ketiga penganjurannya pada tahun depan telah menghimpunkan pelbagai cadangan malahan kritikan membina untuk perhatian pihak kerajaan. 

Paling mustahak katanya, MPPS dihadiri sendiri oleh Ketua Menteri bagi mendengar suara mahasiswa dan anak muda.

“Natijahnya, pandangan mahasiswa melalui platfom yang disediakan ini telah diambil perhatian serius malah ada sebahagiannya dijadikan program dan polisi kerajaan negeri Sabah.

“Pelaksanaan subsidi penerbangan RM600, subsidi pengangkutan RM300, penubuhan Sekretariat Mahasiswa Sabah, cadangan mewujudkan Rumah Transit Belia SMJ, inisiatif pendidikan dan banyak lagi hadir dan lahir melalui Destini SMJ Anak Muda Sabah dan MPPS,”‘ katanya.

Dalam pada itu, Azrul berkata, pihaknya turut menyediakan ruang dan peluang kepada golongan mahasiswa dan ianya telah dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka. 

“Ini termasuk sesi bual bicara santai dalam skala kecil dan sederhana yang berterusan diadakan sebagai platfom kebersamaan antara kerajaan dan golongan berkenaan.

“Tahun depan kita akan menjelajah lagi, hadirlah dan nyatakanlah pandangan secara baik, teratur dan terhormat. Tunjukkan kita punya nilai ilmiah yang tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/22/kerajaan-sedia-ruang-untuk-mahasiswa-pelajar-suarakan-pandangan-dan-aspirasi/feed/ 0 65829
Lebih 600 pelajar hadiri siri jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah. https://sabahmedia.com/2024/07/28/lebih-600-pelajar-hadiri-siri-jelajah-destini-smj-anak-muda-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/28/lebih-600-pelajar-hadiri-siri-jelajah-destini-smj-anak-muda-sabah/#respond Sun, 28 Jul 2024 10:05:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58208
Read Time:42 Second

Keningau : Lebih 600 pelajar dari beberapa buah institusi pendidikan di daerah ini menghadiri siri jelajah Destini Sabah Maju Jaya (SMJ) Anak Muda Sabah.

Program yang dianjurkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah itu telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau di sini baru-baru ini.

Antara institusi pendidikan yang menyertai adalah IPG Keningau; Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS); Kolej Geomatika dan Kolej Vokasional Keningau.

Pelbagai lontaran idea dan cadangan diberikan oleh para peserta dalam sesi dialog yang dikendalikan oleh mahasiswa IPG Keningau selaku moderator Aileen Joseph Oppei.

Antara panel yang hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan dan Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Azrul Ibrahim.

Hadir sama dalam program itu Pengarah IPG Keningau Doti Asing dan Rektor Kolej Geomatika Keningau Prof Madya Faridah Muri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/28/lebih-600-pelajar-hadiri-siri-jelajah-destini-smj-anak-muda-sabah/feed/ 0 58208