Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merancang melaksanakan sistem permohonan pelan bangunan secara dalam talian atau e-Submission – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Sep 2026 01:07:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merancang melaksanakan sistem permohonan pelan bangunan secara dalam talian atau e-Submission – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 e-Submission pelan bangunan DBKK dijangka bermula 2027 https://sabahmedia.com/2026/09/29/e-submission-pelan-bangunan-dbkk-dijangka-bermula-2027/ https://sabahmedia.com/2026/09/29/e-submission-pelan-bangunan-dbkk-dijangka-bermula-2027/#respond Tue, 29 Sep 2026 01:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104383
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merancang melaksanakan sistem permohonan pelan bangunan secara dalam talian atau e-Submission mulai 2027 sebagai langkah memperkukuh transformasi digital dalam proses kelulusan pembangunan di bandar raya ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, berkata pelaksanaan e-Submission itu merupakan antara langkah susulan dalam usaha DBKK mereformasi proses kelulusan pelan bangunan supaya lebih cekap dan sistematik.

Beliau berkata, pelaksanaan tersebut akan melengkapkan penggunaan National BIM e-Submission (NBeS) yang kini digunakan sebagai kaedah semakan awal pelan bangunan secara digital.

“Pelaksanaan NBeS ialah langkah awal dalam reformasi proses kelulusan pelan DBKK. Kita juga sedang membangunkan sistem permohonan pelan dalam talian atau e-Submission yang dirancang bermula pada tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Pelancaran Pelaksanaan National BIM e-Submission (NBeS) DBKK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.

Menurutnya, apabila NBeS, e-Submission dan proses kelulusan digital dapat diintegrasikan sepenuhnya, DBKK menyasarkan proses kelulusan pelan tidak lagi bergantung kepada pengendalian fail fizikal.

“Dalam keadaan sistem dan aliran kerja tersebut berfungsi secara menyeluruh, aspirasi DBKK ialah memendekkan lagi tempoh kelulusan kepada kurang daripada tiga hari bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi semua keperluan,” katanya.

Sabin berkata, pendekatan pendigitalan itu bukan sahaja bertujuan mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan, malah dapat mewujudkan sistem kerja yang lebih telus serta mudah diaudit.

Pada masa sama, katanya, aspek keselamatan, pematuhan teknikal dan kualiti pembangunan akan terus menjadi keutamaan DBKK dalam mempertimbangkan setiap permohonan.

Beliau berkata, penggunaan teknologi digital tidak seharusnya menyebabkan ketelitian dalam proses kelulusan diketepikan.

“Kepantasan tidak boleh mengurangkan ketelitian terhadap keselamatan dan mutu pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan sistem digital bersepadu memerlukan kerjasama berterusan antara DBKK, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), agensi teknikal serta komuniti profesional yang terlibat dalam penyediaan dan pengemukaan pelan bangunan.

Katanya, penyelarasan aliran kerja, pengesahan digital dan keperluan teknikal perlu diberi perhatian bagi memastikan pelaksanaan sistem baharu dapat berjalan secara menyeluruh dan berkesan.

Beliau turut menggalakkan golongan Principal Submitting Person (PSP) yang terlibat dalam penyediaan pelan bangunan supaya mengambil peluang meningkatkan kemahiran berkaitan Building Information Modelling (BIM) bagi menyesuaikan diri dengan perubahan ke arah proses pengemukaan pelan secara digital.

Sabin berkata, kerjasama dan maklum balas daripada komuniti profesional juga penting bagi membantu DBKK dan CIDB menambah baik pelaksanaan sistem dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan e-Submission itu dijangka menjadi sebahagian daripada transformasi menyeluruh DBKK ke arah proses kelulusan pelan bangunan yang lebih digital, cekap, telus dan mudah diaudit.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/29/e-submission-pelan-bangunan-dbkk-dijangka-bermula-2027/feed/ 0 104383