Dewan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 Aug 2024 19:36:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dewan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembinaan Dewan Perpaduan di SAN Gadong beri keselesaan kepada murid dan guru https://sabahmedia.com/2024/08/31/pembinaan-dewan-perpaduan-di-san-gadong-beri-keselesaan-kepada-murid-dan-guru/ https://sabahmedia.com/2024/08/31/pembinaan-dewan-perpaduan-di-san-gadong-beri-keselesaan-kepada-murid-dan-guru/#respond Fri, 30 Aug 2024 19:36:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59958
Read Time:1 Minute, 7 Second

Beaufort : Pembinaan Dewan Perpaduan DHRM di Sekolah Agama Negeri (SAN) Gadong di sini bakal memberi keselesaan kepada murid, guru dan ibubapa SAN berkenaan untuk mengadakan pelbagai program yang telah dirancang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pembinaan dewan berkenaan menunjukkan Kerajaan Sabah sentiasa prihatin terhadap keperluan pendidikan dan masyarakat setempat di negeri ini.

“Pembinaan dewan ini sangat diperlukan anak-anak kita untuk melakukan aktiviti atau program sekolah yang menghimpunkan anak-anak, guru guru dan ibu bapa.

“Dengan adanya dewan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat prihatin dengan keperluan rakyat dan sudah tentu dengan membina dewan di kawasan SAN ini akan dapat diguna pakai oleh anak-anak, guru-guru dan juga ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik pecah tanah tapak pembinaan dewan perpaduan DHRM bagi SAN Gadong di sini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keluasan dewan seluas 80×40 itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan September atau pada Oktober.

Katanya, ianya dijangka akan dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti atau program sekolah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang benar-benar melihat keperluan dan keprihatinan beliau dalam membela nasib rakyat.

“Ini juga adalah sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya , kerana dalam Sabah Maju Jaya itu memfokuskan pendidikan anak anak kita yang perlu di beri perhatian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/31/pembinaan-dewan-perpaduan-di-san-gadong-beri-keselesaan-kepada-murid-dan-guru/feed/ 0 59958
Penduduk Kg Nawanon Kini Miliki Dewan Komuniti Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/30/penduduk-kg-nawanon-kini-miliki-dewan-komuniti-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/penduduk-kg-nawanon-kini-miliki-dewan-komuniti-baharu/#respond Thu, 30 Dec 2021 06:23:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10466
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Penduduk Kg Nawanon di sini menarik nafas lega kerana hasrat memiliki sebuah Dewan Mini ‘Dewan Komuniti’ yang baharu tercapai dan telah siap dibina sepenuhnya.

Dewan Komuniti yang menelan kos kira-kira RM200 ribu itu, acara perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, baru-baru ini.

Acara perasmian Dewan Komuniti tersebut bertambah meriah diserikan lagi dengan sambutan Hari Krismas peringkat Kg Nawanon dihadiri ratusan penduduk setempat termasuk rombongan  dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau  dalam ucapannya, menyeru penduduk Kg Nawanon supaya memanfaatkan sepenuhnya apa juga  sumbangan kemudahan dan bantuan daripada kerajaan.

“Gunakanlah bangunan Dewan Komuniti ini, sepenuhnya untuk mengadakan pelbagai aktiviti atau program yang boleh mendatangkan faedah khususnya ke arah meningkatkan taraf ekonomi  penduduk di sini,’ katanya.

Beliau juga menyarankan kepada pemimpin peringkat kampung agar menjalankan tugas dan tanggungjawab  serta kerjasama sebaik mungkin dengan penduduk bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan diperingkat kampung.

“Tugas pemimpin di peringkat kampung adalah untuk memastikan masyarakat sentiasa bersatu padu bagi mengekalkan persaudaraan sedia terjalin erat,” tegasnya.

Menyentuh apa juga perayaan yang diraih , Datuk Jonathan juga menyeru rakyat supaya menjadikan perayaan itu sebagai wadah memperkukuhkan persaudaraan dan toleransi tanpa membezakan agama, suku kaum dan ideologi politik.

“Jadikanlah apa  juga perayaan di tempat kita sebagai perayaan bersama ke arah menyatupadukan dan mengekalkan keharmonian yang sudah kita pupuk sekian lama,” jelasnya.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Nawanon yang juga Pengerusi penganjur, Jemisi Sabal dalam ucapannya mewakili penduduk berterima kasi atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombonganya ke majlis yang disifatkannya sebagai ‘Bersejarah’ kerana perasmian bangunan Dewan Komuniti yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu.

“Saya mewakili penduduk Kg Nawanon merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana prihatin membantu penduduk di sini untuk mendapatkan peruntukan kewangan menerusi  Kementerian  Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia bagi membina sebuah Dewan Komuniti yang kini tersergam indah,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/penduduk-kg-nawanon-kini-miliki-dewan-komuniti-baharu/feed/ 0 10466