di asrama kolej – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Mar 2024 04:55:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png di asrama kolej – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan pandang serius kes pelajar ditemui mati di asrama kolej – Fairuz https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/ https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/#respond Sun, 24 Mar 2024 03:56:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51529
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memandang serius kes seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama Kolej Vokasional di Lahad Datu awal pagi Jumaat.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, perkara itu amat serius dan kerajaan negeri memandang berat kes keganasan melibatkan pelajar sekolah.

“Insiden ini berlaku dalam asrama kolej dan dilaporkan melibatkan ramai penghuni asrama. Kita meminta pihak polis dan Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Perkara seumpama ini dapat dielakkan sekiranya pelajar dan penghuni di asrama mempunyai disiplin dan semangat toleransi yang tinggi.

“Sebarang perselisihan faham yang berlaku dikalangan penghuni asrama hendaklah segera dilaporkan kepada warden asrama. Ini penting agar Insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Lahad Datu tidak berulang di masa akan datang” , katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, didakwa telah dipukul oleh rakan-rakan dalam satu kejadian di sebuah Kolej Vokasional di Lahad Datu pada Jumaat.

Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada pukul 6.50 pagi.

Media melaporkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, mengesahkan kejadian bahawa pihaknya telah menerima laporan dari pengarah kolej berkaitan dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes tersebut.

Fairuz berkata, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga perlu memberi perhatian terhadap kes buli secara fizikal yang dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah menengah negeri ini.

“Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan tidak berkompromi dengan salah laku buli dan keganasan yang melibatkan pelajar sekolah”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/feed/ 0 51529
Perselisihan faham punca pelajar lelaki maut dipukul di asrama kolej https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/ https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/#respond Fri, 22 Mar 2024 13:02:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51443
Read Time:1 Minute, 28 Second

LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki maut dipercayai dipukul berpunca daripada perselisihan faham antara penghuni asrama di salah sebuah kolej di Lahad Datu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu
Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengarah kolej terbabit, berhubung dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dan merupakan penghuni asrama kolej tersebut yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pada jam lebih kurang 6.50 pagi tadi (22 Mac) pelajar lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurut Rohan Shah, bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan Polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah
bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa.

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara
mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain,” jelasnya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa.

“Sehingga kini, pihak polis telah menahan seramai 13 orang
pelajar lelaki berusia lingkungan antara 16 sehingga 19 tahun.

“Manakala, satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang
dipercayai berkait dengan siasatan kes ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah turut menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/22/perselisihan-faham-punca-pelajar-lelaki-maut-dipukul-di-asrama-kolej/feed/ 0 51443