di bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Feb 2024 08:14:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png di bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK, PDRM jalin kerjasama rapat benteras kegiatan jenayah di bandaraya https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/#respond Tue, 20 Feb 2024 08:14:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49770
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terutama pelancong dapat dipertingkatkan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ini susulan beberapa kejadian jenayah membabitkan seorang pekerja sebuah bank berdepan detik cemas apabila dipukul sebelum disamun dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, 16 Februari lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan kayu.

“Kita akan bekerjasama rapat bersama dengan Polis Daerah Kota Kinabalu, agar kejadian seumpama ini dapat ditangani segera sekali gus bagi memastikan keselamatan pelancong serta orang ramai sentiasa terjamin.

“Kita sangat menekankan soal keselamatan orang ramai yang datang berkunjung di Bandaraya Kota Kinabalu terutama di hujung minggu ketika melawat Pasar Malam Jalan Gaya serta kawasan yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Sabin mengulas kejadian yang tular baru-baru ini mendapati mangsa sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerjanya.

“Bagaimanapun katanya, mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan dipukul menggunakan kayu dari arah belakang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri namun suspek bertindak memukul mangsa beberapa kali.

“Suspek kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri,” jelas Dr Sabin.

Menurutnya, DBKK memberi jaminan kejadian seumpama ini akan berjaya ditangani segera dengan hasil kerjasama rapat membabitkan Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Kita menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam,” ujar Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/feed/ 0 49770
Pantai Kg Kibagu jadi produk terbaharu pelancongan di bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/01/28/pantai-kg-kibagu-jadi-produk-terbaharu-pelancongan-di-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/01/28/pantai-kg-kibagu-jadi-produk-terbaharu-pelancongan-di-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Sun, 28 Jan 2024 04:00:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48615
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Tahap kebersihan Pantai Kampung Kibagu akan dipertingkatkan sekali gus merupakan salah satu cadangan terbaharu bagi produk pelancongan khususnya di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama penduduk Kampung Kibagu bagi memastikan cadangan ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Katanya, masih ada ruang yang boleh diperbaiki khusus melibatkan untuk meningkatkan tahap kebersihan Pantai Kg Kibagu sekali gus ia merupakan lokasi baharu kepada pelancong dalam dan luar negara di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

“Saya hari ini berkesempatan melawat sekitar kawasan Pantai Kampung Kibagu, sangat tertarik dengan keindahan pantai kampung yang secara semula jadi yang berhampiran dengan kawasan laut.

“DBKK akan mencari jalan terbaik, termasuk mengadakan perbincangan serta perjumpaan bersama pihak pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan cadangan produk pelancongan ini dapat dilaksanakan.

“Kita melihat ini merupakan salah satu sumber untuk penduduk Kg Kibagu menambah hasil pendapatan apabila pelancong datang berkunjung ke pantai ini nanti,” katanya.

Beliau berkata selepas mengadakan lawatan kerja di sekitar Kawasan Pantai Kibagu dan Tapak Menjual Ikan di Muara Sungai Likas di sini semalam.

Dr Sabin berkata, Pantai Kampung Kibagu dilihat berpotensi sebagai lokasi terbaharu pelancong untuk menyaksikan fenomena matahari terbenam di kawasan berkenaan.

“Hari ini saya sampai serta melihat sendiri ke kawasan pantai ini mendapati taburan sampah membabitkan bekas minuman, makanan serta pelbagai bahan buangan berada di sepanjang pantai berkenaan.

“Faktor mungkin berhampiran dengan sebuah kawasan perkampungan atas air serta fenomena air pasang surut juga dilihat antara punca utama masalah sampah ini,” jelas Dr Sabin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi DBKK, Robert Lipon dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan, Rosnah Datu Tumai.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/28/pantai-kg-kibagu-jadi-produk-terbaharu-pelancongan-di-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 48615