Di Kawasan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Jan 2024 00:08:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Di Kawasan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemas kini data maklumat pengundi di kawasan PDM masing-masing – Redonah https://sabahmedia.com/2024/01/27/kemas-kini-data-maklumat-pengundi-di-kawasan-pdm-masing-masing-redonah/ https://sabahmedia.com/2024/01/27/kemas-kini-data-maklumat-pengundi-di-kawasan-pdm-masing-masing-redonah/#respond Sat, 27 Jan 2024 00:08:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48586
Read Time:2 Minute, 8 Second

PENAMPANG : Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Redonah Bahanda menggesa ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua PDM (Pusat Daerah Mengundi) supaya mengemas kini data maklumat pengundi di kawasan PDM masing-masing.

Menurut Redonah, ia adalah penting bagi Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melaksanakan gerak kerja dari awal.

“Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) akan datang pastinya medan tempur yang paling sengit kepada semua.

“Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab paling besar dalam memastikan kemenangan kepada parti GRS.

“Oleh itu, setiap Wanita cawangan GRS perlu bergerak dari awal bagi menambah keahlian kerana ini adalah nadi kemenangan kita pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis siri jelajah Pergerakan Wanita GRS Bahagian Moyog di Penampang semalam.

Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah mahu rakyat dapat memahami bahawa kerajaan GRS bukan sekadar parti memerintah tetapi parti yang berkhidmat kepada rakyat.

“Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada GRS pada pilihan raya akan datang.

“Meskipun kerajaan negeri sudah berubah parti pemerintah, namun rakyat faham bahawa GRS adalah parti terbaik pada masa ini untuk masa depan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita yakin dengan pengalaman yang ada, kita mampu menarik para pengundi untuk kekal bersama kita di bawah pimpinan parti GRS.

“Pemimpin kita, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menubuhkan parti berasaskan perjuangan negeri Sabah. Ini membolehkan kita lebih mudah memperjuangkan hak-hak kita di sini,” katanya.

Hadir sama Ketua Wanita GRS Moyog, Viola Dompok; Penolong Setiausaha, Floriska Francis; Penolong Bendahari, Betty Jamit; Ketua Penerangan, Brinda Aaron serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Moyog.

Redonah berkata, pengundi wanita khususnya di DUN Moyog juga pada masa kini tidak mempunyai masalah untuk terus kekal bersama-sama GRS dan menyokong segala dasar yang dilaksanakan.

“Kita menubuhkan GRS supaya kuasa yang ada benar-benar dapat dimanfaatkan untuk mengembalikan hak Sabah yang semuanya ada termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

“Banyak hak-hak kita dinafikan sebelum ini, sekarang Hajiji mahu meletakkan Sabah balik kepada konsep Sabah seperti Sabah Maju Jaya kerana itulah semangat yang perlu kita ada,” tegas beliau.

Beliau berkata, masih banyak perjuangan yang perlu dilakukan oleh kepimpinan kerajaan negeri seperti menyediakan kemudahan asas jalan raya, bekalan air bersih dan sebagainya.

“Masih banyak kawasan di kampung-kampung yang ada masalah, bekalan elektrik kerap terputus dan sebagainya. Kita kena selesaikan agar rakyat dapat merasaikan perubahan dan akhirnya mampu memberi keselesaan kepada mereka,” tambah beliau.

Sementara itu, Redonah turut melawat keluarga mangsa kebakaran yang melibatkan enam buah rumah membabitkan lapan keluarga di Kampung Timpoluon Babagon, Penampang. Musibah kebakaran itu berlaku pada Jumaat lepas (19 Jan).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/27/kemas-kini-data-maklumat-pengundi-di-kawasan-pdm-masing-masing-redonah/feed/ 0 48586
Tiga bulan selesaikan isu kebersihan tandas milik DBKK di kawasan bandaraya – Sabin https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/#respond Sat, 06 Jan 2024 04:28:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47566
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberikan tempoh selama tiga bulan bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam yang terdapat di sekitar ibu negeri.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tempoh masa tersebut dilihat sangat mencukupi memandangkan timbul sedikit rungutan dalam kalangan peniaga serta warga bandaraya terhadap tandas awam milik DBKK.

Katanya, sejak beberapa hari lalu dalam siri lawatan ke Anjung Senja, Pasar Malam Sinsuran pasar malam Sembulan isu tandas serta permukaan jubin lantai yang licin mendapat maklum balas yang kurang memuaskan.

“Kita akan pastikan dalam tempoh tiga bulan isu kebersihan tandas ini akan dapat diselesaikan sekali gus mencerminkan imej sebenar bandaraya agar menjadi tumpuan pelancong.

“Saya sendiri melihat, memeriksa beberapa tandas awam milik DBKK. Ada ruang untuk ditambah baik agar ia dapat digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan warga bandaraya.

“Dalam tempoh tersebut saya akan kerap kali turun memeriksa keadaan tandas ini serta aduan lain bagi memastikan kita dapat ambil tindakan sekali gus diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam lawatan di sekitar kawasan Foh Sang di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang dan Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.

Sabin berkata, ini adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) utama yang perlu dicapai oleh DBKK bagi memastikan Bandaraya Kota Kinabalu mesra kepada pengguna serta boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat termasuk pelancong.

“Kita akan memberikan perhatian kepada isu yang dibangkitkan oleh orang ramai dalam siri lawatan beberapa hari lalu. Bukan terhad kepada masalah tandas sahaja malah aduan lain yang ditimbulkan oleh orang ramai.

“Selain itu isu utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang termasuk kelewatan penyiapan projek Cadangan Membina Tempat Letak Kereta Bertingkat di Foh Sang Luyang boleh disiapkan dalam tempoh terdekat,” jelas Sabin.

Menurutnya, projek ini adalah dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang membina bangunan enam-tingkat untuk memasukkan pasar basah dan kering dengan 92 gerai, dengan ruang parkir yang boleh menampung sehingga 320 kereta.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/feed/ 0 47566