Di Kg Sugud – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Sep 2021 09:17:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Di Kg Sugud – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YNJ Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 500 Penduduk Terjejas Banjir Di Kg Sugud https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/#respond Thu, 23 Sep 2021 09:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6776
Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 500 penduduk Kampung Sugud yang terjejas banjir menerima bakul makanan.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Jeneral Al Hambra Juhar menyampaikan sumbangan tersebut di Dewan Datu Damidal, Kg Sugud.

” YNJ menyampaikan sumbangan kepada 500 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di Kg Sugud.

“Sumbangan ini hasil kerjasama dengan beberapa syarikat swasta seperti Sawit Kinabalu dan Syarikat Adabi.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir yg menimpa Kg Sugud baru-baru ini”, ujar beliau.

Al Hambra ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di sini, pada Khamis.

Tambahnya, YNJ juga merancang untuk mengedarkan sumbangan ke daerah lain yang turut terjejas akibat bencana terbabit.

Hadir sama dalam majlis ini Penaung YNJ Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Bacho Jansie dan Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. Muhamad Zahari Muhd Nasir. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/feed/ 0 6776