Di KKIP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jun 2023 12:14:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Di KKIP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Infrastruktur telco baharu akan dipasang di KKIP – Phoong https://sabahmedia.com/2023/06/24/infrastruktur-telco-baharu-akan-dipasang-di-kkip-phoong/ https://sabahmedia.com/2023/06/24/infrastruktur-telco-baharu-akan-dipasang-di-kkip-phoong/#respond Sat, 24 Jun 2023 12:14:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37042
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Satu infrastruktur telekomunikasi baharu akan dipasang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) untuk menambah baik kesalinghubungan di kawasan perindustrian.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Perhubungan dan Digital, Teo Nie Ching kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe.

Pengumuman itu dibuat berikutan lawatan kerja Teo ke Sabah hari ini.

Phoong berkongsi berita baik itu bahawa ini akan meningkatkan keyakinan pelabur seperti SK Nexilis dan SBH Kibing Solar yang masing-masing telah melabur RM 4.28 bilion dan RM2.48 bilion.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Teo Nie Ching dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengambil tindakan dengan pantas untuk memastikan kami mempunyai ketersambungan yang kukuh untuk menarik lebih ramai lagi pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Phoong, beliau membangkitkan perkara ini kepada Teo pada 22 Jun dan bersyukur kerana Timbalan Menteri melihat isu ini dengan segera.

“Saya telah menerima aduan mengenai sambungan yang lemah daripada kedua-dua pelabur asing dan domestik di kawasan itu, oleh itu, kementerian saya segera menulis kepada KKIP dan Timbalan Menteri untuk meneliti isu itu.

“Kami menerima permintaan daripada kedua-dua SK Nexilis dan SBH Kibing Solar untuk menambah baik infrastruktur menaik taraf ketersambungan bagi memastikan operasi mereka berjalan lancar.

“Ini akan sentiasa menjadi keutamaan kami, memastikan infrastruktur lengkap dan mencukupi untuk pemain industri kami dan pelabur asing,” tegas Phoong.

Beliau juga menegaskan bahawa ketersambungan adalah sangat penting untuk menarik pelaburan, ia adalah trend global untuk bergerak ke arah pendigitalan dan kecerdasan buatan.

Beliau membangkitkan bahawa kementeriannya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan pemasangan infrastruktur telekomunkasi akan siap dalam tahun 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/24/infrastruktur-telco-baharu-akan-dipasang-di-kkip-phoong/feed/ 0 37042
Hab Halal Akan Dibangunkan Di KKIP https://sabahmedia.com/2021/12/16/hab-halal-akan-dibangunkan-di-kkip/ https://sabahmedia.com/2021/12/16/hab-halal-akan-dibangunkan-di-kkip/#respond Thu, 16 Dec 2021 08:19:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9969
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Hab Halal akan dibangunkan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mengalakkan usahawan tempatan menceburi dan menembusi pasaran halal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Hab Halal di kawasan seluas 20 ekar itu akan menyediakan kemudahan premis, teknologi dan platform digital yang diperlukan usahawan dalam sektor berkenaan.

“Hab Halal akan memberi panduan kepada usahawan mengenai keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan halal dan persijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri). Ia juga akan memberi bantuan dalam pemprosesan dan pemasaran produk itu,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Jelajah Halal Malaysia 2021 peringkat negeri di Hotel Marriot di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Katanya, Sabah adalah antara penyumbang dalam ekonomi halal negara, sektor pertumbuhan baharu yang berpotensi besar.

Pada tahun 2020, industri halal telah menyumbang sebanyak RM9.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, manakala laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan segmen pasaran halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus KDNK negara dan mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada 2025.

Ekonomi halal yang kukuh juga akan menjadi petanda baik dalam menarik lebih ramai ketibaan dalam sektor pelancongan mesra Muslim (MFT), segmen baharu dalam sektor pelancongan di Sabah.

“Dalam Laporan Ekonomi Islam Global 2020/21, Malaysia telah mengungguli tempat teratas dalam sektor pelancongan MFT. Justeru, kita tidak mahu Sabah terlepas peluang dalam sektor pasaran pelancongan halal,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyatakan industri pelancongan halal dijangka meningkat kukuh memandangkan lokasi Sabah yang strategik dalam BIMP-Eaga yang turut membuka banyak peluang pelaburan langsung dan perdagangan sempadan dengan pembangunan di negara jiran Kalimantan, Indonesia.

Sehubungan itu, Ketua Menteri menggesa semua kementerian dan agensi berkaitan serta pemain industri dapat menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Saya mahu melihat lebih ramai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengambil bahagian secara aktif dalam ekosistem halal dan menaik taraf perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan terus menyediakan pelbagai inisiatif sebagai pemangkin kepada industri halal, khususnya dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada PKS tempatan, katanya sambil menambah bahawa pasaran produk halal tidak lagi tertumpu kepada pengguna Islam sahaja tetapi turut menyaksikan peningkatan permintaan dalam kalangan pengguna bukan Islam.

Beliau berharap lebih banyak syarikat tempatan akan menceburi sektor itu kerana pada masa ini hanya kira-kira 300 syarikat did Sabah mendapat pengiktirafan halal walaupun terdapat lebih 5,000 syarikat berpotensi besar di negeri ini.

Oleh yang demikian, Hajiji berkata, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah diperuntukkan sebanyak RM5.76 juta di bawah perbelanjaan perbekalan dalam Belanjawan 2022 Sabah bagi menubuhkan empat lagi pusat PKS di negeri ini.

“Program Bantuan PKS yang telah membantu 3,269 usahawan sejak penubuhannya akan diteruskan, manakala lebih banyak program khususnya dalam meningkatkan kualiti produk sedang dalam perancangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/16/hab-halal-akan-dibangunkan-di-kkip/feed/ 0 9969