di mahkamah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Apr 2024 06:03:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png di mahkamah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 13 remaja lelaki didakwa di mahkamah, kes bunuh pelajar asrama kolej https://sabahmedia.com/2024/04/02/13-remaja-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-pelajar-asrama-kolej/ https://sabahmedia.com/2024/04/02/13-remaja-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-pelajar-asrama-kolej/#respond Tue, 02 Apr 2024 05:57:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52040
Read Time:1 Minute, 29 Second

LAHAD DATU: 13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional Lahad Datu, 22 Mac lalu.

Kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Prosiding secara tertutup itu berlangsung pada jam 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana membabitkan kes juvana.

Menurut pertuduhan, kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lalu kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.

Terdahulu media melaporkan pada 22 Mac lalu seorang pelajar asrama Muhd Nazmie Aizat, 17, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.

Mangsa dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar asrama kolej.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/02/13-remaja-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-pelajar-asrama-kolej/feed/ 0 52040
Anak ahli politik menyamar pegawai kanan SPRM, didakwa di mahkamah https://sabahmedia.com/2024/01/10/anak-ahli-politik-menyamar-pegawai-kanan-sprm-didakwa-di-mahkamah/ https://sabahmedia.com/2024/01/10/anak-ahli-politik-menyamar-pegawai-kanan-sprm-didakwa-di-mahkamah/#respond Wed, 10 Jan 2024 08:29:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47785
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Seorang anak lelaki ahli politik yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh Aries Ryan Phillip Among, 29, mengaku tidak bersalah masing-masing atas dua pertuduhan utama dan alternatif di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Menurut pertuduhan utama, pertama, Aries telah menipu Mohd Zaidi Abdullah, 60, dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya melalui aplikasi WhatsApp pada 24 Jun 2023 jam 11.46 pagi di sebuah rumah di Jalan Kepayan.

Dia didakwa mendorong Zaidi memasukkan wang RM8,000 ke dalam akaun bank milik orang lain untuk sumbangan lembu korban.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Aries didakwa menipu Zaidi dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, juga menerusi aplikasi WhatsApp pada 30 Jun 2023 jam 11.22 pagi, di lokasi sama.

Aries didakwa mendorongnya untuk memasukkan wang sebanyak RM27,000 untuk sumbangan menghadiri konvokesyen anak lelaki Azam Baki di Sydney, Australia, dan RM14,300 lagi untuk tujuan pinjaman. Kedua-duanya telah dimasukkan ke dalam dua akaun bank yang berbeza.

Hukuman kerana menipu secara peribadi memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan alternatif pertama dan kedua, Aries didakwa menipu Zaidi melalui WhatsApp dan mendorongnya untuk memasukkan kesemua wang berjumlah RM49,300 ke dalam tiga akaun bank berbeza.

Kedua-dua pertuduhan alternatif adalah mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Aries dibenarkan diikat jamin RM40,000, dengan RM5,000 untuk didepositkan ke mahkamah dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah seterusnya memerintahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali; tidak mengganggu saksi pendakwaan, dan pasportnya diserah kepada mahkamah sementara menunggu kes itu diselesaikan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Amirul Amin.

Mahkamah menetapkan 14 Feb ini untuk pengurusan kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/10/anak-ahli-politik-menyamar-pegawai-kanan-sprm-didakwa-di-mahkamah/feed/ 0 47785