Di Penampang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Jul 2023 13:06:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Di Penampang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Penampang https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/#respond Sun, 16 Jul 2023 13:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38401
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Sebanyak 30 kenderaan telah diperiksa dan dua lelaki telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi bersepadu Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, malam tadi.

Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan, sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.

Menurut Sammy, semasa Op Mabuk yang dijalankan, pihak polis turut mengeluarkan sebelas saman di atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Operasi kali ini melibatkan kekuatan seramai dua pegawai kanan polis yang diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan dibantu oleh sebelas anggota polis berjalan dengan lancar dan telah berakhir jam 3 pagi tadi.

“Seramai 35 individu telah diperiksa dan operasi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Sammy, operasi ini juga antara lain bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/feed/ 0 38401
Kerja-Kerja Baik Pulih, Pembersihan & Pengagihan Bantuan Giat Dijalankan Di kawasan Terlibat Bencana Banjir Di Penampang https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/#respond Sat, 18 Sep 2021 11:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6547
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,000 bakul makanan sedang diagihkan kepada penduduk-penduduk di Daerah Penampang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain pengagihan bantuan, kerja-kerja membaik pulih serta pembersihan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan.

Katanya, beberapa penduduk yang telah menerima bantuan bakul makanan ini antaranya daripada Kg Suok, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Ramayah, Kg Terawi, Kg Tinduzon, Kg Baru Penampang, Kg Kuai Kandazon, Kg Kivatu dan Kg Penampang Proper. Pihak kerajaan akan terus mengenal pasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan ini.

“Selepas kejadian banjir yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Penampang, saya telah mengarahkan dengan kadar segera semua agensi untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Pembersihan dan pembaikan kawasan tanah runtuh sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi yang lain. Beberapa jalan raya yang terputus akibat kerosakan juga sedang diselenggara bagi memudahkan laluan keluar masuk di kawasan yang terlibat,” katanya.

Menurut Hajiji, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah diarah melakukan pembaikan dan penyambungan bekalan air paip yang banyak rosak dan terputus akibat bencana ini.

“Alhamdulillah kebanyakan bekalan air sudah dipulihkan dan Jabatan Air Negeri Sabah juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan tekanan air mencukupi.,” Jelasnya.

Berkenaan dengan kerosakan tiang-tiang dan sambungan wayar elektrik, Hajiji telah mengarah pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk membuat kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan adanya bekalan elektrik demi menjamin keselamatan penduduk kampung kerana banyak wayar sambungan yang tercabut dan terjatuh akibat bencana ini.

Hajiji juga memaklumkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah, dewan, sekolah dan lain-lain bangunan akan diteruskan.

“Pasukan-pasukan yang terlibat akan mengadakan pembersihan rumah-rumah yang terlibat esok di Kg Sugud dan akan meneruskan aktiviti pembersihan ini di Sekolah Kebangsaan Sugud pada hari Isnin.

“Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Penampang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan Senator Datuk John Ambrose untuk menyelaras dan memantau keadaan gerak kerja di kawasan ini sepanjang masa,” katanya.

Hajiji turut berterima kasih kepada semua agensi -agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan-pimpinan parti politik dan orang awam yang bersama-sama dalam mengurus bencana ini.

“Kita akan memastikan perkara-perkara yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera,’ tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/feed/ 0 6547