Di Ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Apr 2023 10:22:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Di Ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masidi hadiri Majlis Iftar Kumpulan Yayasan Sabah di Ranau https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/#respond Sun, 02 Apr 2023 10:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32031
Read Time:45 Second

RANAU: Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun menzahirkan penghargaan beliau kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Surau Kampung Terelobou sebagai tapak penganjuran program Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di sini pada Sabtu.

“Hampir setiap tahun Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program Iftar seperti ini dengan hasrat mengeratkan hubungan silaturahim di antara komuniti setempat dan agensi kerajaan.

“Acara seperti ini memang baik untuk kita semua. Saya memuji keprihatinan dan kesungguhan Kumpulan Yayasan Sabah menyantuni segenap lapisan masyarakat di Sabah dan ini sememangnya peranan dan identiti Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada golongan Asnaf dan Surau Kg. Terelobou.

Majlis yang dihadiri sekitar 200 orang penduduk Kg Terelobou tersebut dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majis turut dihadiri Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd. Ghani dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/feed/ 0 32031
Kerja-kerja Penurapan Semula Jalanraya Kota Kinabalu – Sandakan Di Ranau Kini Dalam Perlaksanaan – Bung https://sabahmedia.com/2022/03/02/kerja-kerja-penurapan-semula-jalanraya-kota-kinabalu-sandakan-di-ranau-kini-dalam-perlaksanaan-bung/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/kerja-kerja-penurapan-semula-jalanraya-kota-kinabalu-sandakan-di-ranau-kini-dalam-perlaksanaan-bung/#respond Wed, 02 Mar 2022 10:00:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12662
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kerja-kerja penurapan semula jalan yang melibatkan Kota Kinabalu – Sandakan di daerah Ranau iaitu di CH49:300 dan CH 51: 400 sedang dalam perlaksanaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemajuan perlaksanaan kerja-kerja penurapan tersebut berjalan lancar dan kemajuan terkini perlaksaannya kini dalam lima puluh peratus sudah dilaksanakan.

” Kita menjangkakan ianya akan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mac ini” katanya dalam hantaran beliau di Halaman Sosial (FB) milik beliau kemarin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, kerajaan khususnya kementerian beliau amat cakna dan prihatin dengan rungutan pengguna sebelum ini mengenai kerosakan tersebut.

” Pihak konsesi yang bertanggungjawab terhadap laluan ini telah mengambil tindakan sebagaimana arahan yang kita keluarkan sebelum ini,” tambah Bung.

Dalam perkembangan yang sama Bung juga berkata penurapan jalan di daerah Telupid di CH 142.600 juga akan dilaksanakan dijangka akan dimulakan bermula pertengahan bulan Mac ini.

” Jalan ini juga mendapat rungutan dari para pengguna dan pihak konsesi yang dilantik telah mengambil maklum untuk mengambil tindakan menurapnya semula,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/kerja-kerja-penurapan-semula-jalanraya-kota-kinabalu-sandakan-di-ranau-kini-dalam-perlaksanaan-bung/feed/ 0 12662
NGO Beri Sumbangan Kepada 50 KIR di Ranau https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/#respond Mon, 28 Feb 2022 05:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12587
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Persatuan Peranakan Tionghua Ranau Ranau telah menghulurkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Gusi.

Sesi penyerahan sumbangan bakul makanan ini diadakan di Balairaya Kg Gusi, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai komitmen dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang terus menghulurkan sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan ini atas keprihatinan dalam usaha membantu masyarakat khususnya di Ranau.

Selain ifu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan semua yang terlibat sama menjayakan program ini.

“Kesemua KIR ini adalah keluarga murid sekolah daif,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peranakan Tionghua Ranau, Aldem Chia berkata, pihaknya telah memberikan sumbangan seumpama ini sejak tahun lalu lagi.

“Golongan sasar ialah mereka yang terkesan akibat Covid-19, seperti ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa,” katanya, sambil menambah pihaknya bekerjasama dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) seperti di daerah Ranau dan Tuaran.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); Abdul Rashid Abdul Halim, Guru Besar SK Gusi, Julai Salim; ketua kampung dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/feed/ 0 12587
496 Pelajar B40 Di Ranau Terima Bantuan Komputer Riba Dari Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2021/11/26/496-pelajar-b40-di-ranau-terima-bantuan-komputer-riba-dari-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/11/26/496-pelajar-b40-di-ranau-terima-bantuan-komputer-riba-dari-kerajaan-negeri/#respond Fri, 26 Nov 2021 07:00:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8912
Read Time:2 Minute, 2 Second

RANAU: Seramai 496 pelajar B40 di 11 buah sekolah menengah di daerah ini menerima bantuan komputer riba daripada Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Ini merupakan sebahagian daripada 10,000 unit komputer riba yang diperuntukkan di bawah Program Bantuan Ihsan Komputer Sabah (BAIKS) tahun ini untuk diagihkan kepada para pelajar daripada golongan B40 yang menduduki peperiksaan penting.

Ia adalah antara inisiatif yang diusulkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bertujuan untuk membantu pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya tiada murid yang tercicir khususnya di era pandemik ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang merasmikan majlis penyampaian bantuan komputer riba tersebut menyambut baik pemberian bantuan tersebut kerana secara tidak langsung ia membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap perkembangan pendidikan anak-anak Sabah.

“Sejajar dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, saya melihat inisiatif seperti ini sangat baik bagi membantu meningkatkan keupayaan modal insan iaitu dengan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak Sabah,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menasihatkan para pelajar agar memanfaatkan penggunaan peranti ini dengan sebaiknya, dan ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka semasa peranti ini digunakan.

“Kita yakin, anak-anak yang masih berada di bangku sekolah pada hari ini, mereka lah yang bakal menggantikan kita untuk memimpin dan memajukan lagi daerah Ranau di masa hadapan.

“Kerana itu, kita bertanggungjawab untuk membentuk dan mendidik mereka supaya menjadi sebaik-baik manusia selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Saya berharap agar inisiatif-inisiatif seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan dalam memastikan generasi yang bijak pandai dapat dilahirkan dengan lebih ramai khususnya di negeri kita yang tercinta ini,” ujarnya.

Merakamkan penghargaan kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif, beliau berharap majlis ini dapat memberi impak serta hasil yang positif kepada semua pihak yang terlibat.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk M. Yahya Dunggi, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustrian, Yubidi Gumpoyo; Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah (Pengurusan HEM), Fazliah Abdul Rahman; Penolong Pegawai Daerah Ranau, Hasinin Kinsim; Timbalan Penolong Pegawai Daerah Ranau Sektor Perancangan, Foo Lee Yen; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Duanis Sany; DUN Karanaan, Rosdi Abdul Ghani; DUN Paginatan, Mohd Hisyamuddin Harun; para pengetua sekolah, kakitangan kementerian Menteri Tugas-Tugas Khas, dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/26/496-pelajar-b40-di-ranau-terima-bantuan-komputer-riba-dari-kerajaan-negeri/feed/ 0 8912
KDCA Buka Cawangan Baru Di Ranau https://sabahmedia.com/2021/11/21/kdca-buka-cawangan-baru-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/kdca-buka-cawangan-baru-di-ranau/#respond Sun, 21 Nov 2021 10:59:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8692
Read Time:58 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merasmikan pembukaan cawangan baharu Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) di Dewan Kampung Tudan, di sini, hari ini.

Dr. Joachim yang juga Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau berkata, legasi pembukaan cawangan KDCA dalam kawasan Kundasang dan daerah Ranau akan diteruskan dari masa ke semasa.

KDCA mempunyai lebih dari 500 cawangan berdaftar di empat Zon Pentadbiran dan 24 pentadbiran daerah di seluruh Sabah termasuk Labuan.

“Tujuan pembukaan cawangan baharu di sini (Kg. Tudan) ialah untuk mewujudkan komuniti Kadazandusun yang maju dari segi sosio-budaya dan ekonomi; hidup bermegah dengan warisan budaya, selaras dengan visi KDCA,” katanya.

“Kalau bukan kita sendiri membantu orang-orang kita, siapa lagi? kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain untuk membantu kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KDCA Kg. Tudan, Wilfred Francis menghargai usaha KDCA dan mengucapkan terima kasih diatas pembukaan cawangan baharu ini dan berharap agar penduduk kampung akan terus mendapat manfaat daripadanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo; Wakil Anak Negeri (WAN), Ketua Kampung Tudan, semua ahli jawatankuasa (AJK) Penyelaras KDCA Ranau dan juga AJK pelaksana pembukaan cawangan KDCA Kg. Tudan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/kdca-buka-cawangan-baru-di-ranau/feed/ 0 8692
COVID-19: Majlis Perkahwinan, Potong Jambul Cetus Kluster Baharu Di Ranau https://sabahmedia.com/2021/11/07/covid-19-majlis-perkahwinan-potong-jambul-cetus-kluster-baharu-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/11/07/covid-19-majlis-perkahwinan-potong-jambul-cetus-kluster-baharu-di-ranau/#respond Sun, 07 Nov 2021 14:13:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8248
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Kg Karanaan, Ranau hari ini dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam upacara majlis perkahwinan dan dua upacara potong jambul.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Karanaan, Ranau yang dikategorikan sebagai kluster komuniti dipercayai berpunca daripada penganjuran majlis perkahwinan dan dua majlis potong jambul di daerah Ranau.

Menurut Masidi dalam kenyataannya hari ini, majlis tersebut diadakan pada 21 Oktober serta 29 Oktober 2021 dan dihadiri saudara mara dari luar daerah dan penularan virus COVID-19 telah menjangkiti 52 orang penduduk kampung.

“Kes indeks adalah seorang kakitangan awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, disahkan positif COVID-19 pada 30 Oktober 2021 dan didaftarkan pada 31 Oktober 2021.

“Sementara itu, dua kes lagi merupakan ibu serta datuk kepada kes indeks turut didapati positif telah didaftarkan pada 31 Oktober 2021 juga daripada Kg Karanaan, dikesan melalui saringan kemasukan ke Hospital Ranau pada 30hb Oktober 2021, “jelas Masidi.

Masidi turut menyatakan bahawa kluster baharu yang tercetus di Kg Karanaan, Ranau adalah satu peringatan penting tepat pada masanya betapa perlunya semua kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

“Ini lebih-lebih lagi Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok (8 November 2021) dan pelbagai sekatan ke atas majlis-majlis sosial dan aktiviti-aktiviti ekonomi akan dilonggarkan.

“Kesannya ialah risiko jangkitan virus di tempat-tempat awam dan acara-acara sosial akan semakin tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi menyeru kepada seluruh masyarakat agar tidak lalai mematuhi semua SOP yang dikuatkuasakan.

“Kelonggaran ini meletakkan tanggungjawab “frontliners” ke atas bahu rakyat sendiri untuk mengekang penularan virus COVID-19,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/07/covid-19-majlis-perkahwinan-potong-jambul-cetus-kluster-baharu-di-ranau/feed/ 0 8248
MAN Anjur Program Pemerkasaan Adat di Ranau https://sabahmedia.com/2021/10/22/man-anjur-program-pemerkasaan-adat-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/man-anjur-program-pemerkasaan-adat-di-ranau/#respond Fri, 22 Oct 2021 03:58:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7787
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Seramai 38 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua kampung dari tiga mukim iaitu Bundu Tuhan, Kundasang dan Perancangan menyertai Program Pemerkasaan Adat, Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, program ini adalah untuk memperkasakan adat resam di daerah ini.

“Sabah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mengamalkan “Native Court” (Mahkamah Anak Negeri – MAN) yang diperkenalkan sejak zaman British lagi. Inilah keunikan kita di Sabah. Oleh itu, kita harus pertahankan sistem ini”, kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang semasa merasmikan program tersebut.

Dr. Joachim menyeru agar semua adat resam di kampung – kampung diseragam dan didokumentasikan untuk kegunaan generasi akan datang.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAN yang diketuai oleh Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Ruman kerana menganjurkan Jelajah Pemerkasaan Adat Daerah Ranau.

Dr. Joachim juga mengingatkan semua ketua – ketua kampung yang hadir supaya menasihatkan penduduk dibawah jagaan mereka yang belum divaksin agar berbuat demikian untuk membantu mencegah penularan Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Muhasip dalam ucapannya memberitahu program ini diadakan untuk membincangkan tentang keperluan memelihara adat- adat kampung dan berterima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/man-anjur-program-pemerkasaan-adat-di-ranau/feed/ 0 7787
COVID-19: Hadir Ke Upacara Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Ranau https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-hadir-ke-upacara-pengebumian-cetus-kluster-baharu-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-hadir-ke-upacara-pengebumian-cetus-kluster-baharu-di-ranau/#respond Thu, 30 Sep 2021 02:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7017
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kluster Mokodou – Ranau, satu kluster baharu direkodkan semalam (29 September 2021) merupakan kluster jenis komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster komuniti ini berpunca daripada menghadiri ke upacara pengebumian seorang ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, kes indeks merupakan warga emas lelaki, 65, yang dikesan positif hasil saringan bergejala (RTK AG positif dengan grading 97%) di Hospital Ranau pada 25 September 2021.

Katanya, siasatan awal mendapati, isteri kepada kes indeks telah meninggal dunia di rumah mereka di Kg Mokodou kerana penyakit kanser usus tahap 4 pada 15 September 2021.

“Upacara penghormatan terakhir kepada arwah telah dijalankan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh hampir 60% penduduk Kg Mokodou serta kaum keluarga daripada Kg Tumbalang.

“Berikutan dari kes tersebut, saringan kontak rapat telah dilakukan pada 27 dan 28 September 2021 dan mengesan pertambahan bilangan kes positif di Mukim Malinsau dan Mukim Timbua dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang menghadiri majlis pengebumian di Kg Tumbalang.

“Manakala daripada 146 orang yang disaring, 94 orang didapati positif termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan semalam,” jelasnya.

Semalam jumlah kes di Sabah kembali ke empat angka dengan 1,000 kes manakala seluruh daerah di negeri ini juga mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 551 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat.

“Daripada peningkatan kes tersebut dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan,” ujar Masidi lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-hadir-ke-upacara-pengebumian-cetus-kluster-baharu-di-ranau/feed/ 0 7017
Vaksin COVID-19 Untuk Remaja, Dapat Sambutan Menggalakkan Di Ranau https://sabahmedia.com/2021/09/20/vaksin-covid-19-untuk-remaja-dapat-sambutan-menggalakkan-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/vaksin-covid-19-untuk-remaja-dapat-sambutan-menggalakkan-di-ranau/#respond Mon, 20 Sep 2021 09:05:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6634
Read Time:1 Minute, 12 Second

RANAU: Seramai 400 orang pelajar berusia 12 hingga 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) di daerah ini hadir untuk menerima imunisasi vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau, semalam.

Meninjau keadaan PPV di sini, sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan remaja didorong daripada ibubapa mereka yang prihatin akan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka.

“Saya sangat gembira bila saja mendengar pengumuman pihak kerajaan iaitu remaja berumur 12 hingga 17 tahun boleh menerima suntikan vaksin kerana saya risau tentang keselamatan anak-anak saya bukan sahaja bila mereka kembali ke sekolah tetapi juga dalam keadaan sekarang, mereka juga terdedah dengan virus COVID-19,” jelas J.Sam sundin kakitangan Jabatan Pertanian  Ranau yang turut menemani dua anaknya ke PPV Ranau.

Manakala Wasli @ Badin Keidang seorang guru dari SMK Tamparuli berkata, beliau tidak teragak-agak untuk membawa anaknya menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana kesedaran ibubapa yang prihatin tentang bahayanya wabak maut ini boleh dihindari melalui pengambilan vaksin dan dapat melindungi semua golongan khususnya anak-anak yang akan ke sekolah nanti.

“Kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kita mestilah memanfaatkan pemberian vaksin ini untuk anak-anak selain dapat melindungi diri daripada jangkitan COVID-19 tetapi juga kita dapat mencapai imuniti kelompok dengan cepat di negeri ini agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berharap ekonomi juga akan pulih seperti sedia kala,” kata Wasli.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/vaksin-covid-19-untuk-remaja-dapat-sambutan-menggalakkan-di-ranau/feed/ 0 6634