di Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Oct 2023 21:29:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png di Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua projek mini estet padi bantu tingkatkan pengeluaran padi di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/13/dua-projek-mini-estet-padi-bantu-tingkatkan-pengeluaran-padi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/13/dua-projek-mini-estet-padi-bantu-tingkatkan-pengeluaran-padi-di-sabah/#respond Thu, 12 Oct 2023 21:28:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43517
Read Time:2 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang melaksanakan dua mini estet padi di dua kawasan di Sabah dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi dan pendapatan pesawah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP, Amir Matamin, berkata mini estet seluas 150 hektar itu dilaksanakan di Terusan Sapi, Beluran dan Kampung Kabatasan, Pitas.

Katanya, projek berkenaan dilaksanakan menerusi peruntukan pada 2021 dan 2022 bagi meningkatkan pengeluaran padi dan membantu pesawah di kawasan terbabit melaksanakan penanaman padi secara tersusun.

“Di Sabah, melalui peruntukan pada 2021 dan 2022, kita ada mini estet padi di Terusan Sapi, Beluran dan Kampung Kabatasan, Pitas dengan keluasan 150 hektar.

“Kedua-duanya masih dilaksanakan dan kita memantau perkembangannya. Mudah-mudahan dengan peruntukan ini akan berlaku peningkatan hasil padi dan pendapatan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Peranan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan Ahli Pertubuhan Peladang (PP) Dalam Projek-Projek Pembangunan, di sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah.

Amir berkata, selain mini estet padi, LPP turut terlibat dalam pelaksanaan Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang menekankan pengurusan penanaman padi secara tersusun.

Pada masa yang sama, katanya LPP turut terbabit dalam penyediaan kemudahan jentera dan mekanisasi bagi membantu pesawah dari segi penggunaan jentera untuk penghasilan yang lebih besar.

Katanya, bagi tahun ini LPP Sabah menerima 23 jentuai dan traktor baharu untuk meningkatkan lagi penanaman padi di negeri ini.

“Sebab itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kita memang fokus untuk mekanisasi dan automasi untuk membantu peladang dari segi kemudahan jentera,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua program LPP itu iaitu penyediaan jentera dan projek penanaman padi bertujuan untuk melonjakkan pengeluaran hasil padi.

“Bagaimanapun di Sabah, kita masih berdepan dengan masalah saliran. Tapi secara umumnya, melalui dua proram ini kita akan cuba meningkatkan hasil padi di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata tiada isu Sabah diberikan peruntukan yang kecil, iaitu antara enam hingga tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diagihkan kerajaan kepada LPP di seluruh negara setiap tahun

Katanya, pengagihan peruntukan kepada setiap negeri bergantung kepada permohonan projek yang dikemukakan kepada LPP.

“Tiada isu enam peratus atau kurang, ia lebih kepada keperluan setempat nak mohon projek sebab lPP menyediakan program. Jika ia sesuai dengan skop dan apa yang perlu dilaksanakan, kita akan salurkan.

“Kita nak pastikan supaya peruntukan yang disalurkan kerajaan berjaya dan boleh meningkatkan sosio ekonomi. Sebab itu dalam penilaian projek kita amat berhati-hati dan hanya memberikan kepada mereka yang layak dana dapat melaksanakan projek.

“Ia bukan setakat berikan ‘touch point’. Kita nak supaya peruntukan kerajaan itu boleh meningkatkan pendapatan secara berterusan, bukan hanya setahun dua saja,” katanya.

Beliau merujuk kepada peruntukan diagihkan LPP di Sabah yang hanya RM4.9 juta atau tujuh peratus daripada RM71 juta pada tahun ini dan RM3.9 juta atau enam peratus daripada RM71 juta pada tahun lalu.

Dalam hal itu, katanya Pertubuhan Peladang perlu terlibat secara aktif dalam program pembangunan pertanian bagi membantu ahli dengan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan disediakan LPP.

“Tapi kita perlukan permohonan dan idea daripada kawasan masing-masing bagaimana kita boleh menggerakkan sebagai satu sinegri supaya peladang kita terbela dari segi projek yang ingin dilaksanakan.

“Sesungguhnya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin terhadap golongan peladang. Kita ambil berat keluh kesah dan isu berbangkit dalam soal bagaimana kita dapat membantu meningkatkan pendapatan ahli dan Pertubuhan Peladang dalam sub sektor pertanian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/13/dua-projek-mini-estet-padi-bantu-tingkatkan-pengeluaran-padi-di-sabah/feed/ 0 43517
KPDN alu-alukan keputusan Shell tarik semula rancang tutup operasi stesen minyak di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/06/kpdn-alu-alukan-keputusan-shell-tarik-semula-rancang-tutup-operasi-stesen-minyak-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/kpdn-alu-alukan-keputusan-shell-tarik-semula-rancang-tutup-operasi-stesen-minyak-di-sabah/#respond Fri, 06 Oct 2023 07:44:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43175
Read Time:1 Minute, 19 Second

KUNDASANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengalu-alukan keputusan Shell Timur Sdn Bhd untuk menarik semula perancangan awal penutupan operasi stesen-stesen minyak mereka di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan tersebut dimaklumkan kepada KPDN melalui sepucuk surat bertarikh 3 Oktober 2023.

Menurutnya, sebelum ini, pada 2 Jun 2023, Shell telah memaklumkan KPDN bahawa mereka terpaksa menutup 40 stesen minyak di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dalam Fasa 1 bermula Januari 2024 dan 16 stesen minyak dalam Fasa 2 bermula Oktober 2024.

“Keputusan awal tersebut dibuat setelah mengambil kira peningkatan kos logistik yang amat tinggi.

“Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan seterusnya mendapat perhatian Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan,” kata Armizan dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan berkata, bagaimanapun sekumpulan pengusaha-pengusaha stesyen minyak Shell di Pantai Timur Sabah telah menemuinya untuk memanjangkan memorandum rayuan mereka kepada kerajaan.

“Pada masa yang sama, sekumpulan pengusaha-pengusaha stesyen minyak Shell di Pantai Timur Sabah juga telah menemui saya dan memohon memanjangkan
memorandum rayuan mereka kepada Kerajaan. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah juga pernah membangkitkan isu ini secara rasmi kepada Perdana Menteri,” ujarnya.

Menurutnya, keputusan terkini Shell ini dapat memastikan kelancaran dan keterjaminan bekalan minyak petrol dan diesel bagi para penduduk di Malaysia Timur.

“Shell juga memberikan komitmen untuk terus terlibat membekalkan produk bekalan api berkualiti tinggi di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan. Ini termasuk menawarkan perkhidmatan pilihan peruncitan bukan bahan api seperti Select Shop dan Deli-To-Go di stesen-stesen runcit mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/kpdn-alu-alukan-keputusan-shell-tarik-semula-rancang-tutup-operasi-stesen-minyak-di-sabah/feed/ 0 43175
Program Jualan Rahmah terus diperluas di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/06/program-jualan-rahmah-terus-diperluas-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/program-jualan-rahmah-terus-diperluas-di-sabah/#respond Fri, 06 Oct 2023 07:28:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43170
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNDASANG: Program Jualan Rahmah (PJR) terus diperluas di seluruh Sabah dan sehingga 3 Oktober 2023, PJR telah dilaksanakan di 266 lokasi di negeri ini, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, pecahan mengikut model PJR di seluruh Sabah iaitu di dalam premis sebanyak 242 lokasi, di luar premis sebanyak 6 lokasi dan secara bergerak sebanyak 18 lokasi dengan bilangan pengunjung dianggarkan melebihi 150 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi
3.38 juta orang.

“Hari ini saya telah melakukan tinjauan pelakasanaan PJR di Pekan Kundasang di Sabah.

“Selain melihat dan mendapatkan respon pengunjung, tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat sendiri kadar harga barangan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, PJR kali ini melibatkan Pasar Raya Bataras dan menawarkan pelbagai keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah serta barangan keperluan asas yang lain.

“Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini dapat memberi manfaat kepada lebih dua ribu pengunjung,” katanya.

PJR merupakan kolaborasi Kerajaan bersama industri sektor peruncitan
seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjualan barangan keperluan harian pada kadar harga diskaun di antara 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/program-jualan-rahmah-terus-diperluas-di-sabah/feed/ 0 43170
Tular video kejadian kematian ikan, bukan berlaku di Sabah – Dr Jeffrey https://sabahmedia.com/2023/09/08/tular-video-kejadian-kematian-ikan-bukan-berlaku-di-sabah-dr-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2023/09/08/tular-video-kejadian-kematian-ikan-bukan-berlaku-di-sabah-dr-jeffrey/#respond Fri, 08 Sep 2023 09:34:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41470
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan melalui siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan isu kejadian kematian ikan yang tular baru-baru ini tidak berlaku di Sabah.

Perkara ini merujuk video ditularkan sejak beberapa hari ini mengenai kejadian ikan yang mati terapung hanyut di perairan yang tidak dikenalpasti yang dikaitkan dengan pelepasan sisa toksik di Fukushima, Japan.

Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan , Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kementeriannya melalui siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan isu kejadian kematian ikan yang tular itu tidak berlaku di Sabah dan ia disahkan berlaku beberapa minggu lepas di Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu, ikan-ikan yang dipelihara dalam sangkar.

Menurutnya, penyebab kematian di fahamkan oleh kejadiaan algae blooming dan tidak ada kaitan dengan pelepasan sisa toksik.

“Kementerian ingin menasihatkan agar pihak awam tidak bimbang tentang situasi ikan yang mungkin tercemar akibat racun toksik kerana, Jabatan Perikanan Sabah dan beberapa agensi serta pihak institusi sedang memantau rapi situasi dan telah mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Jeffrey turut memohon orang ramai khususnya para nelayan agar dapat melaporkan segera jika melihat kejadian kematian ikan dengan jumlah yang banyak secara tiba-tiba di mana-mana perairan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/08/tular-video-kejadian-kematian-ikan-bukan-berlaku-di-sabah-dr-jeffrey/feed/ 0 41470
Projek INL tingkatkan penguatkuasaan penyeludupan hidupan liar di Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/16/projek-inl-tingkatkan-penguatkuasaan-penyeludupan-hidupan-liar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/16/projek-inl-tingkatkan-penguatkuasaan-penyeludupan-hidupan-liar-di-sabah/#respond Wed, 16 Aug 2023 07:22:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40191
Read Time:3 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew gembira dengan kemajuan positif Projek INL (International Narcotics and Law Enforcement Affairs) : Meningkatkan penguatkuasaan dan kapasiti forensik untuk menghalang penyeludupan hidupan liar di Sabah (2019-2023).

Beliau berkata Danau Girang Field Centre (DGFC), sebuah institut penyelidikan di Kinabatangan, dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah telah dianugerahkan dana oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan pemerdagangan hidupan liar dan meningkatkan kadar penangkapan dan kualiti pendakwaan jenayah hidupan liar di Sabah dengan membina kapasiti penyiasatan dan penguatkuasaan dalam JHL Sabah.

Katanya, ini dicapai melalui pembangunan pasukan khusus yang akan bekerjasama rapat dengan agensi dan pihak berkepentingan yang berkaitan; penjanaan dan penyebaran maklumat perisikan utama dan pengendalian dan pemprosesan bukti DNA hidupan liar untuk mempercepatkan penyelesaian kes jenayah hidupan liar.

“Projek perintis INL telah menghasilkan keputusan yang diinginkan. Terutamanya, ia telah menubuhkan pasukan khusus dalam JHL untuk kerja risikan dan forensik. Saya dimaklumkan oleh Pengarah JHL Sabah bahawa sejak 2019, tiada lagi pembunuhan gajah dan penyu laut.

“Dan di bawah program latihan mereka, mereka telah menubuhkan Unit Perisikan (IU) dan Unit Forensik (FU) yang telah menyediakan dua pegawai wanita muda iaitu Natalia Nadia Yahya dan Nur Alwanie Maruji, masing-masing untuk mengetuai IU dan FU di JHL Sabah,” kata Christina dalam satu kenyataannya hari ini, selepas kunjungan hormat oleh wakil pegawai Allison Lajeskie (Membanteras Pemerdagangan Hidupan Liar Asia Tenggara dan Pasifik) Jabatan Negara AS, Biro Narkotik Antarabangsa dan Hal Ehwal Penguatkuasaan Undang-undang, Pejabat Program dan Dasar Global di Washington, DC pada Selasa lalu.

Pada kunjungan itu, Allison memberi taklimat kepada Christina tujuan lawatan lima hari beliau ke Sabah adalah untuk bertemu dengan orang ramai supaya lebih memahami realiti di lapangan berhubung pemerdagangan hidupan liar, dan juga untuk melihat kemajuan sokongan INL melalui DGFC.

“Adalah satu penghormatan kerana saya berpeluang bertemu dengan Menteri dan bercakap mengenai isu pemburuan haram dan pemerdagangan hidupan liar di Sabah. Ia sangat penting.

“Saya puji apa yang telah dilakukan oleh DGFC dalam projek itu. Mereka benar-benar banyak mencipta daripada peringkat bawah dan menawarkan apa yang bermanfaat untuk Sabah, justeru, kami datang di sini untuk membantu,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Saintifik dan Penyelaras Projek Dr Milena Salgado Lynn, yang berpangkalan di DGFC, memberi pencerahan kepada Christina mengenai kemajuan aktiviti Projek INL. Ini termasuk dua bengkel, 31 sesi latihan (60+ pelatih), 300+ laporan siasatan, 20+ siasatan jangka panjang, 10+ tangkapan dan dua sabitan kesalahan.

“Kami juga telah mewujudkan pangkalan data jenayah hidupan liar di Jabatan Hidupan Liar Sabah, dan ia mungkin boleh diakses oleh agensi berkaitan hidupan liar lain di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Bagi meningkatkan kerjasama antara agensi, kami telah mewujudkan satu per- kumpulan kerja perisikan agensi yang telah dilatih bersama,” katanya.

Menurut Dr Lynn, pemburuan haram dan aktiviti haram berkaitan hidupan liar lain di Sabah mendorong DGFC dan JHL Sabah memohon geran Kerajaan AS untuk Projek INL lima tahun lalu.

Mengesahkan sabitan berkaitan hidupan liar, Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga, yang telah menjadi pegawai pendakwa jabatan itu selama 20 tahun, berkata hukuman penjara empat tahun telah dijatuhkan kepada seorang lelaki Indonesia pada 2021 kerana membunuh seekor gajah Borneo pygmy yang terancam di Tawau pada 2019, manakala seorang warga asing dipenjara empat tahun dan denda RM200,000 kerana memiliki bahagian badan penyu hijau di Semporna pada 2022.

Tugas terakhir Tuuga sebagai pegawai pendakwa ialah pada 2016 apabila seorang lelaki tempatan didenda RM25,000 atau penjara 36 bulan kerana mempunyai tenggiling hidup serta sisik tenggiling di Lahad Datu.

“Pada masa ini, saya hanya membimbing pegawai pendakwa kita untuk mereka meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Murad Abdul Rashid, dan Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/16/projek-inl-tingkatkan-penguatkuasaan-penyeludupan-hidupan-liar-di-sabah/feed/ 0 40191
STPM 2022: 59 buah sekolah di Sabah lulus 100 peratus https://sabahmedia.com/2023/07/13/stpm-2022-59-buah-sekolah-di-sabah-lulus-100-peratus/ https://sabahmedia.com/2023/07/13/stpm-2022-59-buah-sekolah-di-sabah-lulus-100-peratus/#respond Thu, 13 Jul 2023 09:02:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38183
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 59 buah sekolah di Sabah mencapai kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2022.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin berkata, dari segi pencapaian individu seramai 75 orang calon STPM pada tahun 2022 berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berbanding seramai 60 orang pada tahun 2021. Ini menunjukkan peningkatan seramai 15 orang calon.

“Semua calon terbaik STPM 2022 menerima Sijil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan jerih perih,” katanya semasa Majlis Pengumuman Keputusan STPM tahun 2022 di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu turut di maklumkan bahawa bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2022 adalah sebanyak 7,618 calon, meningkat sebanyak 79 calon daripada 7,539 calon yang mendaftar STPM 2021.

“Daripada 7,618 calon yang mendaftar, sebanyak 91.90 peratus calon (7,001 calon) telah hadir untuk menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2022.

“Manakala Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Negeri Sabah, STPM 2022 ialah 2.72, meningkat sebanyak 0.01 mata berbanding tahun 2021, iaitu 2.71,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zaini berkata, pencapaian calon STPM 2022 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2021 kerana perbezaan yang sangat kecil, iaitu hanya sebanyak 0.01 mata dan perbezaan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2022 berbanding dengan calon STPM 2021.

Menurutnya, dari segi pencapaian, calon yang memperolehi keputusan 5P seramai 324 calon (4.63%), 4P seramai 4,802 calon (68.59%), 3P seramai 1,084 calon (15.48%), 2P seramai 466 calon (6.66%) dan 1P seramai 245 calon (3.50%).

“Jumlah calon lulus penuh adalah seramai 6,921 (98.86%) daripada 7,001 calon yang menduduki pada tahun 2022 berbanding seramai 7.109 (98.60%) pada tahun 2021. Terdapat peningkatan sebanyak 0.26 peratus,” kata Mohd Zaini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 102 buah Sekolah Kerajaan iaitu melibatkan 106 buah pusat peperiksaan STPM Tahun 2022.

“27 buah pusat peperiksaan terletak di kawasan bandar dengan pencapaian lulus sebanyak 95.30 peratus manakala 79 buah sekolah di luar bandar mencapai lulus sebanyak 98.54 peratus. Ini menunjukkan jurang perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar sebanyak 3.24 peratus,” jelas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/13/stpm-2022-59-buah-sekolah-di-sabah-lulus-100-peratus/feed/ 0 38183
Yong desak Filipina tubuhkan Konsulat di Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/28/yong-desak-filipina-tubuhkan-konsulat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/yong-desak-filipina-tubuhkan-konsulat-di-sabah/#respond Wed, 28 Jun 2023 07:32:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37329
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendesak kerajaan Filipina supaya menubuhkan sebuah Konsulat di Sabah.

Yong yang juga mantan Ketua Menteri Sabah berkata, berikutan berita baik yang mengatakan bahawa Malaysia berjaya mengatasi cubaan yang remeh oleh pewaris kesultanan Sulu yang tidak lagi berfungsi telah membawa kelegaan kepada rakyat Sabah.

“Nampaknya usaha pihak yang menuntut dikatakan waris Sulu itu telah merugikan mereka dan penyokong kewangan mereka.

“Untuk menyimpulkan kejayaan dan sekali gus menamatkan tuntutan Sulu ke atas Sabah, kerajaan Malaysia mesti melakukan yang terbaik dalam mendapatkan kesediaan kerajaan Filipina untuk menubuhkan sebuah konsulat di Sabah,” tegasnya.

Menurut Yong, dengan menubuhkan sebuah konsulat Filipina di Sabah, Filipina akan memberitahu rakyatnya sendiri di Filipina supaya melupakan tuntutan khayalan mereka terhadap Sabah. Sabah tidak pernah dimiliki atau diperintah oleh Sulu atau Filipina pada bila-bila masa dalam sejarah Sulu atau Filipina.

Katanya, pemberian yang dipanggil 22 Januari 1878 itu sendiri terbatal kerana pemberian sebelumnya antara Brunei dan Overbeck/Dent pada 29 Disember 1877.

“Tidak ada keperluan sama sekali untuk meletakkan tuntutan Filipina/Sulu ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana Malaysia telah berjaya mengalahkan percubaan Filipina untuk membawa tuntutan mereka kepada ICJ melalui kes Pulau Ligitan/Sipadan pada tahun 2001. ICJ telah memutuskan bahawa Filipina telah gagal menunjukkan bahawa ia mempunyai “kepentingan yang bersifat undang-undang” terhadap kes Ligitan/Sipadan.

“Filipina telah cuba campur tangan dalam kes Ligitan/Sipadan antara Malaysia dan Indonesia dengan mengatakan bahawa mereka (Filipina) memiliki kepulauan Ligitan/Sipadan berdasarkan tuntutan mereka ke atas Sabah. Percubaan oleh Filipina itu telah digugurkan oleh ICJ (pada tahun 2001),” jelas Yong.

Tambah Yong, terdapat banyak bukti dokumentari yang menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu yang kini tidak berfungsi mahupun Republik Filipina tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Borneo Utara (kini Sabah).

“Kerajaan Malaysia mesti menunjukkan kepada rakyat Filipina/Sulu bahawa ia juga demi kepentingan mereka sendiri untuk menghentikan tingkah laku sia-sia mereka menuntut Sabah.

“Semoga hubungan baik kejiranan dalam suasana menang-menang antara Malaysia Sabah dan Filipina Bangsamoro makmur bersama dengan aman.

“Biarlah rakyat Filipina yang tinggal di Sabah mendapat perkhidmatan konsulat yang sangat diperlukan dan yang telah dinafikan oleh kerajaan mereka sendiri (Republik Filipina),” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/yong-desak-filipina-tubuhkan-konsulat-di-sabah/feed/ 0 37329
Infrastruktur Kesihatan di Sabah Masih Kritikal – Bobbey https://sabahmedia.com/2023/06/28/infrastruktur-kesihatan-di-sabah-masih-kritikal-bobbey/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/infrastruktur-kesihatan-di-sabah-masih-kritikal-bobbey/#respond Wed, 28 Jun 2023 04:58:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37314
Read Time:3 Minute, 30 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memastikan sistem dan kualiti perkhidmatan kesihatan di Wilayah Sabah semakin baik dan direformasi secara holistik, kata Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey Suan.

Katanya, ini penting selaras dengan konsep pendekatan keseluruhan negara (whole of nation) dalam Aspirasi Sistem Kesihatan Malaysia dan Tonggak Reformasi Kertas Putih Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, untuk keluar daripada ‘penjagaan sakit’ yang disentuh dalam kertas putih itu, kerajaan haruslah mewacanakan kesenjangan antara wilayah agar perkhidmatan kesihatan ini direformasi secara holistik agar sistem kesihatan negara terus berdaya saing dan kompeten.

“Realitinya sistem kesihatan terutamanya soal infrastruktur kesihatan di Wilayah Sabah masih kritikal”, Katanya ketika membahas Kertas Putih Kesihatan 2023 di Persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Bobbey berkata, tahun lalu beliau telah secara spesifik membangkitkan masalah tempat letak kereta di kawasan dua hospital di Kota Kinabalu, iaitu Queen Elizabeth Hospital 1 dan 2.

Menurutnya, pada tahun 2022 sahaja, KKM melalui Jabatan Kesihatan Wilayah Sabah telah mengenal pasti sebanyak 326 klinik Sabah yang daif dan kurang daif serta memerlukan kerja naik taraf. Daripada jumlah itu, sebanyak 287 klinik daif di Sabah dibina dengan kayu dan dikategorikan sebagai bangunan yang tidak selamat diduduki.

“Manakala dalam tempoh 6 bulan tahun ini (2023), kita di Sabah hanya terdapat 112 buah klinik kesihatan yang sedang beroperasi, namun 95 buah daripadanya atau 84.8 peratus adalah dalam keadaan usang dan daif. Bahkan lebih menyedihkan, klinik-klinik ini ada yang tidak mempunyai capaian internet dan ini sangat melambatkan proses informatik dibuat oleh pentadbiran klinik”.

“Jika mengambil pandangan pakar perubatan, 70 peratus daripada peralatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan di Sabah adalah berusia berpuluh tahun atau ‘Beyond Economic Repair’ (BER)”, tegasnya.

Bobbey yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, polemik yang berlaku di Sabah sekarang ialah masalah ketidakcukupan sumber manusia dalam perkhidmatan kesihatan itu sendiri.

Menurutnya, antara hospital yang sangat terkesan di Sabah ialah Hospital Daerah Papar, Hospital Ibu dan Anak Likas, dan Hospital Queen Elizabeth, sehingga wujud kes dimana jururawat terpaksa mengambil jadual kerja berganda (double shif).

“Menurut Jabatan Kesihatan Sabah, kelompongan kekosongan perjawatan adalah sekitar 8.82 peratus iaitu 2,494 daripada 28,274 sumber tenaga yang sepatutnya diisi. Pada tahun 2022, sasaran anggaran negara bagi nisbah doktor kepada penduduk adalah 1:425. Tetapi bagi kami di Sabah pada tahun 2022 adalah bernisbah 1:872.

“Angka ini amat serius, ini bukan sahaja menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas, malah kesan yang lebih besar kepada para petugas kesihatan yang akan terdedah dengan bahaya seperti kadar keterjangkitan tinggi disebabkan masa bekerja yang lama serta tekanan dari segi kesihatan mental”, tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar KKM mengambil beberapa tindakan segera berkaitan isu di Sabah, antaranya ialah pengagihan peruntukan perlulah disalurkan tepat dan cepat bagi memastikan projek membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur kesihatan di Sabah dan seluruh negara dipercepatkan.

Menurutnya, tahun lalu kerajaan persekutuan telah berjanji untuk menyalurkan sebanyak RM420 juta dan tahun ini KKM sendiri perlu memberikan lebih komitmen untuk memastikan binaan usang di klinik-klinik dapat dipulihkan dan beroperasi dengan baik.

Bobbey juga menyeru agar hospital-hospital di Sabah dinaik taraf kualiti perkhidmatannya melalui penambahan jumlah doktor pakar, bilangan hospital berstatus negeri, hospital berpakar major, hospital pakar minor untuk hospital-hospital yang bersuaian di bandar-bandar dan daerah- daerah di sekitar negeri ini.

Selain itu beliau juga mencadangkan agar kerajaan memikirkan keperluan untuk petugas kesihatan diberikan bantuan berbentuk insuran atau takaful sebagai pelan perlindungan daripada kerajaan sendiri susulan pengorbanan mereka yang sangat berisiko seperti yang berlaku semasa musim pandemik Covid-19 yang lalu, yang boleh membantu jika berlaku perkara yang tidak diingini.

“Atas rasa hormat kepada para petugas kesihatan, saya juga mencadangkan penjadualan semula gaji para petugas kesihatan dikaji semula kerana beban kerja yang ditanggung. Biarlah gaji yang dibayar juga setimpal dengan khidmat mereka. Ini juga untuk memastikan kita dapat menjaga kuantiti sumber manusia daripada terus kritikal disebabkan isu seperti ‘brain-drain’ dan ‘overload work’ dalam kalangan petugas.

“Di Sabah sendiri, terdapat kes jururawat dan doktor yang terpaksa bertugas lebih masa dan jadual berganda (double shif). Harapan saya, semoga dengan terlaksananya hasrat kita bersama dalam Kertas Putih Kesihatan 2023 ini, maka segala isu ini dapat ditanggani oleh pihak KKM agar kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini khususnya di Wilayah Sabah semakin baik”, tegas Bobbey.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/infrastruktur-kesihatan-di-sabah-masih-kritikal-bobbey/feed/ 0 37314
Peruntukan kecil paling banyak diluluskan adalah dari daerah-daerah miskin di Sabah – Rafizi https://sabahmedia.com/2023/06/27/peruntukan-kecil-paling-banyak-diluluskan-adalah-dari-daerah-daerah-miskin-di-sabah-rafizi/ https://sabahmedia.com/2023/06/27/peruntukan-kecil-paling-banyak-diluluskan-adalah-dari-daerah-daerah-miskin-di-sabah-rafizi/#respond Tue, 27 Jun 2023 08:28:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37245
Read Time:2 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sepanjang tempoh enam bulan iaitu Januari hingga Jun 2023 peruntukan-peruntukan kecil yang paling banyak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi adalah dari daerah-daerah miskin yang dipohon oleh pejabat-pejabat seluruh Negeri Sabah, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan pimpinan wakil rakyat daripada daerah-daerah yang termiskin ini dan ada beberapa pendekatan yang segera telah dibuat contohnya memastikan bahawa mereka diberi keutamaan dalam permohonan projek-projek kecil.

“Selain daripada kemudahan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah kami umumkan. Sebenarnya dari sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2023, setakat ini peruntukan projek kecil dari Kementerian Ekonomi paling tinggi memang diberikan kepada daerah-daerah msikin di Sabah untuk membolehkan mereka menjalankan kerja-kerja infrastruktur dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa melalui IPR juga ada beberapa projek berkolompok pada skala negeri yang telah dikenal pasti dan ini akan berjalan cuma kita juga kena menerima hakikat bahawa ada situasi yang unik hanya di Sabah kerana kebanyakan keluarga yang miskin ini mereka tinggal jauh daripada sesama sendiri.

Katanya, kadang-kadang mereka (miskin) dipisahkan dari segi logistik jadi ia lebih mencabar untuk menjalankan program-program ekonomi berkelompok yang ada lebih banyak peluang untuk membantu dari segi kemampanan ekonomi.

“Sebab itu peruntukan untuk membantu keluarga secara individu itu akan diteruskan dan mereka akan terus dikenal pasti untuk mengusahakan perniagaan kecil dan peruntukan itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM750 juta yang diperuntukkan untuk membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan di negara ini.

“Cuma cabaran itu lebih besar kita perlukan bantuan daripada penerima-penerima ini supaya mereka mengambil peluang itu, cabaran kami di peringkat pelaksana ialah tidak semua yang ada dan mendapat peluang ini yang mahu turut serta kerana bagi mereka daripada saya mengusahakan perniagaan baik saya terima bantuan bulat-bulat jadi ini cabaran untuk dapatkan mereka mengambil inisiatif ini.

“Sebab itu kita mahu mereka berkumpul bersama kerana jika berkelompok itu selalunya tekanan dan sebagainya mereka akan lebih kekal dalam sesuatu usaha itu, tapi di Sabah memang ada cabaran itu jadi kita menggunakan semua kaedah yang boleh untuk kita bantu,” jelasnya.

Ditanyakan mengenai sasaran untuk keluarkan daerah-daerah termiskin di Sabah , Rafizi berkata, perkara itu perlu perhalusi dalam kajian KSP dan RMKe-12.

“Ini kerana bukan masalah yang boleh diselesaikan dalam tempoh enam bulan, dan ia sesuatu yang kita perlu pastikan program-program itu yang memang insiatif yang mengambil masa bertahun-tahun, jadi sementara saya boleh sebut sasaran itu dan ini saya mahu pastikan ia betul-betul keluar dari kemiskinann dan ia proses yang panjang, kalau perkara ini boleh dibuat dalam masa singkat ataupun sasaran yang mudah saya rasa kita bercakap mengenai perkara itu sekarang, ini masalah yang berdekad-dekad,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, ada baiknya sekarang tumpuan bersepadu daripada Kerajaan Persekutuan sehinggalah kepada Kerajaan Negeri khususnya dalam aktiviti ekonomi yang sesuai untuk kumpulan sasar berkenaan.

“Insya Allah dengan beberapa tumpuan daripada aktiviti ekonomi yang sesuai dengan mereka macam saya ulang berkali-kali tadi industri pemakanan, sumber keterjaminan makanan, yang itu kalau kita ambil masa sedikit lama untuk membinanya, saya ingat akan ada peluang yang lebih untuk membebaskan mereka dari kemiskinan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/27/peruntukan-kecil-paling-banyak-diluluskan-adalah-dari-daerah-daerah-miskin-di-sabah-rafizi/feed/ 0 37245
472 Ahli Majlis dilantik terajui 25 PBT di Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/22/472-ahli-majlis-dilantik-terajui-25-pbt-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/22/472-ahli-majlis-dilantik-terajui-25-pbt-di-sabah/#respond Thu, 22 Jun 2023 09:19:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36886
Read Time:2 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Seramai 472 Ahli Majlis telah dilantik untuk menerajui 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah bagi sesi 2023 hingga 2025, di mana lebih separuh daripada mereka merupakan lantikan baharu manakala selebihnya lantikan semula, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berharap pelantikan mereka akan dapat melancarkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan di PBT masing-masing agar lebih cekap, berkualiti dan telus.

Katanya, seorang Ahli Majlis yang dilantik memainkan peranan sebagai penghubung di dalam hubungan di antara Kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan.

“Mereka mempunyai kedudukan untuk membantu PBT dalam membuat dasar, merancang, mengawasi pelaksanaan program-program yang dilaksanakan serta menyampaikan pandangan dan nasihat dalam beberapa Jawatankuasa di peringkat PBT dan sekali gus menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat kerajaan kepada rakyat.

“Namun begitu, Ahli Majlis juga mempunyai had dan bidang kuasanya yang tersendiri di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Oleh itu, bertindaklah atas batas dan kapasiti anda semua sebagai seorang Ahli Majlis,” katanya ketika merasmikan penutupan Seminar Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Sabah Lantikan Tahun 2023 Hingga Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Dr. Joachim mengingatkan Ahli Majlis untuk memahami, menghayati dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.

Katanya, antara peranan dan tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh setiap Ahli Majlis di daerah masing-masing adalah tertakluk kepada beberapa perkara iaitu sebagai penyampai dan jurucakap yang mana penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat.

Ini sama ada bagi menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT, jelasnya.

“Selain itu, Ahli Majlis juga membantu dalam membentuk dasar dan hala tuju PBT. Pada kebiasaan dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan matlamat dasar negara.

“Dasar merangkumi aspek yang luas. Sesuatu dasar yang diperkenalkan perlu mengambil kira pandangan rakyat agar ianya tidak menimbulkan rungutan rakyat di masa akan datang apabila dasar tersebut dilaksanakan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah mengetahui dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar kerajaan pusat mahupun negeri, selain memahami keperluan semasa rakyat. Ahli Majlis berperanan untuk memberi kefahaman dan penjelasan berhubung dasar-dasar baharu,” katanya.

Tambahnya, Ahli Majlis juga berperanan dan bertanggungjawab untuk menyemak kemajuan pengurusan pentadbiran PBT agar berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan Kerajaan demi kelancaran pengurusan pentadbiran PBT, selain membuat, meminda atau membatalkan Undang-undang Kecil tertakluk kepada kelulusan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar dapat dijadikan asas dan panduan kepada pihak pengurusan di peringkat PBT untuk bertindak mengikut peraturan atau tatacara yang mempunyai punca kuasa perundangan.

Dr. Joachim berharap segala yang telah di kongsikan oleh para penceramah pada seminar hari ini dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan kepada impak yang positif sekembalinya ke daerah masing-masing.

“Besarlah harapan kami di Kementerian agar semua Ahli Majlis yang telah dilantik dan menyertai dengan jayanya seminar pada hari ini memahami dan menghayati peranan dan tanggungjawab tersebut. Atas keperluan itu, seminar pada hari ini difikirkan perlu dalam usaha untuk memastikan kefahaman terhadap keperluan seorang Ahli Majlis dicapai,” katanya. 

Turut hadir, Pembantu Menteri I dan II Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih san Datuk Mohamad Hamsan Ag Supain; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Pengerusi-pengerusi Majlis Daerah, Pegawai-pegawai Eksekutif PBT serta para penceramah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/22/472-ahli-majlis-dilantik-terajui-25-pbt-di-sabah/feed/ 0 36886