di Semporna – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Nov 2023 13:18:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png di Semporna – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelancong maut, bas persiaran bertembung dengan lori di Semporna https://sabahmedia.com/2023/11/02/pelancong-maut-bas-persiaran-bertembung-dengan-lori-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/11/02/pelancong-maut-bas-persiaran-bertembung-dengan-lori-di-semporna/#respond Thu, 02 Nov 2023 13:07:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44629
Read Time:1 Minute, 10 Second

SEMPORNA : Seorang pelancong warga China maut selepas bas persiaran yang dinaiki bertembung dengan lori mengakibatkan berlaku kemalangan di Kilometer 21 Jalan Semporna – Tawau, pagi tadi. (2 Nov)

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 11.30 itu apabila sebuah lori jenis Isuzu dari arah Tawau menuju ke Semporna bertembung dengan bas persiaran pelancongan dari arah Semporna menuju ke Airport Tawau.

Katanya, seramai 15 orang pelancong warga China dalam lingkungan berumur 30 hingga 60 an terdiri daripada lima perempuan dan 10 lelaki berada dalam bas tersebut.

“Lori Isuzu yang dipandu oleh suspek yang datang dari arah bertentangan, telah memasuki ke lorong jalan bas persiaran pelancongan berkenaan, lalu melanggar dan mengakibatkan bas tersebut terbabas dan terbalik ke sebelah kiri jalan.

“Dalam kejadian kemalangan ini, salah seorang Lelaki pelancong warga China berumur dalam lingkungan 56 tahun yang juga penumpang bagi bas Persiaran Pelancongan tersebut telah meninggal dunia dan telah dirujuk ke Hospital Daerah Semporna, sementara penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala pemandu lori Isuzu tersebut mengalami kecederaan patah kaki sebelah kanan, dan dirujuk ke Hospital Daerah Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang keterangan kes boleh berhubung dengan Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray, di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, di talian 012-3650021 atau 089-782020,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/02/pelancong-maut-bas-persiaran-bertembung-dengan-lori-di-semporna/feed/ 0 44629
Dua lelaki ditahan bersama lebih 2kg syabu di Semporna https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-lebih-2kg-syabu-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-lebih-2kg-syabu-di-semporna/#respond Wed, 05 Jul 2023 12:52:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37779
Read Time:1 Minute, 46 Second

SEMPORNA: Polis berjaya menahan dua suspek lelaki bersama lebih 2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM72,000 dalam satu serbuan di kawasan Dataran Lepa dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah, pada Isnin (3 Julai) jam lebih kurang 7.30 malam, sepasukan anggota dari Balai Polis Semporna telah buat pemantauan di kawasan Dataran Lepa Semporna.

Katanya, setelah melakukan pemantauan di kawasan tersebut telah kelihatan sebuah kenderaan jenis proton saga blm berwarna putih yang di naiki dua lelaki yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan, anggota serbuan telah berjaya menahan dua suspek lelaki iaitu seorang suspek warganegara tempatan dan seorang suspek warganegara asing berumur lingkungan 36 hingga 53 tahun.

“Setelah pemeriksaan dilakukan terhadap dua suspek tersebut telah
menjumpai satu beg berwarna biru dan di dalamnya menjumpai satu kotak berwarna coklat yang mengandungi dua plastik berwarna putih, hijau, merah bertulisan cina.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua plastik berwarna putih, hijau, merah bertulisan cina telah menjumpai paket lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, anggaran berat kasar dadah disyaki dadah syabu yang dirampas adalah lebih kurang 2027.31 gram yang bernilai RM 72,000.

Barang rampasan termasuk sebuah kenderaan. – Foto ihsan PDRM Semporna

“Turut di rampas adalah sebuah kenderaan jenis proton saga blm berwarna putih berserta satu unit kunci kenderaan proton saga blm dan dua unit telefon pintar bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Farhan berkata, Kedua-dua suspek di tahan reman selama tujuh hari mulai 4 Julai hingga 10 Julai 2023.

“Kes disiasat mengikut seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya.

Mohd Farhan bagi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di daerah Semporna.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah diminta untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merupakan musuh utama serta merugikan negara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-lebih-2kg-syabu-di-semporna/feed/ 0 37779
Lima buah rumah musnah terbakar di Semporna https://sabahmedia.com/2023/05/15/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/05/15/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-semporna/#respond Sun, 14 May 2023 22:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34388
Read Time:41 Second

SEMPORNA: Sebanyak lima buah rumah musnah dalam kebakaran membabitkan kira-kira 40 penduduk dalam satu kejadian di Kampung Pulau Larapan Hujung dekat sini tengah hari semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.49 tengah hari semalam (14 Mei).

“Ketua operasi melaporkan terdapat satu kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis tidak kekal dan sebuah dewan serbaguna terbakar 100 peratus manakala sebuah rumah terkena bahangan di bahagian dinding rumah.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka (Air laut),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 1.22 petang.

“Pemeriksaan disekitar kawasan dijalankan bagi memastikan tiada lagi keberbahayaan wujud dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.56 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/15/lima-buah-rumah-musnah-terbakar-di-semporna/feed/ 0 34388