Di Sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Mar 2023 21:06:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Di Sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JANS diminta buat sistem catuan air berjadual, pastikan tangki tidak kosong di Sepanggar – Mustapha https://sabahmedia.com/2023/03/29/jans-diminta-buat-sistem-catuan-air-berjadual-pastikan-tangki-tidak-kosong-di-sepanggar-mustapha/ https://sabahmedia.com/2023/03/29/jans-diminta-buat-sistem-catuan-air-berjadual-pastikan-tangki-tidak-kosong-di-sepanggar-mustapha/#respond Tue, 28 Mar 2023 21:06:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31697
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud mahu pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya satu sistem pemantauan catuan air yang berjadual dilakukan bagi memastikan tangki sedia ada tidak berlaku masalah kekurangan air.

Mustapha berkata, cadangan ini adalah berikutan masalah ketiadaan bekalan air bersih yang semakin kritikal berlaku di kawasan Sepanggar, justeru beliau meminta supaya pihak berwajib melaksanakan catuan air yang betul-betul berjadual.

“Pastikan catuan air itu betul-betul berjadual, jangan tunggu kosong tangki itu baru kita salurkan.

“Sebab yang saya lihat, bila ada yang buat aduan kepada saya dan bila saya salurkan (aduan itu) kepada JANS, tidak lama ada pula air di kawasan tersebut.

“Kalau ada satu sistem pemantauan, bila tahap air di tangki ada di tahap tertentu, ia akan beri amaran kepada JANS, supaya mengisi balik tangki itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak Yatim anjuran Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Selasa.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menggesa pihak JANS supaya mempercepatkan pembinaan loji rawatan air tambahan yang sedang dilakukan di LRA Telibong 2.

Katanya, gesaan itu bertujuan bagi menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan dengan isu ketiadaan bekalan air di kawasan Sapanggar.

“Rakyat perlu memahami punca berlakunya krisis air di kawasan berkenaan berikutan kerana ketidakcukupan sumber air dari loji rawatan air (LRA) Telibong dan LRA Moyog.

“Kedua-dua loji ini terpaksa beroperasi melebihi had yang sepatutnya.

“Jadi apa yang perlu dibuat sekarang ini, saya minta supaya JANS mempercepatkan projek LRA Telibong 2 supaya dapat memenuhi keperluan yang sedia ada.

“Tetapi untuk kita menampung untuk 20 tahun yang akan datang, kita perlukan sebuah empangan yang baru, itu yang kita perlu usahakan,” jelasnya.

Mustapha turut menyokong satu kenyataan Kerajaan Negeri baru-baru ini yang ingin membuat penstrukturan semula Jabatan Air Negeri Sabah.

“Kalau itu boleh membantu, saya menyokong supaya ada pendekatan drastik dibuat dan dapat menyelesaikan masalah air bukan sahaja di Sepanggar tapi di seluruh daerah di negeri Sabah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/29/jans-diminta-buat-sistem-catuan-air-berjadual-pastikan-tangki-tidak-kosong-di-sepanggar-mustapha/feed/ 0 31697
Struktur Haram Di Sepanggar Akan Dirobohkan https://sabahmedia.com/2021/09/03/struktur-haram-di-sepanggar-akan-dirobohkan/ https://sabahmedia.com/2021/09/03/struktur-haram-di-sepanggar-akan-dirobohkan/#comments Fri, 03 Sep 2021 09:57:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5762
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Struktur haram yang dibina di atas tanah seluas 150 ekar milik Jabatan Perikanan di Sepanggar akan dirobohkan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata tanah tersebut merupakan sebahagian dari tanah seluas 260 ekar milik jabatan berkenaan dan telah diperuntukkan untuk pembangunan projek bagi Daerah Kota Kinabalu.

“Ini akan merangkumi projek berskala besar oleh kerajaan untuk membangunkan ‘smart city’ di kawasan ini. Perkara ini sudahpun dibincangkan dan dipersetujui oleh kabinet Sabah.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS ) serius dalam membangunkan tanah ini dan memastikannya tidak dicerobohi oleh pihak luar, terutama mereka yang tidak berhak berada di Sabah,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah membuat kenyataan itu hari ini setelah mengunjungi kawasan setinggan yang dikenali sebagai ‘Kg Warisan’ di Sepanggar.

Kira-kira 800 struktur haram dibina di atas tanah seluas 150 ekar. Beberapa struktur dibina jauh di dalam hutan bakau, sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang.

Tambahan pula, kecurian elektrik amat berleluasa di kawasan ini dan sebahagian besar kabel elektrik itu ditanam di bawah tanah, dan mendatangkan risiko tinggi renjatan elektrik terhadap anggota penguatkuasa setiap kali mereka cuba memasuki kawasan setinggan ini.

Selain daripada ‘Kg Warisan’, penduduk setinggan di kawasan ini telah juga memanggil kawasan tempat tinggal mereka sebagai Kg Berunai dan Kg Juara.

“Mereka sebenarnya telah beberapa kali berusaha agar kerajaan mengiktiraf mereka sebagai kampung secara rasmi. Tetapi ini tidak boleh dibenarkan kerana tanah itu milik Jabatan Perikanan.

“Beberapa perobohan telah dilakukan pada masa lalu, tetapi mereka masih berdegil. Kerajaan telah merobohkan struktur haram tetapi struktur baru dibina semula dalam masa beberapa bulan sahaja.

“Tidak diragukan lagi, ini adalah barah yang harus dibasmi sama sekali,” katanya.

Semasa lawatan itu, Jeffrey juga bertemu dengan beberapa penduduk setinggan di kawasan itu, menasihati mereka untuk tidak membiarkan orang lain membina rumah di sana kerana struktur tersebut akan tetap dirobohkan, dan memberitahu mereka mengenai rancangan kerajaan untuk tanah tersebut.

“Kita mesti melindungi aset kita, tetapi kita juga harus mempertimbangkan nasib orang Sabah yang tinggal di sana. Saya difahamkan bahawa dikalangan penduduk di sini, ada juga yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Jeffrey menasihatkan Jabatan Perikanan untuk mengemukakan cadangan bagaimana mereka akan dapat memanfaatkan sepenuhnya tanah tersebut setelah selesai masalah setinggan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/03/struktur-haram-di-sepanggar-akan-dirobohkan/feed/ 1 5762