di tiga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Sep 2021 11:17:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png di tiga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PBS Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tiga Kampung Dalam DUN Moyog https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/#respond Mon, 20 Sep 2021 11:04:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6641
Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada 488 penduduk di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog yang terjejas teruk oleh banjir minggu lalu.

Tiga kampung tersebut ialah Kg. Sugud, Kg. Maang dan Kg. Babah Bunduon.

Sumbangan berupa makanan, peralatan memasak dan wang tunai tersebut disampaikan semasa lawatan pemimpin-pemimpin parti tersebut bagi meninjau keadaan mangsa banjir berkenaan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Agung, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Penerangan, Datuk Julita Majungki; Ketua Pemuda, Christoper Mandut; Ketua Bahagian N. 26 Moyog, John Chryso Masabal bersama Pergerakan Pemuda dan ‘Task Force’ team.

Penduduk yang terkesan oleh banjir di kampung-kampung tersebut telah ditempatkan di balai raya-balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mangsa banjir yang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sehubungan itu, Ketua Bahagian PBS N.26 Moyog menerima sumbangan daripada parti untuk membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.

PBS juga mengucapkan terima kasih kepada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang turut memberikan sumbangan sebanyak 2,055 keping roti bun and 270 keping roti kok kepada mangsa banjir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/feed/ 0 6641
‘Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera’ Dibuka Di Tiga Gereja Dalam DUN Lumadan https://sabahmedia.com/2021/09/18/food-bank-lumadan-prihatin-sejahtera-dibuka-di-tiga-gereja-dalam-dun-lumadan/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/food-bank-lumadan-prihatin-sejahtera-dibuka-di-tiga-gereja-dalam-dun-lumadan/#respond Sat, 18 Sep 2021 10:55:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6544
Read Time:1 Minute, 33 Second

BEAUFORT: Pelaksanaan inisiatif Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera terus diperkembang untuk membantu penduduk yang terkesan oleh pandemik Covid-19, dengan melibatkan gereja dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN Lumadan.

Food bank (tabung makanan) tersebut, yang merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam, telah dibuka dan beroperasi di 32 masjid dalam kawasan DUN tersebut.

Dan hari ini, Ruslan bersama Pengerusi Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera, Abd. Aziz Abd. Lazjim, secara simbolik melancarkan pembukaan Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera di tiga buah gereja.

Gereja yang bersama menjayakan inisiatif food bank ini ialah Gereja St. Joseph Kampung Laboi, Meraba, Gereja St. Michael Batu 6 Lumadan dan Gereja Bonda Maria Ratu Rosari Kg. Binunuk.

“Ini adalah sejajar dengan hala tuju Lumadan Sejahtera memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.

“Dengan adanya Food Bank ini, mereka yang memerlukan bahan mentah boleh lah datang mengambil ikut keperluan di food bank di masjid-masjid dan gereja-gereja yang berkenaan,” kata Ruslan dalam kenyataan medianya hari ini.

Katanya, food bank ini terbuka bukan sahaja kepada penduduk yang terkesan di masa pandemik Covid-19, bah kan juga sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya, mereka yang terkesan boleh datang mengambil bahan mentah ini untuk kegunaan harian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga buah gereja yang sudi bersama menjayakan Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera ini.

“Saya juga menyeru kepada mana-mana individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) agar dapat bersama memberikan sumbangan barangan bahan makanan mentah di setiap masjid dan gereja yang mempunyai food bank.

“Saya berharap dengan ikatan tali persaudaraan tanpa mengira pegangan agama mahupun idelogi yang berbeza akan mengekalkan keharmonian demi kesejahteraan kita bersama,” kata Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin kampung yang turut serta dalam acara simbolik pembukaan Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera, pengerusi pengerusi dan AJK gereja serta AJK Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/food-bank-lumadan-prihatin-sejahtera-dibuka-di-tiga-gereja-dalam-dun-lumadan/feed/ 0 6544