Diari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Nov 2025 14:40:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Diari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Saksi tidak tahu ibu Zara dikeluarkan daripada grup WhatsApp sekolah https://sabahmedia.com/2025/11/21/saksi-tidak-tahu-ibu-zara-dikeluarkan-daripada-grup-whatsapp-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/saksi-tidak-tahu-ibu-zara-dikeluarkan-daripada-grup-whatsapp-sekolah/#respond Fri, 21 Nov 2025 14:40:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86639
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang saksi dalam inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tidak mengetahui bahawa ibu mangsa telah dikeluarkan daripada grup WhatsApp antara ibu bapa dan guru selepas kejadian pada 16 Julai yang menimpa anaknya.

Saksi ke-49, Yuslina Badrum, berkata beliau tidak pasti mengenai grup WhatsApp berkenaan  kerana tidak berada dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini,” katanya ketika menjawab soalan daripada peguam yang mewakili ibu Zara, Rizwandean M Borhan.

Menjawab soalan lain, Yuslina tidak bersetuju bahawa pihak sekolah menyembunyikan maklumat dari ibu Zara.

Peguam: Siasatan dalaman tidak dimaklumkan kepada mama Zara, salinan diari tidak diberikan kepada mama Zara, telefon awam telah dimatikan selama 1 setengah hari, betulkah kalau saya katakan terdapat usaha yang sistematik daripada pihak sekolah untuk menyimpan atau ‘withhold’ maklumat daripada ibu Zara?

Saksi: Saya tidak setuju jika ini dikatakan usaha yang sistematik dilakukan oleh sekolah.

Ketika ditanya sama ada sekolah sepatutnya memaklumkan secara rasmi kepada ibu Zara mengenai kewujudan diari serta siasatan dalaman bagi mengelakkan tanda tanya dan spekulasi, Yuslina berkata, “Saya rasa sekolah masih perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian” (Kementerian Pendikan).

Sementara itu saksi ke-50, Solehah Md Noh menyatakan bahawa sehingga hari ini ibu Zara tidak pernah diberitahu mengenai laporan siasatan dalaman dan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dengan kejadian yang menimpa Zara.

Solehah yang juga merupakan guru di SMKA TDM mengesahkan bahawa Cikgu Yuslina ada mengimbas (scan) diari-diari Zara untuk mencari punca kejadian yang berlaku dan tujuan diari-diari ini kena scan adalah untuk “simpanan sekolah.”

Saksi juga bersetuju bahawa kejadian yang berlaku kepada Zara pada malam 15 Julai 2025 boleh dikategorikan sebagai buli kerana ianya buli lisan.

Ini kerana wujudnya perkataan-perkataan yang kesat dikeluarkan kepada Zara dengan nada marah oleh pelajar-pelajar senior yang boleh menyebabkan gangguan emosi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/saksi-tidak-tahu-ibu-zara-dikeluarkan-daripada-grup-whatsapp-sekolah/feed/ 0 86639
Inkues kematian Zara: Saksi dijangka beri keterangan berhubung diari https://sabahmedia.com/2025/09/08/inkues-kematian-zara-saksi-dijangka-beri-keterangan-berhubung-diari/ https://sabahmedia.com/2025/09/08/inkues-kematian-zara-saksi-dijangka-beri-keterangan-berhubung-diari/#respond Sun, 07 Sep 2025 23:02:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80787
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini dengan saksi kedua dari Jabatan Kimia Malaysia dijangka memberi keterangan berhubung diari peribadi milik pelajar berusia 13 tahun itu.

Selain saksi tersebut, doktor perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) juga dijangka tampil memberi keterangan.

Perkembangan ini menyusul selepas saksi pertama, pakar patologi forensik QEH, Dr Jessie Hiu, selesai memberi keterangan selama dua hari di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan minggu lalu.

Dr Jessie, yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara pada 10 Ogos, memberi keterangan selama dua hari, iaitu pada 3 dan 4 September.

Prosiding inkues yang dijadualkan sepanjang September kini memasuki hari ketiga.

Untuk minggu ini, prosiding inkues akan berlangsung bermula hari ini, manakala pada Khamis depan Mahkamah Koroner dijadualkan melawat lokasi kejadian, iaitu tempat Allahyarhamah Zara ditemui tidak sedarkan diri. Dr Jessie turut dijangka dipanggil semula semasa lawatan ke lokasi berkenaan.

Inkues bagi menentukan punca kematian Zara dijangka mendengar keterangan daripada keseluruhan 68 saksi, termasuk 35 pelajar bawah umur, pegawai polis, guru serta beberapa lagi pakar.

Zara, seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah agama di Papar, ditemui tidak sedarkan diri di aras bawah asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di QEH.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad; Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah; serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, 45.

Ayah Zara, Mahathir Mohd Hashim, 44, pula diwakili oleh peguam Sherzali Hezra Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang remaja, manakala Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan mewakili empat remaja yang lain.

Sabah Law Society (SLS) hadir sebagai peguam pemerhati dan amicus curiae (sahabat mahkamah), manakala Peguam Kanan Persekutuan Dr Norahimah Fitri mewakili Kementerian Pendidikan sebagai peguam pemerhati.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/08/inkues-kematian-zara-saksi-dijangka-beri-keterangan-berhubung-diari/feed/ 0 80787