dibaham buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Dec 2024 13:36:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dibaham buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg Bilit https://sabahmedia.com/2024/12/26/lelaki-hilang-disyaki-dibaham-buaya-selepas-bot-karam-di-sg-kg-bilit/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/lelaki-hilang-disyaki-dibaham-buaya-selepas-bot-karam-di-sg-kg-bilit/#respond Thu, 26 Dec 2024 13:36:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66018
Read Time:54 Second

KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun, Maznin Kahar, dilaporkan hilang dan disyaki dibaham buaya selepas bot yang dinaikinya terbalik dan karam di Sungai Kampung Bilit di sini pada jam 1 pagi tadi (26 Dis).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1:35 petang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sukau mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, maklumat awal dari waris mangsa memberitahu bahawa Maznin bersama tiga rakannya sedang dalam perjalanan menghantar kayu belian menggunakan bot, tiba-tiba bot tersebut terlanggar sesuatu objek menyebabkan ia terbalik dan karam.

“Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya namun tidak berjaya diselamatkan oleh rakannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seterusnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh pasukan Bomba Kinabatangan, bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hidupan Liar, dan penduduk kampung.

Namun, mangsa masih belum dijumpai, dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 7:39 malam dan akan disambung keesokan hari.

Perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/lelaki-hilang-disyaki-dibaham-buaya-selepas-bot-karam-di-sg-kg-bilit/feed/ 0 66018
Kanak-kanak maut dibaham buaya di Pantai Sinakut, Felda Sahabat https://sabahmedia.com/2024/10/13/kanak-kanak-maut-dibaham-buaya-di-pantai-sinakut-felda-sahabat/ https://sabahmedia.com/2024/10/13/kanak-kanak-maut-dibaham-buaya-di-pantai-sinakut-felda-sahabat/#respond Sun, 13 Oct 2024 11:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62162
Read Time:1 Minute, 19 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti mandi manda di Pantai Sinakut Felda Sahabat 16, Desa Kencana pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Denis Rodi berusia 10 tahun itu ditemui telah meninggal dunia dengan kecederaan serius putus kepala dan tangan kanan akibat dibaham buaya tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku semasa seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun lima orang rakannya menjalankan aktiviti mandi manda di Pantai Sinakut.

“Semasa mandi mangsa telah disambar dan diseret oleh seekor buaya ke tengah laut Sinakut.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dibuat oleh keluarga dan penduduk kampung tetapi tidak berjaya dijumpai, kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Desa Kencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dzulbaharin, seramai empat anggota daripada Balai Desa Kencana bergegas ke tempat kejadian untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat bersama dengan penduduk kampung.

“Pada jam 9.26 pagi, mangsa telah ditemui 600 meter daripada tempat kejadian dan telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan putus kepala dan tangan sebelah kanan.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin menyeru mana-mana individu telah melihat kejadian ini boleh menghubungi Inspektor Junis Bulansor @ Matius, Ketua Polis Balai, Balai Polis Desa Kencana, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian 013-8742128.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di kawasan yang dikenal pasti terdapat buaya agar tidak membahayakan diri sendiri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/13/kanak-kanak-maut-dibaham-buaya-di-pantai-sinakut-felda-sahabat/feed/ 0 62162
Pekerja am ladang sawit maut dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/09/20/pekerja-am-ladang-sawit-maut-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/09/20/pekerja-am-ladang-sawit-maut-dibaham-buaya/#respond Wed, 20 Sep 2023 11:43:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42176
Read Time:1 Minute, 17 Second

LAHAD DATU: Seorang pekerja am ladang sawit maut dipercayai dibaham buaya ketika sedang menangkap ketam bersama tiga rakannya di kawasan perairan Kampung Tinagian, Tanjung Labian dekat sini pada awal pagi Rabu (20 Sept).

Mangsa seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun, mayatnya ditemukan dalam keadaan tertiarap di tepi pantai dengan kesan gigitan dan calar di bahagian tangan, kepala dan badan pada jam 7.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu, ketiga-tiga rakan melihat mangsa dibaham buaya dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mangsa hilang dari kawasan berkenaan.

“Seterusnya, pada jam lebih kurang 7.20 pagi, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kampung Tanjung Batu.

“Semasa mayat mangsa ditemui terdapat kesan gigitan iaitu di bahagian lengan kiri dan kepala serta mempunyai kesan calar di bahagian dada serta di belakang leher dan punggung mangsa.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr. Rohan Shah, satu siasatan laporan mati mengejut telah dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu berhubung dengan kejadian ini.

Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat Lahad Datu terutamanya yang menjalankan aktiviti di laut atau sungai agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di persisiran pantai terhadap reptilia ini yang mengancam nyawa manusia. Ini merupakan kes yang pertama bagi tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/20/pekerja-am-ladang-sawit-maut-dibaham-buaya/feed/ 0 42176
Nelayan hilang, dipercayai dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/#respond Thu, 20 Jul 2023 11:40:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38645
Read Time:48 Second

TAWAU: Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot pada jam 4 pagi dalam kejadian di Kampung Sungai Mas – Mas Nasib Kita dekat sini pada Rabu (19 Julai).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebaik menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, makluman mangsa dibaham buaya di Kampung Mas-Mas Nasib Kita Tawau, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, menurut laporan pengadu yang juga adik mangsa memaklumkan abangnya Addi Bangsa, 60, dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot berseorangan sekitar jam 4 pagi semalam (17 Julai).

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi bantuan polis menggunakan bot dengan kaedah ‘Surface Searching’ dengan radius pencarian 3 kilometer di sepanjang muara sungai berkenaan.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemui. Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan akan disambung pada esok hari (21 Julai). Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/nelayan-hilang-dipercayai-dibaham-buaya/feed/ 0 38645
Mayat lelaki dibaham buaya ditemui hari ini https://sabahmedia.com/2023/05/11/mayat-lelaki-dibaham-buaya-ditemui-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/05/11/mayat-lelaki-dibaham-buaya-ditemui-hari-ini/#respond Thu, 11 May 2023 09:11:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34175
Read Time:1 Minute, 1 Second

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika mencuci tangan dan kaki di tepi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 di sini, pada Selasa lalu, mayatnya telah ditemui hari ini.

Mayat mangsa Rudi Amirrudin, 28, ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung pada hari ke-3 SAR dilancarkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, jasad mangsa ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna hari ke-3 SAR dilancarkan pada jam 10:30 pagi tadi (11 Mei), satu kilometer dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Seterusnya mangsa tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11:30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 Mei lalu, menurut saksi, sebelum kejadian mangsa melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estate bersempadan dengan Sungai Rawog.

“Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya dan operasi SAR dilancarkan sebaik sahaja menerima laporan kehilangan mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/11/mayat-lelaki-dibaham-buaya-ditemui-hari-ini/feed/ 0 34175
Lelaki dilaporkan hilang, dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/05/10/lelaki-dilaporkan-hilang-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/lelaki-dilaporkan-hilang-dibaham-buaya/#respond Wed, 10 May 2023 09:47:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34128
Read Time:58 Second

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang mencuci kaki dan tangan di tepi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 dekat sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Bilik Kawalan Balai terima panggilan daripada Balai Polis Kinabatangan terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan dibaham buaya di lokasi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, Beluran pada 9 Mei 2023 jam 3.51 petang.

Katanya, menurut saksi, sebelum kejadian mangsa melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estate bersempadan dengan Sungai Rawog.

“Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, hari ini adalah hari ke-2 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan di sekitar lokasi berkenaan namun sehingga kini mangsa yang dikenali sebagai Rudi Amirrudin berusia 28 tahun itu masih belum ditemui.

“Walau bagaimanapun usaha pencarian bersama agensi lain masih dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/lelaki-dilaporkan-hilang-dibaham-buaya/feed/ 0 34128