Dibaham – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Jun 2024 10:46:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dibaham – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki 9 tahun maut disyaki dibaham buaya https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/#respond Sun, 23 Jun 2024 10:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56433
Read Time:43 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut disyaki dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay dekat sini tengahari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengahari tadi (23 Jun) terdapat seorang kanak-kanak lelaki disyaki dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti bermandi-manda di sungai tersebut.

“Pasukan Bomba dari Balai Sandakan bertindak menjalankan operasi mencari mangsa dengan kaedah surface rescue.

“Mangsa berjaya dijumpai pada jam 3:05 petang oleh orang kampung, 500 meter dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, keadaan mangsa semasa dijumpai iaitu badan mangsa sempurna hanya terdapat bekas gigitan buaya di bahagian rusuk dan lutut mangsa sahaja.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/feed/ 0 56433
Pekerja ladang hilang selepas dibaham buaya https://sabahmedia.com/2023/01/30/pekerja-ladang-hilang-selepas-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/pekerja-ladang-hilang-selepas-dibaham-buaya/#respond Mon, 30 Jan 2023 12:39:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28761
Read Time:1 Minute, 21 Second

SEMPORNA: Seorang pekerja ladang hilang selepas dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing bersama rakan-rakannya di Sungai Pegagau dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan (Supt) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat aduan orang awam yang menyatakan terdapat seorang pekerja ladang Pegagau telah dibaham buaya semasa
memancing bersama rakan yang lain seramai tujuh orang di sungai tersebut pada jam 3.30 petang semalam (29 Jan).

Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 36 itu telah memancing di pinggir bakau, kemudian tali pancing mangsa tersangkut di dalam air, mangsa bertindak mengambil kayu panjang satu depa bagi melepaskan tali pancing yang tersangkut, tiba-tiba seekor buaya telah muncul dan membaham kedua kaki mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa adalah warganegara asing merupakan pekerja ladang Pegagau di Semporna.

Dalam pada itu, pada jam 4.00 petang hari sama, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat di jalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, dibantu oleh pekerja ladang Pegagau serta penduduk kampung di lokasi sekitar kawasan Sungai Pegagau.

“Mayat mangsa ditemui bersama buaya namun ditarik semula ke dalam sungai setelah pasukan SAR menghampiri mangsa,” kata Farhan.

Operasi SAR dijalankan di Sungai Pegagau. – Foto ihsan PDRM Semporna.

Menurutnya, pada Isnin (30 Jan) jam 8.00
pagi sehingga jam 2.00 petang ini Balai Polis Semporna, Pasukan Polis Merin Semporna bersama Jabatan Hidupan Liar Tawau dan Bomba Semporna meneruskan operasi SAR
di kawasan sama, namun mangsa masih belum ditemui.

Sementara itu, Farhan turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di sungai atau laut dan menjauhi kawasan sungai yang menjadi habitat kepada buaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/pekerja-ladang-hilang-selepas-dibaham-buaya/feed/ 0 28761
Mayat Mangsa Dibaham Buaya Dijumpai https://sabahmedia.com/2021/10/10/mayat-mangsa-dibaham-buaya-dijumpai/ https://sabahmedia.com/2021/10/10/mayat-mangsa-dibaham-buaya-dijumpai/#respond Sun, 10 Oct 2021 10:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7378
Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Mayat seorang mangsa wanita yang hilang di sungai Kg Serudung Laut Kalabakan semalam, dipercayai dibaham buaya telah dijumpai oleh penduduk kampung di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tawau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9 Oktober 2021, jam 8.19 malam bahawa mangsa tersebut telah hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kg Serudung Laut Kalabakan.

Katanya, sepasukan anggota Bomba telah dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati benar terdapat seorang mangsa dibaham buaya setelah mengambil maklumat daripada keluarga mangsa.

“Walau bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dijalankan atas risiko kawasan kejadian dan SAR hari kedua diteruskan pada 10 Oktober 2021.

“Mangsa telah meninggal dunia dikenali sebagai Fosanih Nansel, 22, dijumpai kira-kira 300 meter daripada lokasi mangsa dibaham buaya oleh penduduk kampung pada jam 8.00 pagi tadi.

“Dengan bantuan pihak Bomba, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan pada jam 10:27 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/10/mayat-mangsa-dibaham-buaya-dijumpai/feed/ 0 7378