Dibenarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Jan 2022 12:18:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dibenarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Guru Kemas Dibenarkan Berpolitik, Kembali Semula Peraturan Lama – Mahdzir Khalid https://sabahmedia.com/2022/01/24/guru-kemas-dibenarkan-berpolitik-kembali-semula-peraturan-lama-mahdzir-khalid/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/guru-kemas-dibenarkan-berpolitik-kembali-semula-peraturan-lama-mahdzir-khalid/#respond Mon, 24 Jan 2022 12:18:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11512
Read Time:1 Minute, 16 Second

GUA MUSANG: Kebenaran kepada guru-guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terbabit dalam politik adalah bersifat mengembalikan semula peraturan lama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kebenaran itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

“Guru KEMAS dan juga Penyelia KEMAS, mereka bukan kategori DG, mereka di bawah KEMAS seperti Perdana Menteri sebut dibolehkan.

“Guru kemas tiada masalah dari dahulu (terlibat dalam politik), tetapi zaman PH (Pakatan Harapan) dia keluarkan satu pekeliling, sekarang bukan zaman PH, macam dahulu baliklah sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Lembagan Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu yang membenarkan guru KEMAS terbabit dalam politik.

Jelas Mahdzir, isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu.

“Kebenaran itu bagaimanapun sedikit berlainan dengan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang mempunyai struktur perjawatan yang membabitkan jawatan diperingkat pengurusan.

“Maksudnya guru-guru yang tidak memegang jawatan pengurusan, guru-guru ini adalah paling ramai sekali adalah dari DG41, akan naik hingga ke DG54 dan ke Jusa, dalam perkhidmatan guru tidak banyak yang boleh naik hingga ke Jusa sebab tidak banyak perjawatan itu, jadi dia akan berhenti di DG54.

“Tetapi kalau DG54 dia jadi PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) atau Pengetua Sekolah atau bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri, itu ada masalah sikit kalau nak pegang jawatan dalam politik sebab dia ada jawatan yang dia pegang,” jelas Mahdzir.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/guru-kemas-dibenarkan-berpolitik-kembali-semula-peraturan-lama-mahdzir-khalid/feed/ 0 11512
Masyarakat Digesa Terus Patuhi SOP Kendiri Meskipun Rentas Daerah & Rentas Negeri Dibenarkan – Masidi https://sabahmedia.com/2021/10/13/masyarakat-digesa-terus-patuhi-sop-kendiri-meskipun-rentas-daerah-rentas-negeri-dibenarkan-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/masyarakat-digesa-terus-patuhi-sop-kendiri-meskipun-rentas-daerah-rentas-negeri-dibenarkan-masidi/#respond Wed, 13 Oct 2021 14:07:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7497
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Masyarakat digesa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kendiri yang telah digariskan agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan Rentas Daerah adalah dibenarkan mulai 14 Oktober 2021 dan Rentas Negeri dibenarkan bermula 1 November 2021 tetapi ianya tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

“Masyarakat digesa terus mematuhi SOP kendiri setiap masa untuk mengekang penularan jangkitan baharu COVID-19,” tegasnya.

Masidi berkata, kes kembali meningkat hari ini sebanyak 44 kes menjadikan 751 kes positif baharu dicatatkan di Sabah. Namun, bilangan pesakit COVID-19 sembuh hari ini iaitu 1,145 lebih tinggi berbanding kes positif baharu.

Sehubungan dengan itu, perbandingan antara jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang hari ini dengan masing-masing 13 daerah mencatatkan peningkatan dan penurunan serta satu daerah iaitu Kuala Penyu mengekalkan catatan sebagaimana semalam, “ujarnya.

Katanya, terdapat lapan daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tenom (+32) kes, Sandakan (+28) kes, Kota Kinabalu (+19) kes, Tuaran (+15) kes, Kota Belud (+12) kes, Penampang (+12) kes, Beaufort (+10) kes dan Tambunan (+10) kes.

Walau bagaimanapun, kes sebenar yang didaftarkan sejak 24 jam lepas hanyalah 507 kes atau 67.51% daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas dua hari keputusan diketahui.

Dalam pada itu, sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Sandakan manakala Kudat mencatatkan dua kes kematian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/masyarakat-digesa-terus-patuhi-sop-kendiri-meskipun-rentas-daerah-rentas-negeri-dibenarkan-masidi/feed/ 0 7497
Panggung Wayang Dibenarkan Beroperasi Mulai Sabtu https://sabahmedia.com/2021/09/16/panggung-wayang-dibenarkan-beroperasi-mulai-sabtu/ https://sabahmedia.com/2021/09/16/panggung-wayang-dibenarkan-beroperasi-mulai-sabtu/#respond Thu, 16 Sep 2021 13:55:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6435
Read Time:24 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan membenarkan panggung wayang untuk beroperasi mulai Sabtu di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, panggung wayang dibenarkan beroperasi mulai Sabtu, 18 September 2021.

“Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untu membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi.

“Aktiviti panggung wayang ini dibenarkan beroperasi dengan syarat pekerja dan penonton telah lengkap divaksin, dan dengan kapasiti 50% dewan tayangan pawagam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/16/panggung-wayang-dibenarkan-beroperasi-mulai-sabtu/feed/ 0 6435