Diberi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Jan 2024 11:53:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Diberi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Konsep Geopark di tiga daerah perlu diberi nafas baharu – Christina https://sabahmedia.com/2024/01/21/konsep-geopark-di-tiga-daerah-perlu-diberi-nafas-baharu-christina/ https://sabahmedia.com/2024/01/21/konsep-geopark-di-tiga-daerah-perlu-diberi-nafas-baharu-christina/#respond Sun, 21 Jan 2024 06:35:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48293
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA BELUD: Konsep Geopark menggabungkan tiga elemen khususnya pelancongan, budaya dan alam sekitar, yang saling berkaitan perlu diberi nafas baharu di tiga daerah yang membentuk Tapak Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) iaitu Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud agar ia lebih mampan sekali gus meningkatkan ekonomi masyarakat setempat, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Menurut Christina, konsep Geopark bertepatan dengan peranan yang dimainkan oleh kementerian beliau, terutamanya berkaitan pelancongan berasaskan komuniti.

“Pemuliharaan budaya menjadi tumpuan utama kami di ketiga-tiga daerah ini. Khazanah budaya asli sesetengah kumpulan etnik tercermin dalam tradisi, pakaian tradisional, seni persembahan dan perayaan etnik mereka.

“Pelbagai tarikan pelancong sudah wujud di kawasan Geopark ini sebagai destinasi pelancongan yang memberi peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Memandangkan potensi Geopark Global UNESCO Kinabalu dalam sektor pelancongan dan kebudayaan, kami kini sedang merancang pembangunan produk pelancongan baharu dan mampan selaras dengan pemashyuran oleh kerajaan negeri hari ini oleh Ketua Menteri,” katanya semasa berucap Majlis Pemashyuran Kinabalu UNESCO GLobal Geopark dan Pelancaran Sambutan Jubli Intan Taman-Taman Sabah di Dataran Kota Belud, di sini pada Sabtu.

Selain itu, Christina berkata, kepelbagaian flora dan fauna serta landskap geologi yang unik juga menjadi tarikan utama pelancong di kawasan geopark ini.

“Kepelbagaian flora dan fauna serta landskap geologi adalah antara ciri unik yang luar biasa di kawasan geopark ini. Kepelbagaian sebegini dengan sendirinya merupakan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi yang bernilai tinggi dan perlu diterokai oleh masyarakat tempatan dalam Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau,” ujarnya.

Pada majlis itu, Christina turut memberi penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi merealisasikan pengisytiharan berprestij Kinabalu Geopark sebagai Kinabalu UNESCO Global Geopark.

Katanya, selepas melalui pelbagai cabaran sejak tujuh tahun lalu, inisiatif Kinabalu Geopark akhirnya membuahkan hasil yang positif.

Dalam pada itu juga, Christina turut memberi penghargaan kepada jabatan, agensi, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana telah menyumbang ke arah Pengisytiharan Kinabalu Geopark sebagai Geopark Global UNESCO Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/21/konsep-geopark-di-tiga-daerah-perlu-diberi-nafas-baharu-christina/feed/ 0 48293
Cadangan bina bangunan Sekolah Menengah di Limbahau diberi perhatian sewajarnya – Juil https://sabahmedia.com/2023/11/28/cadang-bina-bangunan-sekolah-menengah-di-limbahau-diberi-perhatian-sewajarnya-juil/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/cadang-bina-bangunan-sekolah-menengah-di-limbahau-diberi-perhatian-sewajarnya-juil/#respond Tue, 28 Nov 2023 07:50:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45802
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim merayu agar cadangan untuk pembinaan sekolah menengah di Limbahau diberikan perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Persekutuan.

Katanya, di Limbahau tidak mempunyai sekolah menengah, dengan kedudukan geografinya yang jauh daripada bandar dan pekan besar sekolah menengah berasrama juga diperlukan.

“Jika diperincikan, pelajar-pelajar Limbahau buat masa ini terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut yang hanya ada kapasiti kira-kira 1,000 pelajar.

“Memandangkan ia melebihi kapasiti, dua sesi persekolahan terpaksa dilaksanakan dan asrama juga tidak dapat menampung keperluan penduduk yang sebilangannya daripada Limbahau,” katanya pada sesi perbahasan berkaitan Belanjawan Negeri Sabah untuk Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Menurut Juil, sudah empat kali beliau mengemukakan keperluan pembinaan sekolah menengah itu agar dapat direalisaikan di Limbahau.

“Rasanya ini sudah kali keempat saya mengemukakan keperluan mendesak daripada rakyat-rakyat Limbahau untuk pembinaan sekolah menengah ini.

“Pada sidang-sidang DUN terdahulu, saya menyatakan bahawa lokasi untuk sekolah menengah ini sudah pun dikenal pasti di Kg Gana seluas 30 ekar,” katanya.

Beliau juga telah berhubungan dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara itu.

“Saya telah pun berhubung dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara ini, dan difahamkan, jabatan itu kekal dengan keputusannya untuk sekolah yang dicadangkan dibina di tapak yang sudah ditetapkan.

“Bagaimanapun peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak dapat disalurkan selagi tapak ini masih menjadi hak milik Kerajaan Negeri. Oleh itu, pemindahan hak milik tanah ini kepada Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk peruntukan ini dapat disalurkan.

“Justeru, saya mencadangkan agar pembinaan sekolah ini dapat direalisasikan menggunakan pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau boleh, Datuk Speaker, saya mahu sekolah ini dapat ini dibina dengan tanah ini dikekalkan hak miliknya dengan Kerajaan Sabah tanpa perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/cadang-bina-bangunan-sekolah-menengah-di-limbahau-diberi-perhatian-sewajarnya-juil/feed/ 0 45802