Diberi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Jul 2023 09:27:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Diberi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah diberi taklimat mengenai Triti Laut Sulawesi https://sabahmedia.com/2023/07/06/sabah-diberi-taklimat-mengenai-triti-laut-sulawesi/ https://sabahmedia.com/2023/07/06/sabah-diberi-taklimat-mengenai-triti-laut-sulawesi/#respond Thu, 06 Jul 2023 09:26:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37809
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat peringkat tinggi mengenai Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun antara Malaysia dan Indonesia.

Hajiji berkata, Sabah sentiasa berada dalam gelung perkembangan terkini dan rundingan berterusan untuk menentukan sempadan dan kawasan yang menjadi pertikaian dalam sempadan maritim kita.

“Sabah akan menghormati Perjanjian, tetapi kami juga mahu memastikan hak Sabah utuh dan semua isu diselesaikan secara baik (dalam rundingan yang sedang dijalankan),” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.

Menurut Hajiji, perjanjian antara Malaysia dan Indonesia Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun lalu semasa lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia telah hangat diperkatakan dalam sidang Parlimen lalu.

“Ia telah dijadikan isu politik dan fakta telah dimanipulasi,” katanya.

Jawatankuasa itu diberi taklimat bahawa Triti Laut Sulawesi hanya menyentuh sempadan laut wilayah di luar Pulau Sebatik, bukan pelantar benua dan di luar Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Taklimat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Luar Peguam Negara Persekutuan Alfian Yang Amri, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Luar Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib dan Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Sr Powzy Mohd Som.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Dato’ Makhzan Mahyuddin, Penasihat Khas Ketua Menteri (Perhubungan Antarabangsa) Senator Tan Sri Anifah Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Komander Bahagian Kelima Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman Wahab dan Pengarah Keselamatan Sabah Datuk Noor Alam Khan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/06/sabah-diberi-taklimat-mengenai-triti-laut-sulawesi/feed/ 0 37809
35% Dividen Diberi Kepada Ahli KPSM Kota Marudu Berhad https://sabahmedia.com/2021/11/22/35-dividen-diberi-kepada-ahli-kpsm-kota-marudu-berhad/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/35-dividen-diberi-kepada-ahli-kpsm-kota-marudu-berhad/#comments Mon, 22 Nov 2021 09:11:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8729
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA MARUDU: Pekebun Kecil Sawit di Kota Marudu khususnya Ahli Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Kota Marudu Berhad Sabah (KPSM) bertuah kerana menerima dividen 35 peratus daripada KPSM.

Pengerusi KPSM Kota Marudu Berhad, Matuzal Timbuang berkata, KPSM mendapat keuntungan hasil daripada pengurusan KPSM yang baik dan keuntungan ini dikembalikan kepada semua ahli.

“Dividen ini tepat pada masanya sejajar desakan dan kekangan pandemik COVID-19 ketika ini. Lebih ramai lagi dijangka akan mendapat manfaat menerusi bantuan ini pada masa akan datang dan diharap lebih ramai lagi pekebun kecil sekitar Daerah Kota Marudu menyertai KPSM.

“Sudah tentu kami amat bersyukur pemberian dividen ini, sekurang-kurangnya koperasi kami adalah koperasi yang dapat memberi pulangan yang tinggi berbanding institusi yang lain. Harap ini dapat memberi semangat kepada semua ahli koperasi” jelas Matuzal.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) pada 21 November 2021, ahli lembaga koperasi sememangnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalanan perniagaan koperasi berjalan lancar dan teratur.

Menurutnya, ahli koperasi amat berbesar hati dan gembira dengan pemberian dividen yang tinggi tersebut.

Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Kota Marudu Sabah Berhad telah ditubuhkan pada 28 Mac 2018 dan beroperasi Kg. Sumbilingon, Jalan Marak Parak Kota Marudu Sabah.

Penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan ini adalah sejajar dengan matlamat negara untuk mengeluarkan minyak sawit mampan yang mesra alam.

Penubuhan KPSM adalah inisiatif kerajaan untuk menyatukan pekebun kecil sawit individu di bawah satu payung supaya mereka boleh menjalankan aktiviti ke arah menjaga kepentingan bersama terutama dalam meningkatkan produktiviti kebun dan taraf sosio – ekonomi pekebun kecil.

Jualan kelompok BTS anggota KPSM merupakan aktiviti utama KPSM untuk meningkatkan pendapatan ahli. Pihak KPSM akan menawarkan harga BTS terbaik kepada anggota.

“Sebelum ini kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menyediakan bantuan pembinaan pusat timbang serta pinjaman mudah tanpa faedah, dan yang terkini adalah bantuan pembelian jentera secara padanan,” tambah Matuzal lagi.

Dalam pada itu, ahli-ahli koperasi penanam sawit juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Awang Rusli Mohamad atas perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-2.

“Sebagai pengerusi KPSM, saya ingin merakamkan ucapan khas terima kasih kepada MPOB, SKM, barisan ALK dan semua anggota KPSM di atas usaha gigih mereka dalam memajukan koperasi sehingga berjaya memberi pulangan dividen yang tinggi kepada ahli secara keseluruhan”, kata Matuzal.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/35-dividen-diberi-kepada-ahli-kpsm-kota-marudu-berhad/feed/ 1 8729
Beri Galakkan Satu Sama Lain Tampil Untuk Mendaftar Dan Diberi Vaksin Covid-19 – Dr Roland Chia. https://sabahmedia.com/2021/06/08/beri-galakkan-satu-sama-lain-tampil-untuk-mendaftar-dan-diberi-vaksin-covid-19-dr-roland-chia/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/beri-galakkan-satu-sama-lain-tampil-untuk-mendaftar-dan-diberi-vaksin-covid-19-dr-roland-chia/#respond Tue, 08 Jun 2021 04:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=778
Read Time:1 Minute, 10 Second

8 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen bersama dengan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Taman Wangsa di Telipok kira-kira 15km dari Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini. 

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada para barisan hadapan dan pihak pengurusan yang menjaga benteng pertahanan untuk memerangi penularan Covid-19 kepada 240 unit rumah yang mempunyai lebih dari 800 penghuni semasa tempoh PKPD ini. 

Semasa lawatan tersebut, Dr Roland Chia Ming Shen memuji Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang telah memulakan program vaksinasi Covid-19 mereka untuk menjangkau program bergerak dengan memberi vaksin kepada warga emas di kebanyakan rumah orang tua di sekitar daerah Kota Kinabalu. 

Dr Roland Chia berharap masyarakat memahami bahawa semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan melakukan yang terbaik untuk memerangi wabak ini. 

“Orang ramai tidak boleh menjauhi vaksinasi dan sebaliknya harus memberi galakkan satu sama lain tampil untuk mendaftar dan diberi vaksin Covid-19,” kata Dr Roland Chia.

Tambahnya, untuk mengatasi wabak ini, imuniti berkelompok sangat penting untuk terus maju. 

Dalam pada yang sama, Dr Roland Chia menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Pengarah Urusan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, kerana telah menyumbangkan 1000 keping produk roti dan krim roti kepada penghuni Pangsapuri Taman Wangsa, Telipok.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/beri-galakkan-satu-sama-lain-tampil-untuk-mendaftar-dan-diberi-vaksin-covid-19-dr-roland-chia/feed/ 0 778