Dibina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Oct 2023 11:32:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dibina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekretariat Daerah Kecil Kiulu akan dibina tidak lama lagi https://sabahmedia.com/2023/10/10/sekretariat-daerah-kecil-kiulu-akan-dibina-tidak-lama-lagi/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/sekretariat-daerah-kecil-kiulu-akan-dibina-tidak-lama-lagi/#respond Tue, 10 Oct 2023 10:46:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43431
Read Time:1 Minute, 18 Second

KIULU: Pembinaan Sekretariat Daerah Kecil Kiulu yang menelan kos RM5 juta itu akan dimulakan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertindak segera untuk mengangkat Kiulu menjadi sebuah daerah kecil dalam tempoh tiga bulan selepas berupaya memastikan pembinaan sekretariat itu.

“Kami akan membangunkan Kiulu sebagai pusat pelancongan kerana ia mempunyai antara pengendali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di negeri ini, yang mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai telah bekerja keras untuk menjadikan Kiulu sebagai hab pelancongan CoBT,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kiulu di Dewan Masyarakat di sini, hari ini.

Hajiji yang merupakan presiden Gagasan Rakyat juga menggesa ahli parti supaya berwaspada budaya fitnah yang berleluasa dalam media sosial.

“Saya mahu semua ahli kita memperbetulkan semua tuduhan palsu yang tersebar di media sosial ini
oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan telah mencapai banyak kejayaan namun ramai yang mahu memfitnah dan menafikannya. Kita tidak boleh membiarkan orang ramai terganggu dengan tindakan mereka ini,
pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pengerusi GRS itu berkata adalah penting bagi Gagasan Rakyat untuk bekerjasama dengan rakan parti menggagalkan percubaan untuk menggugat kestabilan kerajaan.

Hajiji juga memberi jaminan dia akan berjuang untuk semua parti di Kiulu.
Bagaimanapun, sebagai Ketua Menteri, beliau berkata beliau akan berjuang untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Hadir sama, ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Bahagian, Gagasan Rakyat Kiulu, Janih Bangud dan pemimpin parti komponen, termasuk Setiausaha Agung STAR, Datuk Edward Linggu dan Naib Presiden UPKO, Fairuz Bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/sekretariat-daerah-kecil-kiulu-akan-dibina-tidak-lama-lagi/feed/ 0 43431
Projek perumahan rakyat akan dibina di Kg Serusup https://sabahmedia.com/2023/03/22/projek-perumahan-rakyat-akan-dibina-di-kg-serusup/ https://sabahmedia.com/2023/03/22/projek-perumahan-rakyat-akan-dibina-di-kg-serusup/#respond Wed, 22 Mar 2023 00:44:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31254
Read Time:1 Minute, 11 Second

TUARAN: Satu lagi projek perumahan rakyat akan dibina di Kampung Serusup, 4 kilometer dari pekan di sini, di mana kerajaan negeri menyediakan 1,853 unit rumah mampu milik untuk golongan B40.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, LPPB dijangka melaksanakan projek tersebut dalam tempoh terdekat sebaik sahaja perjanjian tambahan usahasama (kali kedua) dengan pemaju ditandatangani selepas bulan Ramadan ini.

Katanya, seluas 15.61 ekar di dua lokasi berdekatan telah diwartakan untuk mendirikan perumahan tersebut mengandungi lima blok apartmen yang menelan belanja RM406 juta, ” katanya semasa melawat tapak cadangan projek itu, semalam.

Menurut Masiung, daripada bilangan itu, tiga blok apartment mengandungi 1,062 unit dibina di tapak seluas 8.92 ekar.

“Selebihnya, dua blok lagi mengandungi 792 unit dibina bersebelahan di atas tanah seluas 6.69 ekar dengan jarak lokasi 500 meter,” katanya.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut berkata, projek perumahan mampu milik berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri memenuhi keperluan tempat kediaman rakyat terutama golongan B40.

Beliau berkata, projek perumahan itu dijangka siap pada 2025. Setiap unit rumah apartmen mengendungi dua bilik akan dijual pada kadar RM250 ribu ke atas.

“Perumahan mampu milik itu dilaksanakan secara usahasama dengan pemaju tempatan,” katanya.

Semasa lawatan tapak itu, Masiung diiringi Timbalanya, Datuk Jamilah Antalip dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah LPPB. Pengurus Besar, Rosemary Ahping, Pengurus Komersial, Della Sindul dan Pegawai Tanah, Isidore Lajawah dan turut hadir bersama wakil Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/22/projek-perumahan-rakyat-akan-dibina-di-kg-serusup/feed/ 0 31254