Dibuka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Mar 2024 15:30:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dibuka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 OPS PANTAU: 231 premis diperiksa di Sabah, empat kertas siasatan dibuka untuk tindakan https://sabahmedia.com/2024/03/16/ops-pantau-231-premis-diperiksa-di-sabah-empat-kertas-siasatan-dibuka-untuk-tindakan/ https://sabahmedia.com/2024/03/16/ops-pantau-231-premis-diperiksa-di-sabah-empat-kertas-siasatan-dibuka-untuk-tindakan/#respond Sat, 16 Mar 2024 15:24:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51167
Read Time:1 Minute, 56 Second

PAPAR: Sebanyak 231 premis di Sabah telah diperiksa sepanjang pelaksanaan OPS PANTAU oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bilangan aduan yang diterima adalah sebanyak 16 dan sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan, kata Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, OPS PANTAU 2024 dilaksanakan secara berfokus di seluruh negara dengan
lokasi tumpuan adalah seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam,
pasar basah, hypermarket, supermarket, premis borong, mini market dan kedai runcit.

“Pemeriksaan di bawah OPS PANTAU 2024 memberikan fokus ke atas beberapa perkara, antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan dan kepatuhan halal,” katanya pada sidang media semasa mengadakan walkabout di Bazar Ramadan untuk Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di Tapak Tamu Mingguan di sini pada Sabtu.

Armizan berkata, KPDN turut mempertingkatkan keberadaan 2,200 orang anggota penguat kuasa di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna termasuklah melalui penggunaan Van STAR (Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna) dan Kereta Peronda bagi mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika.

“Selain itu, pegawai pemantau harga (PPH) KPDN seramai 900 orang juga turut sama digerakkan bagi membantu pelaksanaan pemantauan
harga di lapangan.

“Mengikut statistik sejak 12 Mac yang lalu sehingga kini di seluruh negara, sebanyak 6,566 premis telah diperiksa sepanjang pelaksanaan OPS PANTAU ini, bilangan aduan yang diterima adalah sebanyak 226 dan sebanyak 26 kertas
siasatan telah dibuka untuk tindakan,” katanya.

Pada masa sama, Armizan turut memaklumkan pihak KPDN masih meneruskan pelaksanaan OPS KESAN di seluruh negara bagi memantau kesan pelaksanaan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dari enam peratus kepada lapan peratus.

“Berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan oleh anggota penguat kuasa KPDN sebanyak 7,527 premis telah diperiksa, aduan yang diterima pula adalah sebanyak 25 dan 409 notis telah dikeluarkan
kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala
perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya sepanjang bulan
Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri sebagai usaha mempromosikan amalan perniagaan yang beretika selaras dengan pengenalan konsep Biz-Berkat oleh Kementerian.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan seperti berikut:

i. WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN; dan
v. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) : 03-8882 6245 / 6088.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/16/ops-pantau-231-premis-diperiksa-di-sabah-empat-kertas-siasatan-dibuka-untuk-tindakan/feed/ 0 51167
Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu – Jakarta dibuka semula 6 Feb ini https://sabahmedia.com/2024/01/12/penerbangan-airasia-kota-kinabalu-jakarta-dibuka-semula-6-feb-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/12/penerbangan-airasia-kota-kinabalu-jakarta-dibuka-semula-6-feb-ini/#respond Fri, 12 Jan 2024 06:55:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47872
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji langkah pihak syarikat penerbangan AirAsia mengembalikan semula laluan Kota Kinabalu ke Jakarta pada 6 Februari ini.

Datuk Christina Liew

Beliau berkata ia adalah tindakan yang tepat pada masanya, memandangkan permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan ke luar negara, berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia untuk pelancong dari semua negara pada April 2022.

“Ini juga merupakan langkah terbaik berikutan perayaan Tahun Baharu Cina akan datang di mana orang ramai boleh memilih untuk bercuti ke luar negara.

“Justeru, kami mengalu-alukan penerbangan sulung AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu selepas pandemik, dan difahamkan bahawa ini adalah penerbangan antarabangsa kesepuluh syarikat penerbangan itu ke Sabah.

“Kami difahamkan kekerapan penerbangan adalah tiga kali seminggu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

AirAsia dijadualkan berlepas dari Jakarta ke Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari (waktu Jakarta) pada 6 Februari, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 3.55 petang (waktu Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/12/penerbangan-airasia-kota-kinabalu-jakarta-dibuka-semula-6-feb-ini/feed/ 0 47872