Dibunuh suami – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Sep 2026 13:33:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dibunuh suami – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita maut dipercayai dibunuh suami di rumah pekerja ladang https://sabahmedia.com/2026/09/29/wanita-maut-dipercayai-dibunuh-suami-di-rumah-pekerja-ladang/ https://sabahmedia.com/2026/09/29/wanita-maut-dipercayai-dibunuh-suami-di-rumah-pekerja-ladang/#respond Tue, 29 Sep 2026 13:31:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104428
Read Time:1 Minute, 26 Second

TAWAU: Seorang wanita warga Indonesia ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah pekerja Ladang Felda Umas 6, Jalan Kalabakan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 4.55 petang, 28 September 2026.

Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun dan bekerja di ladang berkenaan sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di rumah pekerja terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan pada kira-kira jam 8.16 malam.

“Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun yang juga suami mangsa,” katanya.

Rosdi berkata, suspek turut mengalami kecederaan di bahagian leher selepas dipercayai mengelar dirinya sendiri menggunakan sebilah sabit dan kini menerima rawatan di Hospital Tawau.

Katanya, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher dan tangan.

“Polis turut menemukan dan merampas beberapa barang kes termasuk sebilah sabit serta sebatang kayu untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hubungan rumah tangga selepas pasangan berkenaan pulang daripada bercuti.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk pemeriksaan forensik, analisis DNA, laporan perubatan dan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Rosdi berkata, sebarang pengakuan awal suspek masih tertakluk kepada pengesahan melalui bukti-bukti lain yang diperoleh sepanjang siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Tawau, Asisten Superintenden Maliki Majuni di talian 017-898 9171 atau mana-mana balai polis berhampiran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/29/wanita-maut-dipercayai-dibunuh-suami-di-rumah-pekerja-ladang/feed/ 0 104428