dibunuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Nov 2024 15:23:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dibunuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan https://sabahmedia.com/2024/11/21/lelaki-ditemui-mati-dibunuh-suspek-berjaya-ditahan/ https://sabahmedia.com/2024/11/21/lelaki-ditemui-mati-dibunuh-suspek-berjaya-ditahan/#respond Thu, 21 Nov 2024 13:19:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64179
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Seorang lelaki ditemui mati tertiarap berlumuran darah oleh orang awam dipercayai telah dibunuh di kawasan semak di belakang perkampungan di Kampung Balibata dekat sini pada Rabu.

Wong Leong Meng

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, pihak polis tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi tadi (21 Nov) sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan penemuan mayat itu.

Katanya, mangsa seorang lelaki dipercayai warga Filipina dan tidak mempunyai sebarang dokumen diri.

“Hasil siasatan oleh pihak polis mendapati, mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dan ditemui dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di atas tanah yang berlumuran darah.

“Turut ditemui dua kesan tetakan di bahagian siku lengan sebelah kiri dan di bahagian belakang leher mangsa yang mana kesan luka ini dipercayai disebabkan tetakan oleh senjata tajam,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Wong, selepas OP Tutup serta OP Kesan yang dilancarkan oleh beliau sendiri selaku Ketua Polis Daerah Beaufort bersama sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort dan sepasukan polis dari Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah telah berjaya mengesan dan menangkap suspek kurang daripada 24 jam selepas kejadian.

“Suspek seorang lelaki berumur lingkung 70-an warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen diri telah ditangkap di kawasan berhampiran sekitar Kg Balibata, Beaufort.

“Turut dirampas senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian ini. Kejadian ini dipercayai bermotifkan dendam.

“Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/21/lelaki-ditemui-mati-dibunuh-suspek-berjaya-ditahan/feed/ 0 64179
Pekerja cuci kereta maut dibunuh rakan sekerja https://sabahmedia.com/2023/12/27/pekerja-cuci-kereta-maut-dibunuh-rakan-sekerja/ https://sabahmedia.com/2023/12/27/pekerja-cuci-kereta-maut-dibunuh-rakan-sekerja/#respond Wed, 27 Dec 2023 01:06:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47177
Read Time:1 Minute, 48 Second

KENINGAU: Seorang pekerja tukang cuci kenderaan maut dipercayai dibunuh oleh rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah premis cuci kereta di Jalan Apin Apin di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pada jam 2.50 petang (24 Dis) pengadu yang juga Pegawai Parol Daerah Keningau telah menerima panggilan telefon daripada majikan premis cuci kereta tersebut memaklumkan pekerjanya seorang lelaki Orang Bebas Berlesen (OBB) dibawa seliaan Pejabat Parol Keningau yang bekerja di sana telah tidak sedarkan diri disyaki terjatuh ketika dalam perjalanan ke Hospital Keningau.

“Pada hari yang sama jam lebih kurang 11.08 pagi, mangsa yang berumur 52 tahun itu telah dimaklumkan oleh Unit Kecemasan Hospital Keningau bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia serta disahkan Positif Covid-19.

“seterusnya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Unit Forensik Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yampil berkata, siasatan awal mendapati bahawa kes ini merupakan kes Mati Mengejut (SDR) menurut laporan awal mangsa terjatuh dimaklumkan oleh suspek yang juga rakan sekerjanya bertujuan hendak menyembunyikan fakta sebenar kejadian.

“Namun terdapat dua orang saksi mata utama yang menyaksikan secara langsung kejadian itu iaitu seorang pekerja dan anak kandung majikan masing-masing lelaki berusia 26 dan 15 tahun.

“Punca kejadian suspek seorang lelaki yang berumur 30 tahun itu merasa tidak puas hati dengan mangsa kerana malas bekerja dan sering bertengkar mulut,” katanya.

Menurut Yampil lagi, mangsa dan suspek merupakan OBB yang masih menjalani hukuman penjara dan juga rakan sekerja serta tinggal di tempat yang sama milik majikan mereka sejak empat bulan yang lepas dengan gaji RM600 sebulan.

Berikutan dengan kes itu, Yampil berkata, rakaman percakapan Doktor Perubatan di Unit Forensik memaklumkan bahawa terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala mangsa yang belum dapat dipastikan puncanya manakala hasil CT Scan mendapati terdapat kesan retak pada tengkorak yang mungkin menyebabkan pendarahan dalaman otak.

“Tangkapan dan rampasan barang kes (dipandu arah oleh suspek) telah berjaya dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Keningau sebaik sahaja laporan polis dirujuk kepada BSJ Keningau.

“Suspek mempunyai rekod tiga kes jenayah lampau iaitu Seksyen 379KK, 380KK, 414KK dan dua kes narkotik.

“Kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/27/pekerja-cuci-kereta-maut-dibunuh-rakan-sekerja/feed/ 0 47177
Lelaki mati dibunuh dalam pergaduhan di Penampang https://sabahmedia.com/2023/12/24/lelaki-mati-dibunuh-dalam-pergaduhan-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2023/12/24/lelaki-mati-dibunuh-dalam-pergaduhan-di-penampang/#respond Sun, 24 Dec 2023 05:27:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47070
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu dengan menggunakan senjata parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintenden Sammy Newton berkata, pada jam 4.44 pagi tadi (24 Dis) pihak polis menerima aduan awam mengenai satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki dengan menggunakan senjata jenis parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati terdapat satu lelaki warga asing, berumur 29 tahun, terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada tubuh badan mangsa.

“Mangsa telah dilaporkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas dari Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sammy, kes masih dalam siasatan pihak polis dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Pihak polis meminta saksi-saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan
Jenayah IPD Penampang, Asistan Superintenden Andi Ma’ Mur Halwati di talian 019-5853918.

“Pihak polis juga menyeru orang ramai supaya tidak meyebarkan gambar di tempat kejadian dan memuatnaik atau menyebarkan sebarang info yang tidak sahih DI platform media sosial yang boleh mengundang kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/24/lelaki-mati-dibunuh-dalam-pergaduhan-di-penampang/feed/ 0 47070