Diburu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Jul 2024 11:33:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Diburu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga suspek diburu berkaitan kes kematian anak pemilik restoran terkenal di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/07/26/tiga-suspek-diburu-berkaitan-kes-kematian-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/tiga-suspek-diburu-berkaitan-kes-kematian-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/#respond Fri, 26 Jul 2024 11:33:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58105
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Polis Sandakan sedang giat memburu tiga suspek lelaki untuk membantu siasatan kes kematian seorang anak pemilik restoran terkenal di Sandakan yang mayatnya ditemui di kawasan ladang Kampung Sungai Memanjang semalam.

Tiga suspek yang diburu iaitu Mohd Jasmin Rusman, 24, atau Achok, Mohamad Zulfaizie Hanafie Mohd Firdaus, 24, dan seorang lagi dikenali sebagai Komeng berusia 20-an.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan K Ramasamy berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, telah berkenalan dan berkawan dengan seorang wanita iaitu adik kepada suspek, Mohd Jasmin.

“Berdasarkan maklumat orang hilang, mangsa kali terakhir dilihat bersama suspek Mohd Jasmin sebelum dilaporkan hilang kira-kira pukul 4 pagi pada Ahad lalu (21 Julai).

“Difahamkan mangsa dengan Mohd Jasmin berjumpa kerana ada perselisihan faham yang mahu mereka bincangkan pada pagi itu,” kata K Ramasamy pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini.

Susulan daripada itu, K Ramasamy berkata, seorang wanita yang juga bekas isteri suspek Mohd Jasmin telah ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, semalam pihak polis menerima maklumat dari orang awam pada jam 10.50 pagi (25 Julai) berkenaan penemuan sebuah kenderaan terbakar di kawasan ladang tersebut.

“Seterusnya sepasukan polis menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut telah menjumpai satu mayat yang tidak sempurna lebih kurang 16 meter dari kereta tersebut dalam kawasan hutan berhampiran.

“Hasil siasatan dijalankan di lokasi berdasarkan kepada pakaian dan seluar mangsa yang dijumpai ianya merujuk kepada kes orang hilang yang telah disiasat.

“Mangsa dipercayai anak kepada pemilik restoran terkenal di Sandakan dilaporkan hilang sejak empat hari lalu sebelum mayatnya ditemukan pada Khamis,” katanya.

Menurut K Ramasamy, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan dan bedah siasat serta pengecaman mayat akan dijalankan pada hari esok (27 Julai).

“Setakat ini, motif adalah perselisihan faham berkaitan dengan hubungan mangsa dengan adik Mohd Jasmin.

“Pasukan penyiasat forensik masih ditempat kejadian untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dijumpai.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/tiga-suspek-diburu-berkaitan-kes-kematian-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/feed/ 0 58105
Tiga tahanan melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN berjaya diberkas semula, seorang masih diburu https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/#respond Sun, 01 Aug 2021 13:09:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3934
Read Time:1 Minute, 12 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan berjaya memberkas tiga daripada empat tahanan yang melarikan diri di Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata dalam kenyataan media hari ini, tiga dari empat tahanan lelaki yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 Di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang berjaya diberkas semula oleh Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang kurang dari 24 jam masa kejadian.

Menurutnya, Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang telah berjaya memberkas ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi.

Kejayaan pasukan BSJD telah dibantu oleh pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal dalam mengesan ketiga-tiga tahanan iaitu Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz,20 dan Salman Arip, 19.

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu Mohd Rahman Basir, 24.

Semua suspek ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/379 akta yang sama.

Mohd Haris menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/feed/ 0 3934