didenda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Jun 2026 10:28:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png didenda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga lelaki didenda RM2,000 miliki ikan tangkap guna bahan letupan https://sabahmedia.com/2026/06/09/tiga-lelaki-didenda-rm2000-miliki-ikan-tangkap-guna-bahan-letupan/ https://sabahmedia.com/2026/06/09/tiga-lelaki-didenda-rm2000-miliki-ikan-tangkap-guna-bahan-letupan/#respond Tue, 09 Jun 2026 10:28:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97961
Read Time:52 Second

TAWAU: Tiga lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memiliki ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan.

Tertuduh, Tarasani Baltapa, 50, Jumsele Ingsang, 38, dan Mahandi Sabturani, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didapati memiliki 10 ekor ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan ketika berada di sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran di perairan Tanjung Kiraz pada jam 2.30 petang, 2 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap setiap tertuduh. Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, mereka boleh dipenjarakan selama tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Laester Bulun, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/09/tiga-lelaki-didenda-rm2000-miliki-ikan-tangkap-guna-bahan-letupan/feed/ 0 97961
Gagal jelaskan wang dalam akaun, lelaki didenda RM100 https://sabahmedia.com/2025/02/19/gagal-jelaskan-wang-dalam-akaun-lelaki-didenda-rm100/ https://sabahmedia.com/2025/02/19/gagal-jelaskan-wang-dalam-akaun-lelaki-didenda-rm100/#respond Wed, 19 Feb 2025 03:47:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68984
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J.EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas gagal memberikan penjelasan memuaskan mengenai wang yang ditemui dalam akaun banknya.

Mohammad Mazuan Ibrahim, 37, didakwa memiliki wang sebanyak RM3,630 yang merupakan milik seorang lelaki dalam akaun miliknya pada 13 Mac 2024. Kejadian itu berlaku sekitar jam 7.39 malam hingga 9.29 malam di Pangkalan TLDM Jalan Mawilla 2, Teluk Sepanggar.

Mahkamah diberitahu bahawa wang tersebut disyaki diperoleh secara curang dan tertuduh gagal menjelaskan bagaimana wang itu diterima.

Susulan itu, Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman denda RM100 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut selepas Mohammad Mazuan mengaku bersalah pada Selasa (18 Feb).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Bab 80) Negeri Sabah, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh mendakwa dirinya mengalami kesulitan kewangan dan telah memberikan butiran akaun banknya kepada seorang ejen pinjaman wang.

“Saya tidak menerima apa-apa daripada penipuan ini,” katanya di hadapan mahkamah.

Dalam kes berasingan, seorang wanita turut didenda RM100 atau tiga bulan penjara atas kesalahan yang sama.

Zahty Irma Husin, 42, mengaku bersalah memiliki wang berjumlah RM14,722.94 yang ditemui pada 1 November 2023 di Wisma IDS Jalan Lintas.

Sementara itu, seorang lagi lelaki turut didenda RM100 kerana memiliki barangan yang disyaki diperoleh secara curang.

Mohamed Baharom Othman mengaku bersalah memiliki dua rim beserta tayar motosikal jenama Michelin yang dipercayai barang curi. Barang-barang itu ditemui pada 15 Februari 2025 di Kg. Delima Melayu, Manggatal, dan tertuduh gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai pemilikan barang tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Yusdi Basri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/19/gagal-jelaskan-wang-dalam-akaun-lelaki-didenda-rm100/feed/ 0 68984
Lelaki tempatan didenda RM15,000, ambil dan guna diesel melebihi had kuantiti https://sabahmedia.com/2024/03/28/lelaki-tempatan-didenda-rm15000-ambil-dan-guna-diesel-melebihi-had-kuantiti/ https://sabahmedia.com/2024/03/28/lelaki-tempatan-didenda-rm15000-ambil-dan-guna-diesel-melebihi-had-kuantiti/#respond Thu, 28 Mar 2024 05:39:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51776
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan telah dijatuhkan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas kesalahan mengambil dan menggunakan diesel melebihi had kuantiti.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazlan Emarula dan memutuskan agar hasil jualan minyak diesel
sebanyak RM13,437.50 dirampas dan dilucuthak dijadikan hasil kerajaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh telah menjelaskan denda.

Menurut fakta pertuduhan, kesalahan dilakukan pada 19 Mei 2023 kira-kira jam 4.00 pagi di Stesen Minyak Petron Minitod, Penampang.

Tertuduh telah ditahan bersama barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 6,250 liter yang berada di dalam tangki tiga buah lori.

Pihak polis telah menahan suspek dan barang kes (ekshibit) sebelum menyerahkan kes kepada KPDN Sabah.

Sementara itu, Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas menerusi kenyataan media hari ini berkata, tertuduh telah didakwa di mahkamah kerana telah menimbulkan syak munasabah bahawa ianya telah melakukan kesalahan melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 iaitu dalam perjalanan perniagaan telah menggunakan dan mengambil Barang Kawalan Berjadual minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama.

“Sehubungan itu telah dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama.

“Kejayaan ini adalah mencerminkan kerjasama erat pihak KPDN Sabah dengan agensi-agensi penguatkuasa lain, yang setakat ini telah menghasilkan 67 serahan kes dari Januari hingga 28 Mac 2024 dengan nilai rampasan RM2,014.091.75 daripada pelbagai Agensi Penguatkuasaan termasuklah
PDRM, PPM, PGA, ATM dan JKDM.

“Kes-kes tersebut masih dalam proses siasatan,” katanya.

Menurut Georgie, bagi tempoh yang sama, KPDN Sabah telah mendaftar sebanyak 14 kes di Mahkamah dan enam kes telah selesai pendakwaan dengan jumlah denda sebanyak RM37,500.00. Sementara lapan kes masih dalam prosiding mahkamah.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai agar menyalurkan maklumat sebarang salah laku atau penyelewengan barang kawalan.

Katanya, penyaluran maklumat boleh dibuat kepada mana-mana pejabat cawangan KPDN berdekatan atau melalui platform aduan seperti berikut:
i) Aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii) Portal Aduan: [email protected];
iii) Call centre 1 800 886 800;
iv) Emel ke [email protected]; dan
v) Aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/28/lelaki-tempatan-didenda-rm15000-ambil-dan-guna-diesel-melebihi-had-kuantiti/feed/ 0 51776
Suri rumah didenda RM8,000 beri maklumat palsu pinda status agama https://sabahmedia.com/2024/02/23/suri-rumah-didenda-rm8000-beri-maklumat-palsu-pinda-status-agama/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/suri-rumah-didenda-rm8000-beri-maklumat-palsu-pinda-status-agama/#respond Fri, 23 Feb 2024 06:13:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49965
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Seorang suri rumah didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memberikan maklumat palsu ketika memohon pindaan ke atas status agama MyKadnya.

Tertuduh Nur Sarimah Subuka, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Dia melakukan kesalahan itu dengan mengemukakan dokumen Perintah Mahkamah Syariah Kota Kinabalu palsu pada 12 Sept 2023 jam 3.53 petang di kaunter Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, Nur Sarimah datang ke Bahagian Kad Pengenalan JPN Kota Kinabalu untuk meminda butiran MyKadnya iaitu status agama dan namanya.

Dia telah menyerahkan borang permohonan itu bersama-sama dokumen sokongan seperti MyKad, sijil kelahiran, dan Perintah Permohonan Menukar Taraf Agama Islam daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu untuk diproses.

Bagaimanapun, proses panel JPN Putrajaya mendapati Perintah tersebut yang didakwa daripada Mahkamah Syariah Kota Kinabalu adalah palsu yang membawa kepada penahanan dan didakwa di mahkamah hari ini.

Sementara itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Lim Ming Zoong @ Lawrence, menggesa agar diringankan dengan mengatakan bahawa tertuduh adalah seorang suri rumah dan mempunyai dua anak.

Menurut Lim, Nur Sarimah dimaklumkan oleh seorang individu (ejen) bahawa permohonannya akan berjaya selagi ada bayaran sebagai pertukaran agama Islam kepada Kristian.

Katanya, Nur Sarimah mahu menukar status agamanya sekarang kepada Kristian kerana dibesarkan dalam keluarga yang tidak bahagia. Bapanya telah meninggalkan mereka dan dia dibesarkan sendiri oleh ibunya, seorang ibu tunggal dengan latar belakang Kristian.

Pegawai Pendakwa JPN Mohd Faizal Tahir menggesa agar hukuman pencegahan dikenakan terhadap tertuduh.

“Adalah penting untuk diingat bahawa tindakan ini mempunyai implikasi serius terhadap integriti sistem perundangan dan kepercayaan orang ramai terhadap kejujuran. Walaupun mengaku salah, tindakan ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberi perhatian oleh mahkamah.

“Kegagalan untuk menjatuhkan hukuman yang sewajarnya akan memberi isyarat yang salah kepada orang ramai dan boleh menggalakkan orang lain terlibat dalam aktiviti yang sama.

“Oleh itu, kami menggesa mahkamah untuk mempertimbangkan implikasi serius daripada tindakan defendan dan mengenakan hukuman yang setimpal sebagai penghalang dan menegakkan keadilan dalam masyarakat,” kata Mohd Faizal.

Difahamkan tertuduh membayar denda tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/suri-rumah-didenda-rm8000-beri-maklumat-palsu-pinda-status-agama/feed/ 0 49965
Kilang sawit didenda RM15,000 lepaskan efluen lebih had https://sabahmedia.com/2023/05/10/kilang-sawit-didenda-rm15000-lepaskan-efluen-lebih-had/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/kilang-sawit-didenda-rm15000-lepaskan-efluen-lebih-had/#respond Wed, 10 May 2023 04:10:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34114
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda RM15,000 terhadap sebuah kilang kelapa sawit kerana melepaskan efluen melebihi had ditetapkan.

Hakim Noor Hafizah membuat keputusan itu selepas wakil syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditentukan di bawah Syarat Jadual Pematuhan Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127).

Berdasarkan pertuduhan, kilang kelapa sawit yang beroperasi di Sandakan itu didapati telah melepaskan efluen dengan kepekatan oksigen biokimia yang diperlukan (BOD), 30⁰C melebihi had 20 mg/l yang ditetapkan dalam lesen, selama tiga hari.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah Jissamy Jimmy.

JAS menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/kilang-sawit-didenda-rm15000-lepaskan-efluen-lebih-had/feed/ 0 34114