KOTA KINABALU : Kerajaan mengumumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat di negara ini diturunkan kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa mulai Julai ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, pembaharuan penyasaran subsidi diesel itu akan dilaksanakan seragam di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan baharu itu akan menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara, termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi,” menurut kenyataan itu di sini pada Ahad.
Kementerian Kewangan berkata, langkah berkenaan amat penting dalam situasi krisis Asia Barat yang terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global, selain memastikan subsidi kerajaan hanya dinikmati rakyat Malaysia.
Pada masa sama, pelaksanaan penyasaran subsidi itu dijangka dapat mengurangkan ketirisan serta kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi yang berlaku akibat jurang harga yang ketara antara diesel bersubsidi dan diesel tanpa subsidi.
Ketika ini, diesel dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak di Sabah dan Sarawak, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi di Semenanjung mencecah RM4.37 seliter.
Ketika ini, diesel dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak di Sabah dan Sarawak, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia mencecah RM4.37 seliter.
Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel, harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi.
Pada masa yang sama, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter.
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini akan diumumkan oleh Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, esok. – SABAH MEDIA
]]>SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan telah menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan diesel dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Melayu, Batu 8, Sandakan pada Rabu. (22 Mac)

Ketua Cawangan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Sandakan, Azdy Zukkry John, berkata hasil serbuan pada jam 4.00 petang itu, pasukannya telah menjumpai dan menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel di dalam skid tank beserta alat-alat yang disyaki digunakan untuk menyeleweng iaitu sebuah skid tank berkapasiti 10,000 liter, satu unit engine pump, dan hos dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM9,600.00.
Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan berumur 64 tahun yang dipercayai pekerja di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Risikan telah dijalankan selama tiga hari oleh KPDN Cawangan Sandakan sebelum serbuan dijalankan.
“Berdasarkan keterangan awal, pekerja di lokasi tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azdy berkata, sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen. Siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1)akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.
Tambah beliau, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” jelasnya.
Justeru katanya, KPDN Cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran berikut:
1) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
2) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
3) Call Centre 1-800-886-800;
4) Emel: [email protected] ;
5) Ez ADU KPDN;
6) Hadir sendiri ke Pejabat KPDN yang berdekatan;
7) Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC): 03 – 8882 6088 / 6245;
8) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan; dan
9) Bilik Gerakan KPDN Negeri (senarai nombor talian sila layari portal
rasmi)