diesel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Jul 2026 08:31:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png diesel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kaji semula pelaksanaan subsidi diesel bagi pengusaha pelancongan di Sabah – Jafry https://sabahmedia.com/2026/07/20/kaji-semula-pelaksanaan-subsidi-diesel-bagi-pengusaha-pelancongan-di-sabah-jafry/ https://sabahmedia.com/2026/07/20/kaji-semula-pelaksanaan-subsidi-diesel-bagi-pengusaha-pelancongan-di-sabah-jafry/#respond Mon, 20 Jul 2026 08:31:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100193
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa mempertimbangkan semula pelaksanaan subsidi diesel bagi pengusaha pelancongan di Sabah yang kini berdepan peningkatan kos operasi susulan pelaksanaan dasar berkenaan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana ramai pengusaha pelancongan di negeri ini, khususnya di kawasan pulau dan destinasi luar bandar, bergantung kepada diesel untuk menggerakkan bot pelancong, menjana bekalan elektrik serta memastikan operasi harian berjalan lancar.

Beliau berkata, tanpa penyelesaian segera, ramai pengusaha dijangka berdepan tekanan kewangan yang serius sehingga berkemungkinan terpaksa mengurangkan operasi, memberhentikan pekerja atau menutup perniagaan seperti yang berlaku ketika pandemik COVID-19.

“Kita tidak boleh membiarkan industri yang sedang bangkit semula selepas pandemik kembali terjejas hanya kerana kos operasi yang semakin membebankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut Jafry, sektor pelancongan merupakan antara tonggak utama ekonomi Sabah dengan menyumbang kira-kira 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.

Katanya, industri itu turut menjana sehingga RM13.7 bilion hasil tahunan serta menyediakan sekitar 387,600 peluang pekerjaan, mewakili lebih 22 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di Sabah.

“Ini bukan sekadar soal subsidi diesel. Ini adalah soal kelangsungan ekonomi negeri, kelangsungan ribuan perusahaan tempatan serta mata pencarian ratusan ribu rakyat Sabah yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada industri pelancongan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil kira realiti geografi Sabah serta keunikan operasi industri pelancongan negeri dengan memperkenalkan mekanisme subsidi diesel yang lebih adil, fleksibel dan bersasar kepada pengusaha pelancongan yang benar-benar layak.

Jafry berkata, melindungi industri pelancongan hari ini bermakna melindungi ekonomi Sabah pada masa depan kerana keputusan yang dibuat ketika ini akan menentukan sama ada industri berkenaan terus berkembang atau kembali berdepan krisis seperti yang dialami ketika pandemik COVID-19.

Beliau menegaskan Kerajaan Negeri akan terus membawa suara pemain industri dan berharap Kerajaan Persekutuan dapat bertindak segera bagi memastikan sektor pelancongan Sabah kekal berdaya saing, mampan serta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/20/kaji-semula-pelaksanaan-subsidi-diesel-bagi-pengusaha-pelancongan-di-sabah-jafry/feed/ 0 100193
Kuota BUDI Diesel di Sabah, Sarawak perlu dikaji semula – Masiung https://sabahmedia.com/2026/07/12/kuota-budi-diesel-di-sabah-sarawak-perlu-dikaji-semula-masiung/ https://sabahmedia.com/2026/07/12/kuota-budi-diesel-di-sabah-sarawak-perlu-dikaji-semula-masiung/#respond Sun, 12 Jul 2026 03:13:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99727
Read Time:2 Minute, 7 Second

BELURAN: Pelaksanaan subsidi bersasar BUDI Diesel di Sabah dan Sarawak berpotensi menimbulkan isu serius sekiranya dasar itu tidak diperincikan semula mengikut keperluan sebenar rakyat di kedua-dua negeri.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana pelaksanaannya berisiko menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di wilayah Borneo terhadap dasar baharu kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Pengundi Luar Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Kuamut di Dewan Kampung Tonoting, Ulu Sapi, Nangoh, dekat sini, semalam.

Menurut Masiung, kuota subsidi sebanyak 200 liter sebulan tidak sesuai dengan keadaan geografi Sabah dan Sarawak yang mempunyai keluasan kawasan serta jarak perjalanan jauh, khususnya di kawasan pedalaman.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan Persekutuan menaikkan kuota subsidi kepada antara 300 hingga 500 liter bagi setiap kenderaan diesel.

“Bentuk muka bumi dan keluasan Sabah serta Sarawak tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri kecil di Semenanjung Malaysia.

“Suara rakyat Borneo juga tidak boleh dipandang sebelah mata kerana kedua-dua negeri ini merupakan antara penyumbang utama industri minyak dan gas negara,” katanya.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, syarat kelayakan BUDI Diesel yang dianggap terlalu ketat turut menyukarkan ramai rakyat mendapatkan subsidi berkenaan.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan melonggarkan syarat kelayakan dan menyelaraskan pelaksanaan subsidi diesel dengan mekanisme subsidi petrol bagi memudahkan rakyat.

“Subsidi bersasar BUDI Diesel memberi tekanan kepada pemilik kenderaan persendirian, terutama di kawasan pedalaman.

“Kita menghormati usaha kerajaan Persekutuan membendung ketirisan subsidi diesel, namun jarak perjalanan di Sabah dan Sarawak jauh berbeza berbanding Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kuota 200 liter sebulan adalah tidak praktikal memandangkan penduduk di kawasan pedalaman perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan perkhidmatan asas atau berurusan di bandar.

Sebagai contoh, katanya, penduduk di kawasan Kuamut perlu memandu antara lima hingga enam jam untuk ke Kota Kinabalu, dengan penggunaan diesel dianggarkan sekitar 100 liter bagi perjalanan sehala. Ini bermakna perjalanan pergi dan balik boleh menghabiskan kira-kira 200 liter dalam sehari.

“Perlu diingat, kawasan Kuamut di daerah Tongod lebih luas daripada negeri Kedah dan hampir menyamai keluasan Johor.

“Ramai petani dan penduduk luar bandar juga menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan atas nama sendiri kerana dibeli melalui pinjaman syarikat atau kaedah sambung bayar. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak layak memohon subsidi BUDI Diesel.

“Selain itu, masih banyak kawasan pedalaman yang belum mempunyai kemudahan jalan raya dan bekalan elektrik. Penduduk bergantung kepada bot sebagai pengangkutan serta generator diesel untuk menjana elektrik, namun mereka tidak menikmati subsidi dan terpaksa membeli diesel pada harga RM3.97 seliter,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/12/kuota-budi-diesel-di-sabah-sarawak-perlu-dikaji-semula-masiung/feed/ 0 99727
Kerajaan dijangka jimat RM2 bilion setahun menerusi Budi Madani Diesel – Amir Hamzah https://sabahmedia.com/2026/06/22/kerajaan-dijangka-jimat-rm2-bilion-setahun-menerusi-budi-madani-diesel-amir-hamzah/ https://sabahmedia.com/2026/06/22/kerajaan-dijangka-jimat-rm2-bilion-setahun-menerusi-budi-madani-diesel-amir-hamzah/#respond Mon, 22 Jun 2026 12:41:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98687
Read Time:2 Minute, 13 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA : Pelaksanaan Budi Madani Diesel (Budi Diesel) pada harga RM2.10 seliter mulai Julai ini dijangka membawa penjimatan hingga RM2 bilion setahun menerusi pengurangan ketirisan subsidi bahan api di dalam negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pembaharuan penyasaran subsidi diesel itu bertujuan menyelaraskan mekanisme subsidi diesel di seluruh negara melalui satu sistem yang seragam, telus dan mudah digunakan.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan prinsip kerajaan untuk memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang berhak, selain menjamin kestabilan bekalan diesel di dalam negara.

“Melalui penyasaran subsidi ini, kita mampu menjimatkan hingga RM2 bilion setahun. Penjimatan ini akan dipulangkan kepada rakyat melalui pengurangan harga diesel kepada RM2.10 seliter,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Amir Hamzah berkata sebelum ini, tanggungan subsidi petrol dan diesel kerajaan adalah kira-kira RM800 juta sebulan, namun meningkat mendadak kepada hampir RM4.7 bilion pada Mac dan RM4.9 bilion pada April susulan lonjakan harga minyak dunia.

Pada masa sama, beliau berkata penggunaan diesel turut meningkat luar biasa daripada kira-kira 624 juta liter sebulan kepada hampir 1.2 bilion liter sebulan, sekali gus menunjukkan wujud ketirisan yang serius.

Amir Hamzah berkata ketirisan itu antaranya berlaku melalui penyeludupan rentas sempadan dan penyalahgunaan saluran subsidi, apabila pihak yang sepatutnya membeli diesel tidak bersubsidi mendapatkan bekalan diesel bersubsidi di stesen minyak.

Beliau berkata situasi itu bukan sahaja memberikan tekanan kepada fiskal kerajaan, malah boleh mengganggu dan mengancam bekalan diesel di dalam negara.

Di Sabah dan Sarawak, katanya, penggunaan diesel juga menunjukkan pola luar biasa apabila penggunaan semasa hampir dua bilion liter setahun berbanding anggaran keperluan sebenar kira-kira satu bilion liter setahun.

Beliau berkata situasi itu menunjukkan terdapat ketirisan hingga satu bilion liter setahun yang perlu ditangani secara lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, Amir Hamzah berkata kerajaan memperkenalkan BUDI Diesel menggunakan mekanisme pengesahan MyKad seperti BUDI RON95 bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang layak menerima subsidi.

“Sebanyak 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian akan menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad di bawah mekanisme BUDI Diesel di semua stesen minyak di Malaysia,” katanya.

Bagi penerima sedia ada BUDI Diesel individu, bantuan tunai bulanan RM400 akan digantikan dengan subsidi diesel secara langsung melalui pengesahan MyKad di stesen minyak.

Katanya, penerima sedia ada akan dipindahkan ke mekanisme baharu itu secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan tambahan.

“Sebagai persediaan pelaksanaan penuh pada 1 Julai ini, akses awal BUDI Diesel akan dibuka mulai 27 Jun 2026 kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia,” katanya.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/22/kerajaan-dijangka-jimat-rm2-bilion-setahun-menerusi-budi-madani-diesel-amir-hamzah/feed/ 0 98687
KPDN Sabah tumpas penyelewengan diesel, rampasan lebih RM22,000 https://sabahmedia.com/2026/04/14/kpdn-sabah-tumpas-penyelewengan-diesel-rampasan-lebih-rm22000/ https://sabahmedia.com/2026/04/14/kpdn-sabah-tumpas-penyelewengan-diesel-rampasan-lebih-rm22000/#respond Tue, 14 Apr 2026 06:28:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94852
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 4.0 dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di sekitar bandar ini, pada Isnin (13 April).

Pegawai Penguat Kuasa sedang memeriksa peralatan tangki tambahan haram di salah sebuah kenderaan yang disita. -Foto ihsan KPDN Sabah

Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin, menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyelewengan barang kawalan bersubsidi kerana ia menjejaskan kepentingan rakyat serta ekonomi negara.

“Semua pihak termasuk pengusaha stesen minyak perlu mematuhi sepenuhnya undang-undang bagi memastikan penyaluran subsidi dilaksanakan secara adil, telus dan berkesan.

“KPDN Sabah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas tanpa pengecualian terhadap mana-mana pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Operasi kira-kira jam 12.05 tengah hari itu dijalankan hasil risikan Unit Risikan Sabah sebelum sepasukan anggota penguat kuasa KPDN digerakkan ke lokasi bagi tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua kenderaan yang diparkir di pam nombor enam dan lapan disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan diesel secara terancang.

“Kedua-dua kenderaan berkenaan didapati menggunakan tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) berkapasiti 1,000 liter dengan anggaran 800 liter diesel bagi setiap kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah dengan mengisi diesel melalui tangki asal kenderaan sebelum dipindahkan ke dalam tangki IBC menggunakan sistem hos dan pam elektrik yang diubah suai, dipercayai untuk tujuan pengumpulan serta pengedaran diesel bersubsidi secara tidak sah.

“Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an turut diarahkan mengemukakan dokumen berkaitan barang kawalan, buku stok serta resit pembelian dan penjualan diesel, namun gagal berbuat demikian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan melakukan kesalahan,” katanya.

Bagi kes pertama, rampasan melibatkan sebuah kenderaan Isuzu Trooper bersama tangki IBC, pam elektrik, hos getah serta minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM12,695.

Manakala kes kedua membabitkan rampasan sebuah van Toyota Lite Ace, tangki IBC, dua unit pam elektrik, hos getah serta minyak diesel bernilai RM10,050.

Secara keseluruhan, jumlah rampasan bagi kedua-dua kes dianggarkan RM22,745.

Orang awam turut diseru menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan melalui WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN bagi membantu tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih berkesan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/14/kpdn-sabah-tumpas-penyelewengan-diesel-rampasan-lebih-rm22000/feed/ 0 94852
Harga diesel Sabah, Sarawak kekal RM2.15 seliter – PM Anwar https://sabahmedia.com/2026/03/15/harga-diesel-sabah-sarawak-kekal-rm2-15-seliter-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2026/03/15/harga-diesel-sabah-sarawak-kekal-rm2-15-seliter-pm-anwar/#respond Sun, 15 Mar 2026 07:12:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93331
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mengekalkan harga diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri terus menikmati subsidi bahan api yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat tahun ini Kerajaan Persekutuan menanggung subsidi diesel berjumlah kira-kira RM4.6 bilion untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, daripada jumlah itu kira-kira RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Sabah manakala lebih RM2 bilion kepada Sarawak.

Beliau berkata, langkah itu adalah tanggungjawab kerajaan bagi meringankan beban rakyat walaupun kos sebenar diesel jauh lebih tinggi daripada harga yang dibayar pengguna.

“Harga diesel di pam sekarang RM2.15 seliter, tetapi kos sebenar sekitar RM4.30 seliter, hampir dua kali ganda. Maknanya setiap kali rakyat membeli diesel pada harga RM2.15, selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata, perkara itu perlu difahami supaya rakyat mengetahui komitmen besar kerajaan dalam memastikan harga bahan api kekal rendah khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Bukan saya mengeluh, tetapi kita perlu tahu keadaan sebenar. Ada yang memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak peduli nasib rakyat Sabah, sedangkan hakikatnya kerajaan terus menanggung kos yang besar,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan juga menanggung subsidi petrol RON95 yang mencecah kira-kira RM2 bilion setiap bulan atau sekitar RM24 bilion setahun bagi mengekalkan harga semasa.

Menurutnya, kerajaan masih mampu mengekalkan subsidi berkenaan sekurang-kurangnya sehingga Mei tahun ini, sebelum perbincangan lanjut diadakan bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

“Kita masih bertahan sehingga April dan insya-Allah Mei juga. Selepas itu kita perlu duduk berbincang untuk mencari penyelesaian yang terbaik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/15/harga-diesel-sabah-sarawak-kekal-rm2-15-seliter-pm-anwar/feed/ 0 93331