Digalakkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Sep 2023 09:06:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Digalakkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belia digalakkan lanjut pelajaran selepas SPM untuk dapat pekerjaan lebih berkualiti – George Hiew https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/ https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/#respond Wed, 27 Sep 2023 09:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42644
Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin menggalakkan para belia untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Menurut beliau, graduan SPM yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila mereka mencari pekerjaan kelak, tetapi juga menambah ilmu, pengetahuan dan kemahiran mereka untuk berdepan dengan alam kerjaya nanti.

“Saya menggalakkan anak-anak muda kita di Karamunting untuk melanjutkan pelajaran bagi melahirkan lebih banyak lagi tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran, sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan di kawasan Karamunting.

“Ia juga merupakan suatu jalan bagi keluarga miskin di kawasan saya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, iaitu apabila anak-anak muda ini mampu mencari pendapatan yang lebih lumayan dengan kelayakan pendidikan yang lebih tinggi,” katanya di dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada minggu lalu, George telah menyampaikan sumbangan insentif kepada 15 orang pelajar daripada kawasan Karamunting yang bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi, Diploma and Ijazah di pelbagai bidang di luar daerah dan luar negeri.

Katanya, tujuan insentif itu adalah bagi tanda sokongan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Karamunting ke atas usaha belia untuk melanjutkan pelajaran di menara gading, dan pada masa yang sama bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar-pelajar tersebut.

“Saya berharap pelajar-pelajar ini akan cemerlang dan berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi, dan berharap agar mereka akan kembali ke Karamunting untuk berkhidmat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di sini,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/feed/ 0 42644
Individu Yang Layak Digalakkan Ambil Dos Penggalak Bertujuan Memberi Perlindungan Kesihatan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/#respond Fri, 01 Apr 2022 10:21:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13761
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Orang ramai atau individu yang layak digalakkan mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bertujuan memberi perlindungan kesihatan tertinggi dikalangan rakyat di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, setakat ini tidak ada kesesakan mana-mana pusat penerimaan vaksin di Sabah untuk mengambil dos penggalak, namun bagi mereka yang hanya mendapat dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac dan yang berumur 60 tahun ke atas, status mereka adalah tidak lengkap divaksin tertera di aplikasi MySejahtera, bagaimanapun tidak ada penalti atau sebagainya dikenakan.

“kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bertujuan untuk menjaga kesihatan mereka kerana kita dapat makluman dan kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa bagi dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac selepas beberapa bulan, tempoh ketahanan badan akan berkurang.

“Oleh yang demikian, kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bukannya untuk menafikan hak mereka bergerak tetapi untuk menjaga kesihatan mereka,” jelas Shahelmey semasa ditemubual pemberita selepas melancarkan program Kempen Bersih Putatan di perkarangan Pejabat Daerah Putatan pada Jumaat.

Ini adalah berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.

Namun menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) KKM menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, memaklumkan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/feed/ 0 13761