digi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Nov 2024 02:22:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png digi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemilihan U Mobile Sebagai Pengendali 5G Kedua Undang Tanda Tanya, Pakar Tuntut Penjelasan https://sabahmedia.com/2024/11/04/pemilihan-u-mobile-sebagai-pengendali-5g-kedua-undang-tanda-tanya-pakar-tuntut-penjelasan/ https://sabahmedia.com/2024/11/04/pemilihan-u-mobile-sebagai-pengendali-5g-kedua-undang-tanda-tanya-pakar-tuntut-penjelasan/#respond Mon, 04 Nov 2024 02:22:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63271
Read Time:1 Minute, 58 Second

Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan agar lebih telus dalam proses pemilihan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara, dengan beberapa pihak industri menuntut maklumat terperinci mengenai kriteria dan penunjuk prestasi utama yang diguna pakai dalam pemilihan tersebut.

memetik laporan Portal FMT, Tokoh veteran industri internet, Mohamed Awang Lah, menyatakan bahawa keputusan tersebut masih menimbulkan kekeliruan dan menyeru agar butiran pemilihan itu didedahkan kepada umum. “Saya harap perincian syarat dan penunjuk prestasi utama untuk pengendali kedua dijelaskan,” kata Mohamed, bekas ketua eksekutif penyedia internet pertama Malaysia, Jaring.

Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai kenyataan kerajaan yang menyebut bahawa U Mobile ‘dibolehkan’ bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih lain. “Adakah ini bermakna U Mobile boleh beroperasi sendiri?” tanyanya, menggambarkan keraguan terhadap bentuk kerjasama yang dimaksudkan lapor portal itu lagi.

Pada Jumaat lalu, U Mobile, yang dipengerusikan oleh taikun perniagaan Vincent Tan, dipilih untuk melaksanakan peranan sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara. Keputusan ini mengejutkan banyak pihak, termasuk Maxis, yang pada awalnya disangka berpotensi besar untuk memikul peranan tersebut.

Maxis, yang merupakan pengendali rangkaian mudah alih kedua terbesar di Malaysia, mengumumkan bahawa pihaknya akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan penjelasan berkenaan rasional pemilihan U Mobile. Maxis menegaskan bahawa mereka memiliki keupayaan untuk mencapai liputan kawasan berpenduduk yang sama dengan lebih pantas dan efisien

Pengendali terkemuka lain, CelcomDigi, turut menyatakan bahawa mereka berkemampuan untuk memulakan pembinaan rangkaian 5G serta-merta untuk memadankan liputan sedia ada.

Mengulas lanjut, Mohamed menyatakan bahawa pengendalian rangkaian 5G sepatutnya dikendalikan oleh pihak neutral bagi memastikan akses yang adil dan mengelakkan konflik kepentingan antara syarikat. “Lebih baik jika semua syarikat dibenarkan mengendalikan rangkaian 5G mereka sendiri,” katanya.

Ketua rantau Asia-Pasifik untuk persatuan GSM yang berpangkalan di UK, Julian Gorman, juga menyuarakan pandangan serupa. Beliau menggesa agar syarat lesen yang jelas ditetapkan supaya dapat memastikan perkhidmatan 5G yang seimbang dan mengelakkan monopoli dalam pasaran borong. “Manfaat khusus (untuk penyedia perkhidmatan) akan bergantung kepada syarat lesen U Mobile, yang masih belum didedahkan sepenuhnya,” jelas Gorman, yang menganggap pemilihan ini harus merangsang inovasi dalam transformasi 5G untuk menyokong aspirasi digital Malaysia.

Gorman menambah bahawa rangkaian 5G kedua ini diharap akan meningkatkan persaingan dan memungkinkan penyedia perkhidmatan menurunkan harga, menjadikan perkhidmatan 5G lebih mampu milik dan menyeluruh.

Rangkaian 5G ialah generasi kelima teknologi rangkaian mudah alih yang menjanjikan keupayaan menghubungkan segalanya dengan kelajuan tinggi, kapasiti rangkaian yang besar, dan kecekapan yang lebih baik.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/04/pemilihan-u-mobile-sebagai-pengendali-5g-kedua-undang-tanda-tanya-pakar-tuntut-penjelasan/feed/ 0 63271
SKMM lulus penggabungan DIGI-CELCOM https://sabahmedia.com/2022/06/29/skmm-lulus-penggabungan-digi-celcom/ https://sabahmedia.com/2022/06/29/skmm-lulus-penggabungan-digi-celcom/#respond Wed, 29 Jun 2022 01:54:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=17710
Read Time:46 Second

CYBERJAYA — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meluluskan penggabungan Digi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom).

Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata, penggabungan itu akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di negara ini kerana Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan kedua dan ketiga terbesar ketika ini.

SKMM berkata, pihaknya mengeluarkan pernyataan isu kepada pemohon selaras garis panduan penggabungan dan pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 bagi menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau mungkin mengurangkan persaingan ketara dalam pasaran komunikasi.

“Justeru, pemohon mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen pemohon untuk mengatasi isu persaingan yang diketengahkan oleh SKMM di dalam pernyataan isu.

“SKMM telah mempertimbangkan komitmen ditawarkan oleh pemohon dan berpuas hati bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini,” menurut kenyataan itu.

SKMM secara rasmi menerima cadangan penggabungan antara Digi dan Celcom pada 24 Nov tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/29/skmm-lulus-penggabungan-digi-celcom/feed/ 0 17710