Digital – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Sep 2026 01:34:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Digital – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program perantis Go Digital 2026 perkasa usahawan wanita dan belia melalui teknologi digital https://sabahmedia.com/2026/09/05/program-perantis-go-digital-2026-perkasa-usahawan-wanita-dan-belia-melalui-teknologi-digital/ https://sabahmedia.com/2026/09/05/program-perantis-go-digital-2026-perkasa-usahawan-wanita-dan-belia-melalui-teknologi-digital/#respond Sat, 05 Sep 2026 01:19:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102838
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Program Perantis Go Digital 2026 anjuran IKSNita Sabah dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilihat mampu memperkasa usahawan wanita dan golongan belia menerusi penguasaan teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).

Program selama lima hari itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan komuniti, khususnya usahawan wanita dan belia, selain memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi AI dalam pengurusan serta pembangunan perniagaan.

Pengerusi IKSNita Sabah, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen pihaknya dalam menyediakan platform pembangunan kemahiran digital yang bersesuaian dengan keperluan semasa komuniti dan sektor keusahawanan.

Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal

Menurutnya, perkembangan teknologi yang semakin pesat menjadikan penguasaan kemahiran digital sebagai satu keperluan penting bagi memastikan usahawan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap perniagaan.

“Antara pengisian utama program ialah bengkel dan latihan praktikal berkaitan Google Business Profile, penggunaan ChatGPT untuk usahawan, Canva AI, Video AI serta penggunaan AI bagi membantu pengurusan rekod kewangan.

“Melalui Google Business Profile, peserta didedahkan kepada kaedah membina dan mengurus profil perniagaan secara dalam talian bagi meningkatkan keterlihatan perniagaan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Rosmawati Lasuki.

Sementara itu, pengendali kursus, Ts Gs Mahadthir Asbollah berkata, penggunaan ChatGPT memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah menghasilkan dokumen rasmi, prosedur operasi standard (SOP) serta bahan penulisan pemasaran atau copywriting dengan lebih pantas dan sistematik.

Katanya, peserta turut diberi latihan menggunakan Canva AI untuk menghasilkan pelbagai bahan promosi seperti poster, kandungan media sosial dan pembentangan profesional.

“Peserta juga diperkenalkan kepada teknologi Video AI yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan video promosi bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan.

“Dalam bengkel tersebut, peserta dibimbing mengenai penggunaan aplikasi berasaskan AI seperti ChatGPT, Canva AI dan Video AI bagi meningkatkan produktiviti, memperkemas operasi serta memperkukuh daya saing perniagaan,” katanya.

Menurut Mahadthir, program itu turut memberi penekanan kepada aspek praktikal supaya peserta bukan sahaja memahami fungsi teknologi digital dan AI, malah mampu mengaplikasikannya dalam pengurusan serta operasi perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, program berkenaan melibatkan penyertaan pemimpin pelajar universiti dan kolej, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) komuniti, usahawan wanita daripada golongan B40 serta pemimpin belia wanita.

“Pendedahan yang diberikan diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam memanfaatkan teknologi digital dan AI sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan perniagaan masing-masing.

“Penguasaan teknologi ini juga dapat membantu peserta menghasilkan bahan pemasaran dengan lebih berkesan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta membuka peluang kepada mereka untuk memperluaskan pasaran melalui platform digital,” katanya.

Beliau berkata, Program Perantis Go Digital 2026 diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan lebih ramai usahawan digital yang berdaya saing di Sabah.

Katanya, peningkatan keupayaan komuniti dalam memanfaatkan teknologi digital bukan sahaja memberi manfaat kepada pengusaha secara individu, malah berpotensi menyumbang kepada pengukuhan ekonomi komuniti dan pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Program berkenaan turut dilihat sebagai satu usaha berterusan dalam memastikan golongan wanita dan belia tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital, selain mampu memanfaatkan teknologi sebagai alat untuk mengembangkan perniagaan secara lebih inovatif dan mampan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/05/program-perantis-go-digital-2026-perkasa-usahawan-wanita-dan-belia-melalui-teknologi-digital/feed/ 0 102838
Pelaburan Ekonomi Digital Melonjak, Namun Mengapa Sabah Dilihat Terpinggir https://sabahmedia.com/2025/07/13/pelaburan-ekonomi-digital-melonjak-namun-mengapa-sabah-dilihat-terpinggir/ https://sabahmedia.com/2025/07/13/pelaburan-ekonomi-digital-melonjak-namun-mengapa-sabah-dilihat-terpinggir/#respond Sun, 13 Jul 2025 06:59:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77224
Read Time:3 Minute, 36 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan memperkukuh ekonomi digital terus mencatat kejayaan memberangsangkan apabila pelaburan dalam sektor itu melonjak sebanyak 125 peratus pada suku kedua tahun ini. Namun, di sebalik angka-angka mengujakan itu, persoalan ketidakseimbangan pembangunan antara negeri kembali timbul, khususnya membabitkan Sabah.

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) baru-baru ini mengumumkan jumlah pelaburan di bawah inisiatif Digital Malaysia meningkat daripada RM13.11 bilion pada suku pertama kepada RM29.49 bilion pada suku kedua. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan bagi separuh pertama tahun ini mencecah RM42.58 bilion, melibatkan 261 syarikat serta diunjur menjana 17,495 pekerjaan berpengetahuan dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu, pelaburan untuk pembangunan pusat data atau data centre sahaja merangkumi RM13.45 bilion. Negara sumber utama pelaburan pula adalah Singapura (RM13.91 bilion atau 33 peratus), diikuti Amerika Syarikat (RM6.44 bilion) dan China (RM2.97 bilion).

Menurut Menteri Digital, angka pelaburan yang besar ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap kesiapsiagaan dan daya saing ekosistem digital negara.

Faktor Daya Tarikan Malaysia

Pada satu acara industri, Bursa Malaysia–HLIB Stratum Focus Series bertemakan “Data Centre 2.0: The Ecosystem and What’s Next for Malaysia?”, Pengarah Data Centre Transactions JLL Malaysia menyenaraikan beberapa faktor yang menjadikan Malaysia destinasi utama pelaburan pusat data. Antara faktor itu termasuklah bekalan air dan tenaga mencukupi, kos utiliti yang rendah, tenaga kerja berkemahiran serta kestabilan politik.

Beliau turut memaklumkan kapasiti pusat data negara dijangka meningkat lebih tiga kali ganda berbanding kapasiti semasa — daripada 522 megawatt (MW) siap bina pada suku pertama 2025, kepada 1,250 MW yang sedang dibina dan lebih 3,750 MW dalam perancangan.

Lokasi utama tumpuan pelaburan termasuklah Greater Kuala Lumpur seperti pusat bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Cyberjaya, Bukit Jalil, Sungai Buloh dan Puncak Alam. Namun, disebabkan kekangan tanah dan kenaikan kos di kawasan itu, pelaburan mula beralih ke kawasan perindustrian baharu di Johor seperti Kulai, Ulu Tiram dan Iskandar Puteri.

Tidak hairanlah, Johor mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi negara pada 2024 iaitu 6.4 peratus, dipacu oleh ledakan pelaburan pusat data yang melonjakkan sektor pembinaan sebanyak 42.7 peratus.

Sabah Tertinggal Jauh

Malangnya, pembangunan pusat data dilihat amat tidak sekata. Banyak negeri, terutamanya di luar Pantai Barat Semenanjung Malaysia, terus terpinggir. Sabah, misalnya, langsung tidak tersenarai sebagai destinasi pelaburan pusat data utama.

Carian maklumat menunjukkan Sabah belum memiliki pusat data beroperasi. Walaupun pernah diumumkan projek kerjasama Poseidon Technologies dan Permodalan RISDA Berhad bernilai RM119 juta untuk membina General Tier IV Data Centre pertama di Sabah, tiada perkembangan lanjut dilaporkan hingga kini.

Malah, Presiden Sabah Housing and Real Estate Developers Association pada September 2024 mengesahkan Sabah belum memiliki pusat data, sambil menyeru kerajaan persekutuan memperkukuh infrastruktur awam, khususnya bekalan air dan elektrik, sebagai syarat asas menarik pelaburan.

Dua hari lalu pula, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah mengakui di Dewan Undangan Negeri bahawa Sabah belum bersedia menerima pelaburan pusat data akibat isu bekalan utiliti yang berterusan.

Ekonomi Sabah Perlu Dimodenkan

Ketiadaan pelaburan digital menyebabkan Sabah terus bergantung kepada sektor ekonomi tradisional. Pada 2022, sektor pertanian (15.2 peratus) serta perlombongan dan pengkuarian (24.8 peratus) menyumbang 40 peratus kepada KDNK negeri. Pada 2024, kedua-dua sektor ini menyumbang 80.2 peratus kepada eksport Sabah, termasuk petroleum mentah (34.7 peratus), minyak kelapa sawit (28.3 peratus) dan gas asli cecair (7.4 peratus).

Kebergantungan berlebihan ini menyebabkan sebarang penyusutan prestasi sektor terbabit memberi kesan langsung kepada ekonomi negeri. Pada 2024, Sabah mencatatkan pertumbuhan KDNK perlahan 1.1 peratus berikutan penyusutan sektor pertanian (3.4 peratus) dan perlombongan serta pengkuarian (5 peratus).

Bagi melonjakkan pembangunan, Sabah memerlukan pemangkin ekonomi baharu seperti ekonomi digital. Selain berpotensi menjadi pemacu ekonomi bernilai tinggi, ia juga boleh menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran kepada graduan tempatan sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran.

Perlu Komitmen Kerajaan Pusat

Untuk mencapai hasrat itu, komitmen penuh kerajaan persekutuan diperlukan bagi menyelesaikan segera masalah infrastruktur asas di Sabah. Antaranya termasuk memastikan pembayaran penuh Geran Khas Tahunan 40 peratus kepada Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kegagalan memenuhi komitmen ini hanya akan memerangkap Sabah dalam kitaran pembangunan perlahan, manakala rakyatnya terus berdepan kesengsaraan.

Sebagai perbandingan, pada Disember 2024 dilaporkan projek pusat data Tier IV bakal dibangunkan di Bagan Datuk, Perak — sebuah kawasan desa yang terletak lebih 100 kilometer dari bandar utama. Jika Bagan Datuk pun mampu memiliki pusat data, persoalannya: Sabah, bila lagi?

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/13/pelaburan-ekonomi-digital-melonjak-namun-mengapa-sabah-dilihat-terpinggir/feed/ 0 77224
Inisiatif digitasi rekod mudahkan pencarian dokumen lama – Yakub https://sabahmedia.com/2022/10/28/inisiatif-digitasi-rekod-mudahkan-pencarian-dokumen-lama-yakub/ https://sabahmedia.com/2022/10/28/inisiatif-digitasi-rekod-mudahkan-pencarian-dokumen-lama-yakub/#respond Fri, 28 Oct 2022 05:09:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=23468
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif Digitasi Rekod Mahkamah Anak Negeri di negeri ini diyakini mampu mencapai objektifnya selaras dengan elemen yang terkandung dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, elemen berkenaan adalah Ekonomi Digital iaitu bagi Mengintegrasikan Infrastruktur Merentasi Sektor Awam, Perniagaan dan Rakyat.

“Sudah pasti inisiatif digitasi rekod ini adalah untuk menyimpan rekod-rekod lama dan usang dalam bentuk digital selain memulihara rekod-rekod yang terdapat unsur-unsur sejarah untuk dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang.

“Inisiatif ini juga akan menjadikan rekod-rekod awam yang bernilai tinggi mudah dicapai sekiranya diperlukan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Digitasi Rekod Mahkamah Anak Negeri di sini hari ini.

Yakub berkata, usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, dalam Perkhidmatan Awam, bukanlah perkara baru untuk semua pihak.

Katanya, ia turut dilihat dalam persekitaran yang semakin dinamik pada masa kini selain menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih cekap terutamanya dalam memperbaiki sistem penyampaian ke tahap yang lebih baik melalui inovasi dan inisiatif digital.

“Oleh itu, Kerajaan menjadikan bilangan projek transformasi digital, sebagai petunjuk prestasi utama, dimana usaha mempergiatkan projek transformasi digital ini, diberikan penekanan terhadap kepuasan pemegang taruh, yang mana terdiri daripada orang awam.

“Salah satu strategi pemboleh daya bagi kerajaan yang Berteraskan Teknologi dan Inovasi, adalah membangunkan sistem G2C iaitu (Government to Community).

“Inisiatif Digitasi Rekod ini sebenarnya adalah gabungan pelaksanaan teknologi peralatan dan sistem aplikasi penyimpanan rekod,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, rekod-rekod dokumen yang disimpan secara fizikal, akan disimpan dalam pangkalan data secara digital dan ianya dikawalselia oleh pembangun sistem.

Katanya, pembangun sistem ini adalah terdiri dari pegawai Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) sendiri.

“Justeru, tiada kos pembangunan bagi sistem aplikasi yang digunakan. Saya amat yakin bahawa pelaksanaan aktiviti digitasi rekod ini dapat memperkasakan perkhidmatan Mahkamah Anak Negeri di Negeri Sabah.

“Seperti yang telah diamanatkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, semua penjawat awam perlu menitikberatkan kepentingan menggunakan teknologi digital, agar dapat melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam, dengan berpaksikan 3R iaitu Revitalise (Menggiatkan), React (Reaksi), and Responsible (Bertanggungjawab),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/28/inisiatif-digitasi-rekod-mudahkan-pencarian-dokumen-lama-yakub/feed/ 0 23468