dihadapi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Jan 2022 04:13:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dihadapi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MAFI Ambil Perhatian Masalah Dihadapi Oleh Pengusaha Pertanian Di Kundasang https://sabahmedia.com/2022/01/15/mafi-ambil-perhatian-masalah-dihadapi-oleh-pengusaha-pertanian-di-kundasang/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/mafi-ambil-perhatian-masalah-dihadapi-oleh-pengusaha-pertanian-di-kundasang/#respond Sat, 15 Jan 2022 04:13:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11126
Read Time:2 Minute, 10 Second

KUNDASANG: Luahan masalah yang dihadapi para pengusaha pertanian khususnya penamaan sayur-sayuran di tanah tinggi Kundasang mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri  Makanan (MAFI) Malaysia.

Setiausaha MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, beliau mendengar luahan masalah yang membelenggu para petani bagi mengusahakan pertanian mereka seperti kemudahan jalan raya yang sempurna, bekalan air bersih dan bekalan  letrik sepatutnya sudah lama dinikmati khususnya untuk tanaman pelbagai jenis sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Kundasang semalam, dan berkesempatan meninjau permasalahan yang dihadapi para pengusaha tanaman di kawasan itu.

“Masalah  ini saya akan kemukakan kepada pihak MAFI dan harapan kita akan dapat tindakan yang positif daripada  pihak kementerian berkaitan untuk mengatasi masalah yang dihadapi,” tegas Badrul, selepas mendengar luahan Persatuan  Pengusaha Pertanian Kundasang menerusi ucapan aluan Pengerusinya, Simon  Leong selepas  rombongan mengadakan tinjauan para penjaja sayur-sayuran di gerai pekan Kundasang dan lawatannya ke beberapa lokasi penanaman sayur di Kundasang terutama kawasan Mosilou dan Montoki.

Simon dalam ucapan alu-aluannya, merakam penghargaan dan berterima kasih atas kunjungan Datuk Badrul dan rombongannya ke Kundasang dan meninjau permasalahan yang menimpa para pengusaha tanaman sayur di sini.

“Saya mewakili seluruh warga petani di sini, berterima kasih atas kunjungan Datuk Badrul dan rombongan serta  amat mengharapkan ada bantuan daripada MAFI untuk menyelesai permasalahan kami di sini yang sudah sekian lama berlaku tetapi tiada penyelesaian dan bantuan dari pihak berwajib”, tegas Simon sambil menjelaskan yang selama ini para petani hanya berusaha sendiri untuk membolehkan mereka mengusahakan kebun mereka masing-masing.

“Ada banyak masalah yang kami hadapi untuk mengusaha pertanian khususnya tanaman sayuran bukan sahaja laluan jalan raya ke kawasan tanah pertanian, bekalan air bersih dan letrik malah dari aspek lain termasuk lokasi Pasar Borong yang tidak sesuai, tiada dapat subsidi, harga racun, baja dan harga peralatan pertanian juga melambung tinggi, MyGap dan kekurangan tenaga kerja berikutan ramai pekerja yang sudah balik ke tempat asal mereka berikutan pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Simon lagi, mereka juga memerlukan kursus pertanian, Green House yang boleh menjamin hasil keluaran yang berkualiti dan berterusan.

“Banyak yang boleh diusahakan para petani di sini, memandangkan kawasan Kundasang adalah antara destinasi pelancongan dengan daya tarikan Gunung Kinabalu serta cuaca sejuk amat sesuai sebagai lokasi pewujudan Agro Tourism, apa tah lagi jika ada Kilang Tomato, Tanaman Bawang Merah yang kelak boleh dihantar ke luar negeri”, tambah Simon.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Penasihat Persatuan Pengusaha  Pertanian Kundasang, Datuk Jimmy Tham Yok Leong, Pengarah Mardi Dato’ Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan  Naib  Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/mafi-ambil-perhatian-masalah-dihadapi-oleh-pengusaha-pertanian-di-kundasang/feed/ 0 11126
Usaha MID Menerusi DIDR Selesaikan Masalah Dihadapi SME https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/#respond Tue, 05 Oct 2021 07:32:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7197
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menerusi Jabatan Pembangunan Perindutrian dan Penyelidikan (DIDR) akan membuat kajian untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pihak Kementerian dan DIDR akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat terbabit.

Dr Joachim telah mengadakan lawatan kerja kilang SME di sini, semalam. Antara kilang yang dilawati oleh beliau ialah Dong Sin Food Sdn. Bhd. dan HKT Industries Sdn. Bhd.

Dalam lawatan itu, Dr. Joachim bertemu dengan pengusaha kilang-kilang tersebut untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi serta berterima kasih kepada kedua-dua kilang ini yang telah memberikan taklimat perusahaan secara interaktif.

Beliau turut mengambil maklum tentang masalah yang diketengahkan antaranya kesesakan kilang yang memerlukan ruang yang lebih besar untuk penyimpanan mesin-mesin kilang.

Katanya, syarikat HKT Industries Sdn Bhd yang memproses pelbagai produk seperti barangan plastik, perabot dan tilam, manakala Dong Sing Food Sdn. Bhd yang memproses mi kering memerlukan ruang yang lebih besar.

“Kedua-dua kilang ini bersama dengan 15 lagi syarikat dalam industri yang sama memerlukan bantuan dan meminta agar mengetengahkan masalah ini kepada Kerajaan Negeri serta mencari jalan penyelesaian.

“HKT Industries Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 300 orang manakala Dong Sin Food Sdn Bhd mempunyai seramai 117 orang, justeru kilang-kilang ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Presiden Persekutuan Perindustrian Sabah (FSI), Richard Lim, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wong Tiang Sing serta pegawai lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/feed/ 0 7197
RMK-12 Tumpu Selesaikan Masalah dihadapi Sabah Dan Sarawak – Maximus https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/ https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/#respond Mon, 27 Sep 2021 09:26:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6898
Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-12 sebagai komitmen pihak kerajaan kepada negeri-negeri yang kurang maju, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Ucapan yang komprehensif dan padat itu dirumuskan dengan baik oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, yang mana tumpuan lebih diberikan kepada negeri-negeri yang kurang maju,” kata Maximus sebagai reaksi kepada perbentangan RMK12 di Parlimen, hari ini.

Maximus menyatakan jaminan Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan dan tuntutan yang tertunggak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan Kerajaan Persekutuan komited menyelesaikan pembangunan dan keperluan asas yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak.

“Dana pembangunan yang diperuntukkan untuk negeri-negeri yang kurang maju, terutama Sabah dan Sarawak, amat dialu-alukan.

“Tidak pernah dalam Rancangan Malaysia yang sebelumnya memberikan tumpuan seperti itu kepada Sabah dan Sarawak serta MA63.

“Isu-isu MA63 adalah antara fokus dalam ucapan PM, dan turut mengatakan bahawa beliau secara peribadi akan terlibat dalam memantau segala pelan pelaksanaan di Sabah dan Sarawak,” kata Maximus.

Maximus turut menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) akan segera menubuhkan unit pemantauan bersama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastruktur dilaksanakan, selaras dengan matlamat pembangunan MA63.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/27/rmk-12-tumpu-selesaikan-masalah-dihadapi-sabah-dan-sarawak-maximus/feed/ 0 6898