Dihempap pokok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Oct 2024 00:39:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dihempap pokok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas maut dihempap pokok https://sabahmedia.com/2024/10/05/warga-emas-maut-dihempap-pokok/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/warga-emas-maut-dihempap-pokok/#respond Sat, 05 Oct 2024 00:36:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61701
Read Time:37 Second

RANAU: Seorang lelaki warga emas maut dihempap sebatang pokok semasa menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun di Kampung Tarawas di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Balai Ranau PPgB Ridwan Mohd Taib, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.16 petang kelmarin (4 Sept).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, Komander Operasi Wasli Saupin melaporkan terdapat seorang mangsa dihempap pokok semasa menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun di Kg Tarawas, Ranau,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Ridwan berkata, mangsa seorang lelaki berusia 67 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ranau.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.30 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/warga-emas-maut-dihempap-pokok/feed/ 0 61701
Kenderaan polis dihempap pokok, seorang anggota maut https://sabahmedia.com/2024/06/21/kenderaan-polis-dihempap-pokok-seorang-anggota-maut/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/kenderaan-polis-dihempap-pokok-seorang-anggota-maut/#respond Fri, 21 Jun 2024 15:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56343
Read Time:1 Minute, 18 Second

LAHAD DATU: Seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Felda Sahabat 16, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah KOMTEK Sahabat 16 PGA menuju ke arah Pantai Sahabat 16.

“Tiba di lokasi kejadian iaitu di Jalan Gelugor, Felda Sahabat 16, sebatang pokok yang berada di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap kenderaan jenis Window van yang dipandu oleh mangsa.

“Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal yang menunggang motorsikal scrambler Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki datang dari arah bertentangan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun, seorang anggota polis berpangkat koperal disahkan maut di lokasi kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Walaubagaimanapun, sampel darah mangsa telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu bagi ujian alkohol dan dadah.

“Kes telah disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin berkata, mana-mana individu yang melihat kejadian ini boleh terus menghubungi Inspektor Humaidi Harun, Pegawai Penyiasat Trafik di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Dzulbaharin turut meluahkan rasa dukacita dengan kejadian yang menimpa anggota polis terbabit.

Beliau juga menegaskan agar siasatan dalam kes ini dilakukan dengan kadar segera agar urusan keluarga mangsa dapat dipermudahkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati, berhemah semasa memandu kenderaan agar tidak membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/kenderaan-polis-dihempap-pokok-seorang-anggota-maut/feed/ 0 56343