diijabkabul – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Jun 2024 05:15:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png diijabkabul – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasangan pesakit selamat diijabkabul di wad HDOK https://sabahmedia.com/2024/06/29/pasangan-pesakit-selamat-diijabkabul-di-wad-hdok/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/pasangan-pesakit-selamat-diijabkabul-di-wad-hdok/#respond Sat, 29 Jun 2024 04:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56672
Read Time:54 Second

SANDAKAN: Dua pesakit Alif Ikram dan Siti Nadhirah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini pada Jumaat (28 Jun).

Majlis ijabkabul yang berlangsung di Wad Ortopedik Lelaki HDOK dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Duchess of Kent Hospital, Sandakan semalam.

Ramai warganet dan kakitangan HDOK mengucapkan selamat pengantin baharu dan tahniah kepada kedua mempelai serta mendoakan agar mereka berdua cepat sembuh.

Pasangan mempelai dirai ahli keluarga terdekat dan kakitangan HDOK selepas majlis akad nikah semalam. – Foto sumber Facebook Duchess of Kent Hospital .

Menurut kenyataan itu, majlis akad nikah ini telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai serta Kakitangan HDOK.

“Sungguhpun majlis ini berlangsung secara sederhana, namun kebahagiaan pasangan ini boleh dilihat di wajah mereka serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir bersama.

“Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga HDOK mengucapkan Selamat Pengantin Baharu dan semoga proses perawatan pasangan ini dipermudahkan dan semoga cepat sembuh. Tahniah!,” kata kenyataan itu.

Difahamkan kedua-dua mempelai dimasukkan ke hospital tersebut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/pasangan-pesakit-selamat-diijabkabul-di-wad-hdok/feed/ 0 56672