dijangka hadir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 May 2023 12:02:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dijangka hadir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perdana Menteri dijangka hadir ke Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Hongkod Koisaan https://sabahmedia.com/2023/05/23/perdana-menteri-dijangka-hadir-ke-pesta-kaamatan-peringkat-negeri-di-hongkod-koisaan/ https://sabahmedia.com/2023/05/23/perdana-menteri-dijangka-hadir-ke-pesta-kaamatan-peringkat-negeri-di-hongkod-koisaan/#respond Tue, 23 May 2023 11:46:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35000
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadiri sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada 31 Mei ini di Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

Ini adalah antara perkara yang dibincangkan ketika Jawatankuasa Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) yang diketuai oleh Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Pada kunjungan itu, Pairin juga menyampaikan laporan perkembangan KDCA kepada Ketua Menteri termasuk, antara lain pembangunan dan rancangan menaik taraf bangunan KDCA, penubuhan Pendidikan Huguansiou dan Yayasan Amal.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/23/perdana-menteri-dijangka-hadir-ke-pesta-kaamatan-peringkat-negeri-di-hongkod-koisaan/feed/ 0 35000