Dijangka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 May 2023 07:56:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dijangka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 140 pasukan dijangka sertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2023 ke-8 https://sabahmedia.com/2023/05/24/140-pasukan-dijangka-sertai-perlumbaan-perahu-naga-antarabangsa-fcas-2023-ke-8/ https://sabahmedia.com/2023/05/24/140-pasukan-dijangka-sertai-perlumbaan-perahu-naga-antarabangsa-fcas-2023-ke-8/#respond Wed, 24 May 2023 07:56:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35051
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 140 pasukan dijangka mengambil bahagian dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2023 Ke-8 tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat tentang perkara itu daripada rombongan FCAS diketuai oleh Presiden Tan Sri T C Goh semasa kunjungan hormat di Bilik Danum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Goh memaklumkan Ketua Menteri bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh
Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni akan hadir menyerikan acara selama tiga hari bermula 16 Jun ini.

Pada masa sama, Goh turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program-program yang telah diatur sempena dengan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan yang dianjurkan oleh FCAS tahun ini.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar
Titingan, Timbalan Presiden FCAS dan Pengerusi penganjur Datuk Susan Wong sebagai serta ahli jawatankuasa FCAS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/24/140-pasukan-dijangka-sertai-perlumbaan-perahu-naga-antarabangsa-fcas-2023-ke-8/feed/ 0 35051
Baki 20 Pakej Kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dijangka bermula hujung tahun ini – Shahelmey https://sabahmedia.com/2023/05/16/baki-20-pakej-kerja-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dijangka-bermula-hujung-tahun-ini-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2023/05/16/baki-20-pakej-kerja-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dijangka-bermula-hujung-tahun-ini-shahelmey/#respond Tue, 16 May 2023 07:40:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34491
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Baki 20 Pakej Kerja bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPBS) daripada Fasa Satu 35 Pakej Kerja dijangka akan di mulakan dalam hujung tahun ini.

Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Fasa Satu membabitkan 35 pakej kerja keseluruhannya, bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin sehinggalah ke Tawau sepanjang 706KM.

“Pelaksanaan Fasa Satu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 79.06 peratus secara keseluruhannya dan dijangka akan siap pada tahun 2024.

“Baki 20 Pakej Kerja bagi projek LPBS yang jangka akan di mulakan dalam hujung tahun ini kebanyakannya terletak di pantai timur Sabah bermula dari Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan dan akan melalui Telupid serta Ranau melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari dua lorong sehala ke empat lorong dua hala dan membina jalan baharu persisir pantai yang bermula dari Serusup, Tuaran ke Simpang Mengayau di Kudat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Ramah Mesra Bersama Media, Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah Bersama Project Management Consultant (PMC) HSS Integrated Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai baki 20 Pakej Kerja LPBS sejauh mana proses pelaksanaannya, Shahelmey berkata dari sudut teknikal ataupun dokumentasi kontrak ianya sudah mencapai tahap yang sedia untuk dilaksanakan tetapi untuk memanggil tender tersebut memerlukan keputusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan, antara faktor kelewatan pelaksanaan projek.

“Dan itulah berdasarkan kesediaan kita di peringkat pre-tender yang mana kita sudah bersedia, sebab itu kita mengharapkan dan menjangkakan ia sepatutnya dilaksanakan sebelum akhir tahun ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, daripada keseluruhan 15 pakej kerja berkenaan dua pakej kerja telah pun dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya. Pakej Kerja 27 Menaiktaraf Jalan Dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32, telah dibuka pada Ogos 2022 dan Pakej Kerja 5 Menaiktaraf Jalan Dari Donggongon ke Jalan Papar Spur telah dibuka kepada para pengguna pada November 2022.

“Manakala dua lagi pakej kerja iaitu Pakej Kerja 15, Menaiktaraf Jalan Tawau Semporna dan Pakej Kerja 21 Membina Jalan Lahad Datu Bypass, di jangka akan dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan Kementerian Kerja Raya Sabah di bawah agensinya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan memastikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan dalam keadaan yang baik.

“Kementerian Kerja Raya Sabah di bawah agensinya JKR Sabah akan memastikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaran jalan berada dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut tatacara dan piawaian yang telah ditetapkan serta mewajibkan pemeriksaan terhadap pelan pengurusan trafik di tapak secara berkala.

“Pendekatan ini dibuat untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan raya semasa kerja-kerja pembinaan di lakukan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/16/baki-20-pakej-kerja-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dijangka-bermula-hujung-tahun-ini-shahelmey/feed/ 0 34491
Industri Minyak Sawit dijangka hadapi masa sukar – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/12/02/industri-minyak-sawit-dijangka-hadapi-masa-sukar-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/12/02/industri-minyak-sawit-dijangka-hadapi-masa-sukar-hajiji/#respond Fri, 02 Dec 2022 07:41:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25708
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Industri minyak sawit sedang menghadapi masa sukar disebabkan peningkatan kos buruh, baja dan operasi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, ini ditambah dengan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang turun naik dari minggu ke minggu yang di luar kawalan pemain industri.

“Pada masa ini dengan harga MSM kini dalam jajaran RM3,500/Mt (metric ton) ke RM4,000/Mt, akan mengakibatkan kurangnya hasil untuk negeri Sabah berbanding awal tahun 2022.

“Justeru, adalah amat penting pada masa ini untuk Lembaga Pengarah dan pasukan
pengurusan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri sawit terus
memantau dengan lebih teliti berkaitan kawalan kos operasi dan produktiviti pekerja”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Sabah Softwoods Berhad ke-137 di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, Sabah Softwoods Berhad telah menunjukkan prestasi yang baik pada dua suku pertama 2022.

“Saya amat bangga diberitahu bahawa akaun syarikat Sabah Softwoods dari awal tahun sehingga sekarang menunjukkan peningkatan hasil disebabkan oleh harga MSM yang baik, walaupun pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan MSM tidak mencapai sasaran yang kehendaki.

“Saya ingin melihat supaya Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan mencari
jalan dan kaedah untuk menyelesaikan masalah kekurangan buruh dan kekangan
logistik yang menghalang pengeluaran BTS”, kata Hajiji yang juga Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri optimis, Sabah Softwoods yang berjaya merekodkan hasil dan keuntungan lebih tinggi tahun ini boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham disamping memberi lebih banyak faedah dan manfaat kepada pekerja dari segi pembayaran gaji dan bonus.

Beliau juga mahu Lembaga Pengarah dan pasukan Pengurusan bertekad mencapai yang lebih baik untuk maju kehadapan dan menggunakan segala sumber untuk lebih proaktif dan produktif.

Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Sabah Softwood Bhd sempena Ulang Tahun Ke-50 yang akan disambut dan diraikan pada tahun hadapan dan mendoakan ia terus mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Terdahulu Hajiji melancarkan logo Ulang Tahun Ke-50 Sabah Softwoods Berhad.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods, Datuk Mohd Daud Tampokong dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/02/industri-minyak-sawit-dijangka-hadapi-masa-sukar-hajiji/feed/ 0 25708
DUN Sabah: Projek Empangan Tawau Dijangka Siap 2024 https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-projek-empangan-tawau-dijangka-siap-2024/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-projek-empangan-tawau-dijangka-siap-2024/#respond Wed, 08 Dec 2021 10:20:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9572
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Bekalan air di Tawau dijangka pulih sepenuhnya apabila projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III yang membabitkan pembinaan sebuah empangan siap pada 2024.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata kontrak projek itu disambung setelah Perjanjian Tambahan dimeterai pada 26 Januari 2020.

Bagaimanapun, katanya kemajuan projek setakat 31 Oktober 2021 baru mencapai 6.93 peratus.

“Kelewatan projek ini adalah sebanyak 26.8 iaitu lewat 391 hari berbanding jadual. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara.

“Pertama, isu pekerja pakar yang tidak dapat memasuki negara dan negeri Sabah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang sedang berkuatkuasa pada ketika itu.

“Kedua masalah pengambilan balik tanah di kuari di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah yang lewat dan ketiga pewartaan pengambilan balik tanah di spillway,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan DUN Sabah, hari.

Bung Moktar yang juga Mentegri Kerja Raya negeri berkata demikian ketika menjawab soalan Hamild Awang (UMNO – Balung) mengenai status Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III – reka bentuk dan pembinaan empangan air.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata kapasiti rekabentuk empangan berkenaan mampu menampung sebanyak 30 juta meter padu air.

“Empangan ini juga boleh menampung air mentah untuk disalurkan ke Loji Rawatan Air Cinta Mata sebanyak 90 juta liter sehari (JLS) dan ke Loji Rawatan Air Utara sebanyak 40 JLS serta boleh bertahan lebih kurang empat bulan jika berlaku kemarau.

“Dengan siapnya pembinaan empangan air ini kelak, air mentah yang mencukupi akan dapat disalurkan ke loji rawatan air yang berhampiran untuk dirawat dan dijadikan air bersih sebelum dibekalkan kepada semua pengguna di seluruh daerah Tawau.

“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara ini, saya ingin mengajak rakan saya Ahli Yang Berhormat Balung serta seluruh rakyat di Tawau agar dapat sama-sama berdoa dan mengharapkan agar semua pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memantau dan memastikan pelaksanaannya sentiasa mengikut jadual seterusnya dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Justin Wong (DAP – Sri Tanjung), Bung Moktar berkata sebuah lagi Loji Rawatan Air (LRA) di Tawau iaitu di Ranggu dijangka siap pada Mac 2022 bagi membantu mengatasi masalah air di daerah itu.

LRA baharu itu, katanya mampu membekalkan 20 JLS, khususnya ke kawasan Apas.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-projek-empangan-tawau-dijangka-siap-2024/feed/ 0 9572
Pencawang Masuk Utama Penampang Dijangka Mampu Memperbaiki Sistem Bekalan Elektrik https://sabahmedia.com/2021/11/22/pencawang-masuk-utama-penampang-dijangka-mampu-memperbaiki-sistem-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/pencawang-masuk-utama-penampang-dijangka-mampu-memperbaiki-sistem-bekalan-elektrik/#respond Mon, 22 Nov 2021 07:34:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8719
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang yang dijangka siap pada awal tahun 2022 dengan kapasiti 2x90MVA transformer 132/33kV mampu untuk menambahbaik kestabilan sistem bekalan elektrik di kawasan bandar utama sekitar Kota Kinabalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd Ir. Idris Mohd Noor berkata, projek pembinaan PMU itu sedang berjalan dengan kos bernilai RM 79.5 juta.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media berikutan kejadian talian dan beberapa pencawang elektrik SESB telah terpelantik pada malam Ahad yang menyebabkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.

Kejadian berlaku bermula jam 9.11 malam melibatkan kerosakan kabel dan alatsuis pencawang yang mengakibatkan dua pencawang utama telah terputus bekalan iaitu Pencawang Masuk Utama Karamunsing dan Pencawang Pembahagian Utama Kundasang.

“Gangguan bekalan yang berlaku ini melibatkan pengguna di sekitar Karamunsing, Kiulu, Pekan Nabalu dan Kundasang dengan anggaran jumlah kehilangan beban oleh SESB sebanyak 14MW yang meliputi hampir 13,536 pengguna” katanya.

Beliau turut berkata bahawa impak gangguan boleh dimitigasikan sekiranya PMU Penampang yang baharu tersebut siap kelak dengan adanya redundansi atau kabel tambahan.

Seramai lebih kurang 30 anggota kerja teknikal SESB telah bertungkus lumus untuk melaksanakan proses pemulihan di tapak dan juga melalui Pusat Kawalan Grid SESB.

Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 9.45 malam yang melibatkan kawasan Kundasang dan pada jam 11.10 malam untuk kawasan Karamunsing manakala kawasan lain yang terjejas mendapat bekalan secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada jam 4.50 pagi tadi.

Untuk tujuan memastikan bekalan dapat diberikan dengan kadar segera, sebanyak enam buah generator bergerak telah digunakan dalam usaha memulihkan bekalan ke seluruh kawasan yang terjejas.

Kerja-kerja pemulihan kabel yang rosak di seksyen Karamunsing-Kota Kinabalu serta pembaikan peralatan suis di Pencawang Masuk Utama Penampang dan Pencawang Masuk Utama Karamunsing masih lagi dalam tindakan pembaikan oleh pihak SESB dan punca kerosakan masih disiasat.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut adalah dinasihat untuk berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/pencawang-masuk-utama-penampang-dijangka-mampu-memperbaiki-sistem-bekalan-elektrik/feed/ 0 8719