Dikelar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Dec 2024 07:20:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dikelar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki maut dikelar di leher, seorang cedera parah ditikam di dada oleh rakan sekerja https://sabahmedia.com/2024/12/01/lelaki-maut-dikelar-di-leher-seorang-cedera-parah-ditikam-di-dada-oleh-rakan-sekerja/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/lelaki-maut-dikelar-di-leher-seorang-cedera-parah-ditikam-di-dada-oleh-rakan-sekerja/#respond Sun, 01 Dec 2024 07:05:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64714
Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut dikelar di leher manakala seorang lagi cedera parah ditikam di dada selepas berlaku pergaduhan dengan seorang suspek yang juga rakan sekerja kedua-dua mangsa dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang di kawasan Kinabatangan pada Jumaat.

Suspek Ricky Tenny sedang diburu oleh polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kinabatangan Asisten Superintendan Mohd Zulfikar Abd Salam berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada 30 November 2024 jam 2.06 pagi daripada Hospital Telupid, Beluran memaklumkan telah menerima seorang pesakit lelaki yang telah ditikam.

“Hasil siasatan kejadian berlaku pada 29 November lalu jam lebih kurang 6.30 petang sehingga 9.00 malam semasa majlis sambutan hari jadi anak salah seorang pekerja ladang.

“Pada jam lebih kurang 11.00 malam hari sama, berlaku kekecohan sehingga terjadi pergaduhan melibatkan suspek dengan dua mangsa yang tinggal di dalam satu rumah pekerja ladang di lokasi kejadian.

“Pertengkaran bermula di dalam sebuah bilik, suspek telah menyerang seorang mangsa pertama sehingga mendapat kecederaan di bahagian leher. Mangsa kedua yang tinggal berhadapan dengan rumah suspek telah terdengar kekecohan di luar rumah, kemudian bertindak keluar.

“Mangsa melihat suspek keluar dari dalam rumah sambil memegang pisau yang berukuran lebih kurang 30 cm. Suspek kemudian terus meluru ke arah mangsa kedua dan terkena tikaman di bahagian tengah dada.

“Mangsa kedua sempat menendang suspek selepas di tikam menyebabkan suspek terjatuh. Mangsa menjerit meminta tolong, kemudian suspek terus melarikan diri dengan membawa pisau yang digunakan.

“Mangsa pertama telah melarikan diri ke arah rumah pekerja Blok B, jarak lebih kurang 30 meter dari tempat kejadian untuk meminta bantuan, namun telah rebah di kerusi depan rumah tersebut. Manakala suspek terus melarikan diri.

“Dalam kejadian itu suspek dan mangsa pertama dipercayai dalam keadaan mabuk setelah minum minuman alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zulfikar, mangsa pertama dikenali sebagai Christian Andi, 30, pekerja ladang dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di bahagian leher.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Duckess of Kent, Sandakan untuk tindakan lanjut. Manakala mangsa kedua dikenali sebagai Bernadus Bagalewok, 24, yang juga pekerja ladang kini sedang di rawat di wad Zon Merah, Hospital Duckess of Kent, Sandakan.

“Keadaan Bernadus stabil namun pihak hospital telah menjalankan rawatan awal dengan memasukan tiub ke dalam paru-paru sebelah kanan bagi mengeluarkan darah akibat tikaman yang terkena pada paru-paru,” katanya.

Mohd Zulfikar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang giat memburu suspek dikenali sebagai Ricky Tenny, 40, dan siasatan kes diteruskan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/lelaki-maut-dikelar-di-leher-seorang-cedera-parah-ditikam-di-dada-oleh-rakan-sekerja/feed/ 0 64714
Mayat wanita ditemui dengan kesan kelar di leher https://sabahmedia.com/2022/12/16/mayat-wanita-ditemui-dengan-kesan-kelar-di-leher/ https://sabahmedia.com/2022/12/16/mayat-wanita-ditemui-dengan-kesan-kelar-di-leher/#respond Fri, 16 Dec 2022 03:43:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26388
Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan kelar di bahagian lehernya dipercayai telah dibunuh dalam satu kejadian di hadapan bangunan lama, Blok 4, Kampung Titingan, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pada jam 7.26 malam tadi (15 Dis), pihaknya menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam melalui Mers 999 memaklumkan berlaku kes pembunuhan di Bangunan Buruk Kampung Ice Box Blok 5, Tawau.

“Sepasukan polis telah melakukan siasatan di lokasi kejadian dan mendapati mangsa seorang wanita berusia dalam pertengahan 30’an, dijumpai di tengah jalan yang tidak berturap dari jalan Utara menghala ke Kampung Blok 4, Kampung Titingan.

“Keadaan mangsa terbaring dengan satu kesan kelar di bahagian leher dipercayai kesan dikelar menggunakan objek tajam dan kesan calar di bahagian lutut sebelah kiri.

“Pihak Hospital Besar Tawau telah dihubungi untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Champin, pada jam 7.45 malam, Dr. Shahirah Shaharuddin yang berada di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pasukan perubatan kemudiannya membawa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada mangsa yang berumur satu tahun ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Tawau bagi tujuan pemeriksaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan lanjut dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Champin turut berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan saksi-saksi yang melihat kejadian berlaku serta suspek yang terlibat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes ASP Zam Zarina Asri.

“Kes dijalankan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/16/mayat-wanita-ditemui-dengan-kesan-kelar-di-leher/feed/ 0 26388