dikeluarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Jul 2023 01:23:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dikeluarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Op Mabuk: 4 ditahan 10 pelbagai saman dikeluarkan https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/#respond Mon, 24 Jul 2023 01:16:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38856
Read Time:43 Second

TAWAU: Seramai empat individu berusia 22 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan semasa Op Mabuk dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau malam Sabtu.

Selain sebanyak 10 keping saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi operasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

Katanya, kesemua pemandu kenderaan telah diuji menggunakan alat Screening Device II ( SDII ) dilokasi dan gagal ujian saringan awal.

“Mereka kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk pemeriksaan ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan dan didapati melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/feed/ 0 38856
10 Kompaun Dikeluarkan, Gagal Daftar Masuk Premis Guna Mysejahtera atau Buku Pendaftaran https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/#respond Thu, 13 Jan 2022 03:40:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11034
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran selain dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu operasi di City Mall pada Selasa lalu.

Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan (JP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), DBKK telah melaksanakan satu operasi ‘Ops Putus Khas’ di City Mall, Kota Kinabalu pada 11 Januari 2022, bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.

“Operasi ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di kawasan tersebut yang mana telah diketuai oleh Timbalan Pengarah JP, Fohny Garampang,”katanya.

Menurut Noorliza, seramai 240 orang pelanggan dan 95 orang pekerja diperiksa dalam operasi pemeriksaan pematuhan SOP melibatkan sebanyak 44 premis perniagaan dan makanan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pengusaha premis perniagaan untuk sentiasa patuh terhadap SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/10-kompaun-dikeluarkan-gagal-daftar-masuk-premis-guna-mysejahtera-atau-buku-pendaftaran/feed/ 0 11034
100 Kompaun Dikeluarkan Gagal Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/06/08/100-kompaun-dikeluarkan-gagal-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/100-kompaun-dikeluarkan-gagal-patuh-sop/#respond Tue, 08 Jun 2021 13:54:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=823
Read Time:1 Minute, 15 Second

8 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]

KOTA KINABALU: Sebanyak 100 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah hari ini.

Menurut Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah, seramai 33 orang  dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul.


Manakala, 19 orang gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan, 25 orang Keluar rumah tanpa alasan munasabah, 14 kenderaan yang membawa penumpang berlebihan, 6 orang lagi dikompaun kerana tiada penjarakan sosial.


Masing-masing 1 orang bagi kesalahan premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran, ingkar perintah kuarantin dan ktiviti terlarang. 

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan memaklumkan  bahawa penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marindan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 100 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 39 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan dan hasil pemeriksaan, satu tangkapan dibuat di bawah Akata Perikanan 1985.


“Laporan Kompaun Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan enam kompaun dikeluarkan iaitu gagal mendaftar masuk premis menggunakan mysejahtera atau buku pendaftaran, kompaun dikeluarkan di daerah Papar, Sipitang dan Kota Marudu manakala tiga Kompaun tidak memakai pelitup muka di premis awam, kompaun dikeluarkan di daerah Tenom dan Kota Marudu.

Dalam perkembangan yang sama, sejumlah 132 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 55,095 buah kenderaan.


“Daripada jumlah tersebut, 822 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 73 hebahan melalui kereta peronda dengan satu tangkapan dibuat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/100-kompaun-dikeluarkan-gagal-patuh-sop/feed/ 0 823