dikendalikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Jul 2023 07:28:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dikendalikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KV Keningau Anjur Kelas Induk Kerjaya dikendalikan guru dari Kanada https://sabahmedia.com/2023/07/08/kv-keningau-anjur-kelas-induk-kerjaya-dikendalikan-guru-dari-kanada/ https://sabahmedia.com/2023/07/08/kv-keningau-anjur-kelas-induk-kerjaya-dikendalikan-guru-dari-kanada/#respond Sat, 08 Jul 2023 07:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37924
Read Time:1 Minute, 18 Second

KENINGAU: Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menganjur kelas induk berkenaan dengan kerjaya khususnya bagi graduan jurusan vokasional yang dikendalikan oleh seorang guru dari Kanada, Mark Reid, melalui aplikasi Google Meet pada 7 Julai lalu.

Sesi tersebut yang berlangsung selama sejam dihadiri oleh hampir 200 peserta dan kebanyakannya adalah guru-guru sekolah seluruh Malaysia.

Pengarah kolej itu, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Kelas Induk Kerjaya ini bertujuan untuk memperkembangkan perspektif para peserta berkenaan dengan kerjaya sebagai kemenjadian seseorang dan bukan setakat pekerjaan semata-mata.

Katanya, semasa kelas itu, Mark menjelaskan beberapa faktor yang penting seperti sikap, kebolehan, kemahiran insaniah, kemahiran bahasa dan pengetahuan komuniti yang perlu diambil kira dalam menempah kerjaya yang sesuai dengan persekitaran, personaliti dan kelayakan seseorang individu.

“Beliau mengambil contoh dirinya sebagai seorang graduan bidang muzik dan bagaimana dia meneroka pelbagai bidang kerjaya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi guru muzik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christine, Kelas Induk Kerjaya ini adalah salah satu aktiviti pengantarabangsaan kolej itu yang dilaksanakan hampir setiap bulan dengan menjemput guru dari luar negara untuk mengendalikan sesi pembelajaran selama sejam dalam talian.

“Selain daripada aktiviti ini, kelas pertukaran budaya dan sesi meja bulat secara dalam talian juga turut dilaksanakan sebagai aktiviti utama usaha melaksanakan pembelajaran yang merentas budaya dan benua,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Christine turut meluahkan rasa gembira dengan usaha konsisten warga kolej itu untuk meluaskan akses kepada peluang pembelajaran melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dengan guru-guru berpengalaman dari negara-negara lain.

Rakaman kelas induk itu boleh diakses melalui pautan ini: https://youtu.be/aUsVmCX8_5o

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/08/kv-keningau-anjur-kelas-induk-kerjaya-dikendalikan-guru-dari-kanada/feed/ 0 37924
KV Keningau anjur kelas induk dalam talian, dikendalikan jurulatih dari Australia https://sabahmedia.com/2023/05/12/kv-keningau-anjur-kelas-induk-dalam-talian-dikendalikan-jurulatih-dari-australia/ https://sabahmedia.com/2023/05/12/kv-keningau-anjur-kelas-induk-dalam-talian-dikendalikan-jurulatih-dari-australia/#respond Fri, 12 May 2023 03:18:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34204
Read Time:1 Minute, 13 Second

KENINGAU: Lebih 100 peserta dari kalangan guru dan pelajar Malaysia menyertai kelas induk dalam talian anjuran Kolej Vokasional Keningau pada Rabu lalu.

Program kelas induk yang dilaksanakan adalah berkenaan dengan perubahan penggunaan teknologi di tempat kerja yang dikendalikan oleh Dr. Ken Silburn, seorang guru Science, technology, engineering and mathematics (STEM) yang mengajar di Sydney, Australia.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, kelas tersebut yang dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet telah disertai oleh guru-guru dari sekolah-sekolah di Malaysia termasuklah pelajar-pelajar kolej tersebut.

Katanya, Dr. Ken Silburn merupakan seorang guru yang terkenal di Australia dan beliau merupakan salah satu 10 finalis terbaik bagi Anugerah Guru Global (Global Teacher Prize) yang menawarkan hadiah berjumlah satu juta dolar Amerika Syarikat pada tahun 2017.

“Beliau juga telah meraih pelbagai anugerah berprestij di negara asalnya dan telah berjaya mengembangkan pendekatannya mengajar subjek sains di beberapa negara lain.

Kelas induk dalam talian kendalian jurulatih dari Australia. – Foto ihsan KV Keningau

“Melalui kelas induk ini, beliau merumuskan perubahan teknologi daripada mesin mekanikal seperti mesin menaip kepada kecerdasan buatan seperti teknologi ChatGPT dan bagaimana guru mampu menerokai teknologi terkini untuk memaksimakan pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar bilik darjah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Christine berharap program kelas induk ini dilaksanakan secara konsisten untuk membantu para pelajar serta guru untuk mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

“Ini juga akan meningkatkan pendedahan mereka kepada dunia luar memandangkan program pengantarabangsaan ini membolehkan mereka berinteraksi dengan pendidik dari negara lain,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/12/kv-keningau-anjur-kelas-induk-dalam-talian-dikendalikan-jurulatih-dari-australia/feed/ 0 34204