dikhuatiri hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Jan 2023 11:36:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dikhuatiri hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tragedi bot karam, seorang nelayan dikhuatiri hilang https://sabahmedia.com/2023/01/25/tragedi-bot-karam-seorang-nelayan-dikhuatiri-hilang/ https://sabahmedia.com/2023/01/25/tragedi-bot-karam-seorang-nelayan-dikhuatiri-hilang/#respond Wed, 25 Jan 2023 11:18:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28463
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki karam dipukul ombak dalam satu kejadian berhampiran Karambunai Nexus Resort dekat sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.11 pagi tadi (25 Jan) mengenai sebuah bot nelayan dipercayai karam akibat dipukul ombak berhampiran kawasan Karambunai Nexus Resort.

“Maklumat awal yang diperolehi terdapat tiga orang mangsa lelaki terlibat, dua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke pantai manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

“Pasukan Bomba bertindak menggunakan kaedah Surface Searching menggunakan bot di tepi pantai kerana keadaan ombak yang kuat menyukarkan pergerakan bot ke laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua mangsa yang selamat dikenali sebagai Modilis Morris, 41, dan Masran Awangku, manakala mangsa yang masih hilang iaitu Morris Dulin, 69.

Sementara itu agensi lain turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta 15 bot nelayan (orang awam).

Bagaimanapun, menurut PGO, sehingga kini mangsa yang hilang belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/25/tragedi-bot-karam-seorang-nelayan-dikhuatiri-hilang/feed/ 0 28463
Nelayan dikhuatiri hilang di muara sungai https://sabahmedia.com/2022/12/26/nelayan-dikhuatiri-hilang-di-muara-sungai/ https://sabahmedia.com/2022/12/26/nelayan-dikhuatiri-hilang-di-muara-sungai/#respond Mon, 26 Dec 2022 05:53:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26937
Read Time:54 Second

SIPITANG: Seorang nelayan dikhuatiri hilang di muara sungai di Kg Merintaman dekat sini selepas belum pulang sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi tadi (26 Dis) mengenai orang hilang.

“Menurut pemanggil, seorang nelayan dikenali sebagai Nordin Yusof belum pulang ke rumah sejak dari tarikh 25 Disember semalam (Ahad) dikhuatiri hilang di kawasan muara sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan Bomba ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat dan tindakan lanjut.

Dalam kejadian yang berasingan, bilik kawalan BBP Sandakan turut menerima panggilan kecemasan pada jam 11.06 pagi tadi (26 Dis) mengenai dua orang dikhuatiri hilang di sungai Seguntur, Batu 10, Sandakan.

“Menurut pemanggil terdapat dua orang dipercayai hilang di sungai tersebut sejak 25 Disember semalam.

“Tindakan pasukan Bomba membuat pencarian surface water resue di lokasi kejadian.

“Kini pasukan Bomba sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kedua-dua lokasi kejadian dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/26/nelayan-dikhuatiri-hilang-di-muara-sungai/feed/ 0 26937