dikhuatiri lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Sep 2024 08:08:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dikhuatiri lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar lelaki 14 tahun ditemui lemas semasa aktiviti mandi-manda di tasik https://sabahmedia.com/2024/09/27/pelajar-14-tahun-dikhuatiri-lemas-di-tasik/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/pelajar-14-tahun-dikhuatiri-lemas-di-tasik/#respond Fri, 27 Sep 2024 07:14:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61312
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon berusia 14 tahun ditemui lemas di tasik berhampiran Residensi Menggatal semasa menjalankan aktiviti mandi-manda bersama rakan-rakannya di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.44 tengah hari tadi (27 Sept).

“Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan dua orang mangsa lemas di dalam tasik semasa menjalankan aktiviti mandi manda bersama rakan-rakan yang lain seramai 20 orang merupakan pelajar dari SMK Tebobon.

“Seterusnya tindakan pasukan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tepi dan permukaan tasik.

“Mangsa pertama dikenal pasti sebagai Adi Iskandar Abdullah, 14, berjaya diselamatkan dan diberikan bantuan CPR oleh rakan mangsa sehingga sedar.

“Manakala mangsa kedua dikenali sebagai Hazwi Danial A.Rashid, 14, telah dijumpai oleh pasukan Bomba di kedalaman 10 kaki pada jam 2.48 petang tadi dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan KKM pada jam 2.53 petang.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.12 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/pelajar-14-tahun-dikhuatiri-lemas-di-tasik/feed/ 0 61312
Dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di Sungai Pegalan https://sabahmedia.com/2023/10/02/dua-kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-di-sungai-pegalan/ https://sabahmedia.com/2023/10/02/dua-kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-di-sungai-pegalan/#respond Mon, 02 Oct 2023 13:25:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42953
Read Time:1 Minute, 0 Second

KENINGAU: Dua beradik kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika bermain di tebing Sungai Pegalan, Kampung Linkudou dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau PKPgB Sharudy Delamin berkata, sepasukan Bomba dari BBP Keningau bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang tadi (2 Oktober) mengenai dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di lokasi kejadian tersebut.

“Maklumat awal diterima, menurut saksi kejadian iaitu seorang kanak-kanak yang kebetulan berada berhampiran di lokasi kejadian ternampak dua mangsa kanak-kanak perempuan sedang bermain di tebing Sungai Pegalan, semasa bermain adik mangsa terjatuh ke dalam sungai manakala kakaknya cuba menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya hilang di dalam sungai tersebut,” kata Sharudy ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Sharudy, hasil maklumat tersebut pasukan Bomba dibantu pasukan Polis Keningau segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah ‘Surface Searching’ bagi mengesan keberadaan kedua-dua mangsa berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Azila Jabar berusia 12 tahun manakala adiknya Arlina, 9 tahun.

Sharudy berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa masih belum diemui dan operasi SAR ditangguh pada jam 7 malam tadi.

Katanya, operasi akan disambung esok (Selasa) dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/02/dua-kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-di-sungai-pegalan/feed/ 0 42953
Bot Karam: Lima mangsa selamat, seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas https://sabahmedia.com/2023/08/01/bot-karam-lima-mangsa-selamat-seorang-kanak-kanak-dikhuatiri-lemas/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/bot-karam-lima-mangsa-selamat-seorang-kanak-kanak-dikhuatiri-lemas/#respond Tue, 01 Aug 2023 14:06:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39383
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaikinya bersama lima lagi penumpang karam di 0.2 batu nautika Tanjung Batu, Sandakan petang tadi (1 Ogos).

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada pukul 4.00 petang tadi bagi mengesan kanak-kanak malang berkenaan disamping Pangkalan Hadapan CARILAMAT diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut.

Katanya, mangsa Romy Azlan berusia tujuh tahun berbangsa Suluk dimaklumkan bersama keluarga
menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak.

“Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zainudin turut memaklumkan Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8
dari Zon Maritim Sandakan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

Turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/bot-karam-lima-mangsa-selamat-seorang-kanak-kanak-dikhuatiri-lemas/feed/ 0 39383